28 June 2016

Tak Salah Kiranya Dana Pusat Zakat (PUZ) bantu Pemilik Rumah Dari Terus Kena Lelong

Salam Membuka Bicara

Saya telah lama mengambil masa untuk melihat di keratan akhbar akan notis lelongan rumah. Walau, tidak mencatat data dengan lengkap namun, saya kira majoritinya rumah yang akan dilelong adalah pemiliknya melayu yakni Islam. Saya membayar zakat, rakan-rakan sejawat pun membuat potongan setiap bulan dan anda pun membayar zakat. Adakah tiada dana dari Pusat Zakat untuk membantu pemilik rumah Islam yang berhadapan rumah yang akan dilelong? Melihat kepada peraturan lelongan, sekiranya mana-mana pemilik gagal membayar selama 6 bulan berturut-turut maka rumah akan diberi notis lelongan oleh bank berkenaan.
            Kita yakin mana-mana pemilik rumah akan berjuang untuk membayar bagi memastikan rumah tidak terlelong. Namun apabila melihat kepada masalah yang dihadapi pemilik rumah yang berhadapan dengan kes pembuangan kerja serta-merta oleh majikan, perniagaan yang terjejas atau penyakit yang dihadapi menjadikan pemilik tidak mampu bekerja. Ini antara permasalah yang perlu dibantu. Siapa lagi yang ada kuasa dan fungsinya. PUZ ada kewajipan untuk membantu. Sekurangnya pemilik rumah ada kesempatan membayar hutang rumahnya dalam tempoh tertentu sehinggalah dia kembali stabil kewangan atau memperoehi pekerjaan baru




Cetusan Ilham: Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU