21 July 2013

Tinggalkan Anak Dalam Kereta: Takdir Allah Yang Menimpa

Salam muhibbah..

Ternyata dugaan Allah menimpa buat sesiapa. Kita tidak sepatutnya menunding jari kepada orang yang tersilap atau bersalah lantaran sesiapa sahaja berkemungkinan diujinya dalam pelbagai keadaan dan rupa.

Iktibarnya, perlu dilekatkan dalam kepala kita bahawa anak kecil sama sekali jangan diletakkan bersendirian dalam kereta. Bila sudah kebiasaan akan membawa kepada hari yang tidak diduga. Paling tidak, amalkan sikap selalu membuka atau merendahkan sedikit cermin tingkap (bagi tujuan angin keluar masuk) kalau ada keperluan yang sekejap seperti kerana tergesa-gesa ingin ke tandas jika ada anak kecil di dalam kereta.

Kes yang berlaku pada hari Khamis (18.07.2013) lalu, Nawal Iris Samsudin, tiga tahun, ditemui lemas dalam kereta yang ditinggalkan ibunya di pekarangan sekolahnya di USJ4, Subang Jaya amat menyayat hati kita.  Arwah ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta itu jam 5.30 petang ketika ibunya bersiap untuk pulang selepas sesi sekolah. Arwah yang dikatakan ditinggalkan dalam kereta sejak jam 11.00 pagi.

Lupa adalah sifat semulajadi manusia. Dek kerana itu banyak kes kemalangan berlaku kerananya. Kita wajib banyak berdoa kepada Allah agar dijauhkan bala dan kemalangan seperti itu. Sejauh mana kita berdoa kepada Allah untuk tujuan itu harus ditanya...

Moga Allah memberikan ketabahan kepada ibu dan bapa arwah.
Coretan: Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU