31 August 2010

Perkongsian Minda: Sesampai Lailatul Qadar

Semalam terpercik buih-buih api di sekitar permukaan langit menandakan kemerdekaan bagi negara Malaysia yang tercinta selama 53 tahun berlangsung.

Di saat ini jualah 10 terakhir ramadan yang perlu digunakan untuk memohon keampunan di atas segala dosa yang telah dilakukan secara segaja atau tidak, yang lampau dan masa kini.

Pembacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dilipatkalikan dengan seribu pahala pada bulan ramadan ini hanya untuk orang yang melihat akan peluang keemasan ini.

Lafaz-lafaz zikir akan didengari oleh Allah dan diganjaran yang terlalu lumayan
.
Sebelah malam, tidak terhenti setakat ibadat tarawikh, kewujudan solat tahajud yang disebut dalam surah Isra adalah satu perintah yang mesti ditunaikan oleh orang yang memilih takwa sebagai gaya hidup.

Matlamat besar ramadan adalah kedatangan Lailatul Qadar.Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Justeri, tamat bulan ramadan, bersihlah kita dari segala dosa seumpama bayi dilahirkan. Itu yang kita harapkan.

Maksud hadis:
Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)


Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan tanggungjawab ibu bapa semasa mengandungkan anak?

1. Antara tanggungjawab ibu bapa semasa mengandungkan anak ialah:
i. Ibu bapa hendaklah mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan perkara maksiat.

ii. Ibu bapa wajib menunaikan kewajipan agama dan bersabar serta melazimi membaca al-Quran.

iii. Ibu bapa wajib menjaga akhlak dan sentiasa berdoa agar mendapatkan zuriat yang soleh.


Berwirid dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran mampu mempengaruhi jiwa dan naluri anak yang dikandung ke arah
nilai keislaman dan kewarakan.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

26 August 2010

Bonus Raya RM500 @ Bonus Ramadan Dari Langit Yang Terbuka

Salam ramadan

Fasa kerahmatan telah berakhir, disusuli fasa kedua iaitu keampunan dari Allah SWT.
Alangkah bertuah orang yang mendapat kerahmatan pada fasa sepuluh hari pertama.
Pertengahan ramadan ini akan berakhir, benarkah kita sudah memohon keampunan dari Allah
atas dosa yang terlanjur dilakukan sebagai hamba yang sentiasa lupa dan alpa.

Alhamdulillah, rezeki ramadan masih ada. Bonus Raya: RM500 Kepada Semua Kakitangan Awam telah diumumkan.
Bagaimana pula bonus dari Allah kepada hamba yang mengambil peluang beribadat?

Antara kehebatan berpuasa ialah:

1. Firman Allah SWT: Maksudnya : Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar
[Al-Ahzab : 35]

2. Firman Allah SWT: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu...
(al-Baqarah 2: 185)

Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan ciri-ciri makanan yang baik?

1. Ciri-ciri makanan yang baik adalah:
  • Tidak memudaratkan kesihatan dan tidak beracun
  • Makanan dari sumber yang halal
  • Makanan yang bersih dan segar
  • Tidak ada dalil yang mengharamkannya
  • Disembelih dengan nama Allah S.W.T.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَة رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: يَـأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا. وَقَالَ تَعَالَى: يَـأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَارَزَقْنَاكُمْ. ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلُ يُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَارَبُّ يَارَبُّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ.   (Riwayat Muslim)

2. Jelaskan potongan hadis ini:

  • لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا : Allah tidak menerima melainkan yang baik
  • وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ: Makanan dan minumannya haram
  • كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ: Makanlah makanan yang baik
  • فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَه: ُBagaimanakah diperkenankan doanya 
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

25 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pend. Islam: Apakah jenis undang –undang Islam yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris

1. Apakah undang –undang Islam yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris.


A. Undang-undang Keluarga Islam

B. Enakmen Hukum Syarak

C. Undang-undang Syariah

D. Hukum Kanun Melaka

Jawapan: D. Hukum Kanun Melaka
(Hukum Kanun Melaka pada mulanya merupakan peraturan yang tidak bertulis. Peraturan itu diadakan untuk melindungi kerajaan, rakyat, dan negeri Melaka. Walaupun Hukum Kanun ini sudah dijalankan pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446-1456 M) namun ia baru ditulis dan disusun secara teratur setelah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1489-1511 M). Itulah sebabnya Hukum Kanun ini hanya dianggap ada setelah tahun 1489 M)

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

24 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Apakah yang dimaksudkan dengan Jizyah?

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Jizyah?
Jawapan: Jizyah adalah cukai yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah?


Manakala orang Islam dikenakan zakat. Justeru keadilan terserlah dengan kedua penganut Islam dan bukan Islam tetap dikenakan cukai.
2. Sebutkan sumber kewangan kerajaan Bani Abbasiyah?
Antara sumber kewangan kerajaan Bani Abbasiyah ialah: i.Zakat,
ii. Jizyah,
iii. Ghanimah,
iv. Ushur,
v.Fai',
vi. Kharaj


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

23 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan peranan Mahkamah Syariah?

Antara peranan Mahkamah Syariah ialah:

• Memberikan khidmat nasihat: Mahkamah Syariah menyediakan perkhidmatan runding cara, perdamaian, dan pertemuan antara suami dan isteri yang bertelingkah.

• Menyelesaikan kes: Mahkamah Syariah bertanggungjawab menerima dan menyelesaikan kes-kes yang berada di bawah bidang kuasanya secara adil.

• Memberikan maklumat perundangan kepada orang ramai: Mahkamah Syariah telah berusaha untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat tentang maklumat perundangan.
  • Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya. Hasil daripada sumber atau usaha mereka bersama.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

21 August 2010

Siri Kebenaran al-Quran: Gunung Adalah Pasak Bumi

Salam ramadan yang memasuki fasa maghfirah,

Sebenarnya berlakunya bala dan malapetaka pada hari ini adalah kerana tangan-tangan manusia. Semasa membaca surah al-Nahl, saya terbaca firman Allah yang bermaksud:

Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk,


Maka teringatkan saya akan perbuatan manusia pada hari ini yang telah meruntuhkan gunung dan bukit semata-mata untuk mencari keuntungan dengan nama pembangunan.

Banyak bukit telah digondolkan dijadikan perumahan atau bandar pelancongan, banyak gunung telah ditarah untuk diambil kuari atau batu-batunya.

Maka, kalaulah datang bala setelah lenyapnya sesebuah gunung, kepada siapakah harus dipersalahkan.

Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

20 August 2010

Perkongsian Minda: Mengakhirkan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kelas Dengan Doa

Salam,

Perkembangan muktahir ini, amat membimbangkan dan meresahkan hati dan nurani umat Islam yang merangkumi kebimbangan para ibu bapa, guru, pentadbir sekolah, pemimpin tempatan hinggalah kepada semua peringkat manusia. 
Cukuplah! Saling bertuduhan mencari kesalahan di pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pihak lain.
Kita terlupa untuk memilih berdoa kepada Allah kerana itulah senjata umat Islam pada hari ini.

Mungkin kita terlupa untuk membasahkan lidah dengan melafazkan doa selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran atau kebiasaan para pelajar yang membacakan doa sebelum memulakan sesi pembelajaran dalam kelas.
Kadang kala para pelajar kurang beradab ketika membacakan doa atau sebutan lafaznya kurang sekali bertepatan atau langsung tidak benar-benar mengharapkan apa yang diperkatakan dalam lafaz doanya mana mungkin Allah melihat permintaan.

Alangkah baiknya selepas tamat sesi pembelajaran  dibacakan doa dan pengharapan oleh guru.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ampunkah dosaku, dosa para pelajarku
Sempurnakanlah akhlakku, akhlak pelajarku sebagaimana akhlak Nabi Muhammad SAW
Berkati ilmu yang kuberikan dan perkuatkanlah ingatan para pelajarku terhadap ilmu
Jadikan kami insan yang bertakwa
Jauhkan diriku, diri para pelajarku daripada perbuatan mungkar
Jauhkan diriku, diri anak-anak pelajarku dari fitnah, malapetaka dan perbuatan maksiat akhir zaman ini
Jauhkan diriku, diri anak-anak pelajarku dari berbuat zalim, dan dari terkena perbuatan kejam pada akhir zaman ini

Ya Allah Ya Aziz Ya Karim
Bukakanlah pintu ilmu buat kami, pintu rahmat buat kami, pintu hidayah buat kami
Dan perluaskanlah pintu rezeki buat kami
Untuk berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat

Ya Allah Ya Raba'alamin

Mudah-mudahan apa yang kita munajatkan menggelakkan kita dan para pelajar dari terlibat dengan jenayah, maksiat, gejala zina dan buang bayi atau menghindarkan diri kita atau pelajar kita dari terkena perbuatan kejam seperti mati kemalangan yang ngeri, dibunuh atau dirogol.

Perkongsian Minda Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Bilakah gugurnya hak hadanah kepada seseorang yang telah diberikan hak hadanah?

1. Sebab-sebab gugurnya hak hadanah kepada seseorang yang layak mendapat hak hadanah dan akan hilang kelayakan dalam keadaan berikut:
  • Berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian nasab dengan kanak-kanak tersebut. (Hak hadanah akan kembali kepadanya setelah perkahwinannya dengan lelaki tersebut dibubarkan).
  • Berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terang-terangan.
  • Berpindah tempat kediaman untuk menghalang bapa kanak-kanak menziarahinya.
  • Cuai atau menganiayai kanak-kanak tersebut.
  • Gugur hak hadanah apabila keluar agama Islam
Hadanah: Bermaksud hak penjagaan anak yang masih kecil belum mumayiz dan tidak mampu mengurusan diri selepas berlaku penceraian antara ibu dan bapa.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

19 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Antara berikut, yang manakah merupakan karangan Imam Syafie?

1. Antara berikut, yang manakah merupakan karangan Imam Syafie?
A. al-Mukadimah
B. Qanun Fil al-Tibb
C. al-Umm
D. al-Muwatta'
Jawapan: al-Umm


Mengenali Kitab al-Umm

Al-Baihaqi menyebutkan, tiga keistimewaan Al- Umm adalah sistematik yang lengkap, pemaparan dalil yang sangat teperinci, serta ditulis dengan ringkas, namun padat makna.
Terlebih lagi, keluhuran akhlak dan budi pekerti As-Syafie
Kitab ini juga memuat tafsir ayat-ayat dan hadis tentang hukum.turut menpegaruhi kualiti Al-Umm sebagai karya agung yang diakui oleh generasi masa kini.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

18 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010:Siapakah Sarjana Barat yang mengatakan kemajuan yang dicapai pada masa kini adalah sebenarnya berasal dari sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah?

Jawapan: Setiap kemajuan yang dicapai pada masa kini adalah sebenarnya berasal dari sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah. Kebenaran ini diakui oleh sarjana Barat iaitu Robert Briffault dalam karyanya The Making Humanity.

Kenyataan Robert Briffault dapat menyangkal bahawa gerakan Renaissance yang bermula di Itali tiada sebarang kaitan dengan umat Islam.


Inilah karya The Making Humanity.







Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

17 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan perbezaan antara rukun haji dengan perkara wajib haji?

1. Perbezaan antara rukun haji dengan perkara wajib haji ialah:

  • Rukun Haji:
- Haji akan terbatal sekiranya salah satu rukun haji tidak dilaksanakan
  • Perkara Wajib Haji
- Haji tidak terbatal sekiranya salah satu rukun haji tidak dilaksanakan tetapi jemaah haji wajib membayar dam bagi setiap perkara wajib haji yang tidak disempurnakan

Kemungkinan soalan lain yang boleh dikeluarkan dari tajuk ini ialah:

  1. Apakah hukum melakukan tawaf di luar Masjidil Haram serta nyatakan alasan?
Jawapan: Tidak Sah kerana antara syarat tawak mestilah dilakukan dalam Masjidil Haram



Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

Sehari Satu Hadis: Bulan Ramadan Bulan Untuk Bersedekah Dan Memperbanyakkan Bacaan al-Quran

Ibn Abbas melaporkan:
“Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Firman Allah yang bermaksud:
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
(Surah al-Baqarah, ayat 185)
“Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.”
(Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)
Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

16 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab?

Pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab ialah:

i. Menyusun semula Undang-Undang Tanah Negara supaya tiada tanah terbiar
ii. Menubuhkan Jabatan Ketenteraan (Diwan al-Jundi) dan Jabatan Hasil (Diwan al-Kharaj)
iii.Mengistiharkan kalendar mengikut tahun Hijrah
iv. Menubuhkan pasukan polis dan tentera laut 
v. Menyusun pentadbiran Majlis Syura

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

Pasukan Polis secara rasminya ditubuhkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab bagi mengawai keselamatan dalam negara.

13 August 2010

Perkongsian Minda: Mencari Sebuah Jiwa Yang Baru

Salam kepada semua pembaca...

Hari ini - sudah melangkaui permulaan Ramadan yang subur dengan rahmat,  bagi orang yang bersedia dengan kedatangannya.
Cabaran terlalu besar bagi umat zaman sekarang.
Beban yang dtanggung, hanya hati kecil yang tahu.
Menguruskan kewangan yang kadang kala terlajak perbelanjaan mengakibatkan keberhutangan yang teruk.

Pelbagai promosi peminjaman wang samada secara halal atau haram tersedia dari pihak yang tertentu.

Kad kredit adalah musuh utama yang perlu dijauhi mulai sekarang. Ramai yang beranggapan menggunakan kad kredit adalah jalan ke arah kemuflisan. Hutang yang dibuat akan bertambah dari bulan ke bulan bersama caj yang pelbagai.
Hanya golongan yang benar-benar kaya atau berpendapatan cukup tinggi pada zaman sekarang mungkin boleh membayar jumlah penggunaan bulanan dengan tepat tanpa perlu membayar faedah.
Mungkin wujud segolongan yang berhemah dalam menggunakan kad kredit kerana kemudahan dan kesenangan dalam mengantikan urusniaga tunai. Itulah pengguna yang sebenar.


Mencari keberkatan ramadan dengan berbuka secara sederhana dari menanamkan sifat gelojoh dan tamak dalam berbuka seperti berbuka di hotel atau restoren dengan kos yang tinggi.

Bagi golongan kaya - memilih berbuka di hotel sebagai satu kemegahan kerana kekayaan dimiliki adalah lebih baik dengan menyedekahkan makanan kepada golongan yang memerlukan segantang beras seumpama mutiara harapan yang bernilai.

Sesekali membawa seluruh ahli keluarga berbuka di tempat yang selesa bagi merapatkan hubungan silatulrahim mungkin memberikan manfaat dan ada nilainya.

Bulan ramadan akan berlalu dan bertemu di penghujung. Orang yang benar-benar beribadat mengambil peluang maghfirah yang dijanjikan Allah sudah pasti melahirkan perubahan.

Pastikan syawal yang akan datang bersama islah berlaku dalam diri. Mengubah sistem hidup yang bergantung sepenuhnya kepada sistem Islam dari penggunaan kad kredit, insurans, pinjaman peribadi atau segala pinjaman mestilah menepati syarak. Firman Allah SWT:
Orang-orang yang makan (mengambil) riba [174], tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila [175]. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu [176] (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
(Surah al-Baqarah ayat: 275)


[174]. Riba itu ada dua macam: nasiah dan fadhl. Riba nasiah ialah pembayaran lebih yang disyaratkan oleh orang yang meminjamkan. Riba fadhl ialah penukaran suatu barang dengan barang yang sejenis, tetapi lebih banyak jumlahnya karena orang yang menukarkan mensyaratkan demikian, seperti penukaran emas dengan emas, padi dengan padi, dan sebagainya. Riba yang dimaksud dalam ayat ini riba nasiah yang berlipat ganda yang umum terjadi dalam masyarakat Arab zaman jahiliyah.
[175]. Maksudnya: orang yang mengambil riba tidak tenteram jiwanya seperti orang kemasukan syaitan.
[176]. Riba yang sudah diambil (dipungut) sebelum turun ayat ini, boleh tidak dikembalikan.

Perkongsian minda: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Terangkan proses li'an dijalankan?

Proses Li'an:

  • Suami akan melafazkan 4 kali sumpah dan sumpah kali ke-5 disertai dengan lafaz kemurkaan Allah sekiranya dia berdusta.
  • Lafaz li’an suami: "Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa tuduhan zina terhadap isteriku adalah benar.” Sebanyak 4 kali berturut-turut.
  • Sekiranya suami ingin menafikan keturunan anaknya , suami perlu menambah pada keempat-empat sumpah dengan lafaz: "Sesungguhnya anak yang dilahirkan oleh isteriku itu bukan dariku”
  • Suami akan bersumpah kemurkaan Allah sekiranya dia berdusta pada sumpah kali kelima: "Sesungguhnya laknat Allah akan menimpaku jika aku berdusta dalam membuat tuduhan zina terhadap isteriku.”

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

12 August 2010

Kasih Bapa: Mencari Kebahagiaan Untuk Anak

Firman Allah:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu keduanya perkataan ‘Ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasuh aku sewaktu kecil.”
(Al-Isra’: 23-24)

Para pelajar yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi mendapatkan kejayaan hidup di dunia dan akhirat, ada tiga perkara utama yang perlu dijaga iaitu:

i. Hubungan kita dengan Allah
ii. Hubungan kita dengan ibu bapa
ii. Hubungan kita sesama manusia

Bagi hubungan Allah (Hablul Minal Allah) kewajipan menunaikan amalan fardu seperti solat, puasa di bulan ramadan, menutupi aurat dan menjaga batas-batas pergaulan.

Bagi hubungan dengan ibu bapa, anak-anak wajib mentaati keduanya serta jangan menyebabkan keduanya mengalirkan air mata ketidakredaan. Perlu diingat! Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa.

Bagi yang ketiga adalah (Hablul Minal Nas) iaitu hubungan kita sesama manusia dengan mempamerkan tata cara hidup yang sopan dan tidak mencabuli hak-hak orang lain.

 
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan adab menziarahi jenazah mengikut Islam?

Antara garis panduan dan adab ketika menziarahi jenazah ialah:

  • Berdoa supaya jenazah diampunkan Allah.
  • Menunaikan solat jenazah
  • Menghulurkan bantuan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian.
  • Melahirkan perasaan simpati dan duka cita terhadap kematian arwah
  • Memberi kata-kata yang boleh meringankan beban keluarga si mati
  • Boleh mengucapkan takziah kepada keluarga si mati tidak melebihi 3 hari.
  • Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-quran dan
  • Berdoa sebelum jenazah dikebumikan.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

11 August 2010

Ramadan Yang Bermula Manis

Salam,

Maghrib pertama di bulan ramadan mengajak ke ruang keinsafan dan peluang beribadat kepada Allah sudah bermula.

Suasana petang yang terpancar dari tempat akan terbenam matahari mengharap hati-hati manusia menyedari akan pintu keampunan Allah akan terbuka luas sepanjang ramadan.

Sekitar SMT Seberang Perai dipenuhi bunga-bunga penantian pintu ramadan al-mubarak ini dengan  manis.
Nurkilan rasa:: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Amalan Duha: Latihan Di Bulan Ramadan Untuk Bulan Seterusnya

Maksudnya:
"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu,
kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu.”
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah.
Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Waktu Duha
Duha yang bermaksud pagi dan bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh lebih kurang segalah. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan kepentingan pembelajaran para pelajar)

10 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan hukum talak?

Hukum talak berlaku mengikut situasi seperti berikut:
i. Wajib: Apabila suami tidak dapat melaksanakan kewajipan seperti memberi nafkah atau suami melakukan kezaliman.

ii. Sunat: Apabila isteri mempunyai akhlak yang buruk dan tiada cara dapat memperbaikinya.

iii. Haram: Apabila dilafazkan pada waktu yang diharamkan seperti waktu isteri sedang haid, hamil, dan nifas atau bertujuan menganiayanya

iv. Makruh: Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang soleh.


Mahkamah Syariah Sebelum Penjajahan


Undang-undang Islam telah diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan British lagi. Ini dapat dilihat melalui:
i. Undang-Undang Kanun Melaka dan
ii. Undang-Undang Laut Melaka.

Undang-Undang Melaka telah menjadi asas kepada undang-undang negeri Melayu yang lain seperti Pahang, Kedah dan Perak.
Selain itu, Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 telah mencatatkan bahawa hukuman zina adalah berdasarkan undang-undang Islam.
(Sumber rujukan: http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/)


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

09 August 2010

Perkongsian Pengalaman: Hati-hati Dengan Kad Pelancongan

Salam,

Sedikit perkongsian pengalaman - pada awal tahun 2007, saya telah tertarik untuk menyertai Kad Pelancongan dari sebuah syarikat pengeluar kad yang mempromosikan diskaun penginapan hotel terpilih di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan.
Setelah membayar deposit dan bakinya boleh dijelaskan dalam beberapa bulan kemudian.
Setelah beberapa minggu saya membuat keputusan untuk tidak menyertainya serta tidak menjelaskan bakinya kerana mengambil manfaat dan menumpukan perbelanjaan kepada urusan lain. Dalam tempoh itu saya tidak menerima apa-apa kad dan surat dari Syarikat Pelancongan itu. 

Pada tahun 2009 bulan Julai, saya telah dihubungi oleh agen syarikat pelancongan itu melalui telefon supaya menjelaskan baki yuran penyertaan pada hari dihubungi tersebut. Menurut ejen syarikat itu tidakan saman akan dikenakan ke atas saya sekiranya saya gagal menjelaskan baki yuran tersebut. Saya merasakan tindakan mereka keterlaluan kerana adalah menjadi hak pengguna untuk memilih menyertai atau tidak. Antara ugutan mereka ialah:
i) Borang keahlian yang saya tandatangani akan menyebabkan saya akur dengan polisi syarikat mereka.
ii) Mereka kaitkan mereka adalah syarikat berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia yang boleh menyenaraihitamkan nama saya dari mendapat kemudahan pinjaman bank dan kerajaan.


Pada hari jumaat 06 Ogos 2010 yang lalu saya mendapat panggilan dari (private nombor) yang mengaku kakitangan Mahkamah Putrajaya sedang menyemak kes pembicaraan melibat nama saya dengan syarikat pelancongan tersebut.

Menurut kakitangan tersebut saman itu akan ditarik balik sekiranya saya menjelaskan baki yuran penyertaan sebanyak lebih kurang RM800 (selepas dinaikkan kerana melebihi tempoh promosi iaitu RM399) perlu dibayar pada hari tersebut.

Saya mula mensyaki sesuatu yang tidak kena kerana sekiranya panggilan itu dari Mahkamah Putrajaya pastinya nombor panggilan akan tertera.
Menurutnya saman akan sampai pada hari isnin 9 Ogos 2010. Dan saya dimaklumkan kos saman itu hampir RM8000 perlu ditanggung oleh saya.

Saya mula menyemak di internet dan mendapati syarikat ini telah banyak membuat tuntutan mengugut seperti ini.

Sila klik Notis Peringatan dari Kementerian Pelancongan Malaysia yang diambil dari laman http://www.nccc.org.my/

Notis Peringatan

Sekiranya mangsa penipuan ini terkena pada golongan yang kurang ilmu kepenggunaan necaya syarikat ini akan mendapat keuntungan hasil ugutan dan penipuan.
Peringatan: Hati-hati untuk menurunkan tandatangan yang dipujuk oleh promoter yang sentiasa mencari peluang keuntungan kepada syarikat melalui polisi dan termanya

Perkongsian Pengalaman: Muhammad Bin Abdullah @ Ab Shatar 

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan sumbangan Ibnu Sina Kepada Tamadun Islam?

Jawapan:
Sumbangan terpenting Ibnu Sina ialah:

i. Penemuan penyakit baru dan puncanya. Contohnya Rubella, allergy, TB, smallpox dan penyakit jiwa.
ii. Penemuan dalam ilmu farmasi. Contohnya preskripsi untuk pelbagai penyakit kronik dan penciptaan ubat bius.
iii. Mencipta picagari dan benang khusus menjahit luka pembedahan.
iv. Karya beliau yang terpenting seperti al-Qanun Fit Tibb, al-Naja, as-Syifa’u fil Hikmah dan as-Sifa telah menjadi rujukan para sarjana perubatan hingga ke hari ini.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

Pohon Zaqqum: Seksaan Kepada Orang Zalim








Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

06 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan ciri-ciri orang beriman dalam petikan ayat ini?

Jelaskan ciri-ciri orang yang beriman dalam petikan ayat di atas?

    i. Orang yang menunaikan solat dengan khusuk
    ii. Orang yang menjauhi perkara lagha (sia-sia)
    iii. Orang yang menjaga kemaluannya kemungkaran dan zina
    iv. Orang yang mengeluarkan zakat

 
 
 
 
 
 
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

05 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan maksud golongan Syiah?

1.Syiah ialah kumpulan yang berhasrat menjadikan Saidina Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW.  Kumpulan ini berpendapat hanya Saidina Ali yang berhak menggantikan Rasulullah SAW.

Golongan Syiah terbahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu:


i. Syiah Imamiyah: Digelar Imamiyah kerana pegangan mereka yang menyatakan jawatan Imam hanyalah untuk Ahlul Bait

ii. Syiah Zaidiah: Diambil nama pengasasnya iaitu Zaid bin Ali Zainal Abidin

iii. Syiah Batiniah: Antara kumpulan Syiah yang paling radikal dan beranggapan al-Quran mempunyai makna zahir dan batin


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

Info Hukum: Membayar Fidyah Bagi Puasa Yang Tertinggal

Orang-orang yang meninggalkan puasa dengan sebab apa pun diberi kelapangan masa untuk mengqada’ puasanya itu, asalkan tidak lewat sehingga masuk bulan Ramadhan yang berikutnya. Seandainya masih belum mengqada’nya lagi dan masuk bulan bulan Ramadhan yang berikut. Ia dikenakan fidyah iaitu sehari secupak beras serta qada’nya sekali. Seperti contoh :
Seorang itu telah meninggalkan puasa 5 hari pada tahun pertama dan tidak mengqada’ sehingga masuk bulan Ramadhan tahun kedua maka ini dikenakan :

1. Tinggal 5 hari - Qada’ 5 hari ini bagi tahun pertama iaitu masuk tahun kedua - dan Beras 5 cupak
(1 cupak sehari)
2. Tinggal 5 hari - Qada’ 5 hari ini bagi tahun kedua iaitu masuk tahun ketiga - dan  Beras 10 cupak
(2 cupak sehari)
3. Tinggal 5 hari - Qada’ 5 hari ini bagi tahun ketiga iaitu masuk tahun keempat - dan Beras 15 cupak
(3 cupak sehari)
Begitulah seterusnya jika masih juga belum mengqada’ puasanya. Maka jumlahkanlah berapa tahun yang belum dijelaskan puasa yang ditinggalkan itu dan berapa pula yang patut dikenakan fidyahnya.
Ketika memberi kepada fakir miskin dengan kadar yang telah ditetapkan bagi tujuan membayar fidyah memadai dengan niat sahaja. Tetapi jika membayar fidyah melalui jawatankuasa masjid atau mereka yang menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah lebih baik dinyatakan tujuan saudari itu.
Sebagai seorang Islam yang mengakui menjunjung perintah Allah janganlah lalai untuk mengqada’ puasa yang ditinggalkan itu. Lagi cepat kita qada’ lagi besar faedahnya yang kita dapati dan ringan penanggungan kita terhadap Allah S.W.T.

(Sumber rujukan: Jabatan Mufti Selangor)


04 August 2010

Sehari 1hadis: Jangan Membuka Keaiban Orang Lain & Sahabat

Disediakan oleh: muhdlive

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Berikan maksud hidayah?


1. ________  bermaksud cahaya/petunjuk daripada Allah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki yang membawa ke jalan kebaikan dan keselamatan di dunia dan akhirat dalam rahmat-Nya.

A. Takwa
B. Hidayah
C. Iman
D. Islam


2. Nyatakan hukum tajwid pada kalimah yang bergaris?
Jawapan: Mad Silah Qasirah dan bacaan dipanjangkan 2 harakat.

Penjelasan: Mad Silah Qasirah berlaku apabila huruf (Ha Dhamir) bertemu dengan semua huruf selain (hamzah). 





Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

03 August 2010

Siri Kebenaran al-Quran: Tiada Pencampuran Air Laut dan Sungai

Firman Allah SWT:
Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. (Surah al-Rahman: ayat 19-20)




Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Siapakah golongan yang dimaksudkan dengan al-Salaful al-Soleh?

1. Siapakah yang dimaksudkan dengan ulama al-Salaful al-Soleh?


A. Para ulama solehin yang hidup sebelum kurun ketiga hijrah iaitu para sahabat, tabi’in, dan atba tabi’in.

B. Para ulama solehin yang berjuang menegakkan agama Allah Taala

C. Para ulama solehin bijak dalam menentukan hukum dan memberikan fatwa tentang sesuatu hukum

D. Para ulama solehin menjadi penasihat kepada kerajaan Islam.



Jawapan: A.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan kepentingan pembelajaran para pelajar)

02 August 2010

Siri Kebenaran al-Quran: Penciptaan Langit, Bumi dan Antara Keduanya Dalam Enam Masa

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan maksud golongan ahli Sunnah Wal Jama'ah?

Jawapan: Ahli Sunnah wal-Jamaah adalah kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah atau perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara bida’ah.


- Nama Akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah muncul selepas berlaku perpecahan di kalangan umat Islam yang dikenali sebagai Fitnah al-Kubra.

-Nama Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah secara rasminya dimahsyurkan oleh Abu Hassan al-Asyaari dan Abu Mansur al-Maturidi.

- Maksud al-Jamaah bersatu untuk berjihad, melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar serta menghidupkan sunnah dan menentang bida’ah.

- Nama-nama lain bagi Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah:

- Ahli Sunnah

- Ahlul Hadis

- Al-Jamaah

- Al-Salaful Soleh

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

01 August 2010

Sehari 1hadis: Tanah Perkuburan - Jalan Untuk Akhirat

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya - pagi dan petang - tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli syurga maka syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli neraka maka nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kemudian dikatakan kepada masing-masing: "Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat."

(Ibn Umar r.a)

Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Renungan: Ayah Berkerja Keras Mencari Pendapatan Untuk Menangung Anak-Anak

Salam para pelajar yang dikasihi Allah,


Setiap kali ke sekolah engkau dibekalkan dengan wang,
di sebalik harapan ibu dan ayah
memendam hasrat
semoga engkau berjaya
dalam pelajaran.



Si ayah sanggup menadah teriknya matahari
menyemai kesabaran bersama
titik peluh memercik
melihat kepingan wang
sebagai pemimpin dan pengurus kehidupan
pengorbanan tetap dipikul
hanya Tuhan yang mengetahui
setiap kesusahan yang tertanggung
Nah! Beginilah anak-anak zaman ini.
Sudah pandai merokok

Nah! Inilah balasan anak-anak kepada ibu bapa? Semoga Allah menjauhkan amalan ini dari umat Islam
seluruhnya.
Hasil Nurkilan: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU