30 December 2010

Sambutan Menjelang Tahun Baru: Jangan Sampai Maruah Tergadai

Salam.

Cuti hampir sebulan berlalu dengan pantas, sekarang tibalah detik permulaan hari persekolahan. Ada yang lebih manis ialah permulaan tahun 2011 yang dinanti untuk dikira oleh sebahagian besar penduduk di negara kita dan seluruh dunia. Masing-masing mengharapkan pengisian yang lebih baik berlaku untuk tahun 2011.

Orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar takwa akan menadah tangan berdoa dan bertahajud agar tahun 2011 menjadi medan untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Perubahan besar yang diingini akan menjadi jihad dalam diri untuk memperelokkan diri, iman, kerjaya dan matlamat.

Menjelang tahun baru pasti pelbagai konsert akan diadakan di serata negeri bagi memeriahkan penantian detik 2011, namun apa gunanya kalau sampai maruah diri tergadai.

Menghabiskan wang di tapak pesta kelak, satu persoalan yang ditanya Allah tentang kemanakah nikmatnya yang dikurnia-Nya.

Anak-anak remaja sudah pasti merempit menempah maut di awal 2011...

Jangan kita mati dalam keadaan kehinaan atau di tempat yang hina sementara bala dari Allah sedia menanti.


Salam

(Muhdlive)

01 December 2010

SPM

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

28 November 2010

Menjelang Peperiksaan SPM Pendidikan Islam 2010: Utamakan tajuk Ibnu Khaldun dan HAMKA serta Imam Malik dan Ahmad Hanbal

Bagi tajuk tamadun Islam para pelajar perlu mengutamakan tajuk tokoh berikut:

1. Imam Malik dan Ahmad bin Hanbal
2. Ibnu Khaldun dan HAMKA

Justeru, latar belakang tokoh, gelaran, sumbangan kepada dunia Islam. Paling penting nama kitab yang dihasilkan.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

16 November 2010

Salam Dan Doa Agar Semua Lulus Cemerlang

Salam kepada semua pelajar SPM SMTSPPP yang bakal menduduki peperiksaan beberapa hari lagi.
Gunakan masa yang ada dengan penuh pengisian bermakna dengan mengulangkaji pelajaran Pendidikan Islam dan subjek lain.

Pastinya, janganlah cemas sebaliknya gantikan perasaan cemas dengan berselawat dan bertawakal kepada Allah semoga segala usaha yang dilakukan diberkati dengan kuasa ingatan yang kuat terhadap pelajaran.

Berjihadlah pada saat ini dengan meninggalkan perasaan malas atau bertangguh. Segala masalah peribadi sila buang jauh-jauh dalam saat ini. Jauhi dari menggunakan hanset untuk berhubung.

Insaak Allah, semua pelajar akan memperolehi ketenangan dengan berserah kepada Allah dengan usaha yang anda telah ikhtiarkan.

Semoga berjaya

Pengendali blog
Muhdlive


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan pengertian Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia ?

Soalan:


1. ____________________________ bermaksud undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, penceraian, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keduanya di kalangan orang Islam.

A. Undang-Undang Keluarga di Malaysia

B. Undang-Undang di Malaysia

C. Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia

D. Undang-Undang Islam di Malaysia


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

13 November 2010

Majlis Restu Dan Doa: Senjata Umat Islam Yang Paling Utama

Majlis Restu yang diadakan pada pagi ini sudah menjadi satu kesinambungan kepada upacara rasmi seperti tahun-tahun sebelum ini sebagai usaha terakhir kepada para pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri terhadap persediaan sebelum memasuki dewan peperiksaan nanti.

Manusia mampu merancang, Allah jualah yang akan menentukan. Semoga dengan doa dan solat hajat yang telah kita sama-sama pohon dan telah kita tunaikan kepada Tuhan Yang Esa - Allah Rabul Jalil akan mendapat kerahmatan dan diperkenankan.

Harapan yang besar di dada para ibu bapa – besar lagi harapan kami sebagi guru untuk melihat anak-anak didik kami akan mencapai keputusan yang luar biasa dan cemerlang sebagai mana usaha yang telah lakukan sepanjang mereka berada di sekolah ini.

Doa yang kita rafakkan di sisi Allah SWT sebentar tadi –

1. Moga-moga dapat menghalang para pelajar dan anak-anak didik kita dari segala perkara atau hal boleh menyebabkan mereka terganggu dari menjalani peperiksaan SPM nanti.

2. Moga anak-anak para pelajar diberi kesihatan yang baik sehingga selesai menjalani peperiksaan

3. Moga anak-anak para pelajar diberi ingatan yang kuat serta keluasan akal untuk menjawab peperiksaan di dalam dewan nanti.
4. Moga anak-anak para pelajar dapat menghadiahkan keputusan yang cemerlang kepada para ibu mereka nanti.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

12 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010 Hari Ini: Sebutkan maksud ajaran sesat?

Jawapan: Segala ajaran yang dianggapkan sebagai agama Islam atau sebahagian dari agama Islam sebaliknya bercanggah dengan al-Quran adn hadis.

Soalan 2. Jelaskan ciri-ciri kumpulan ajaran sesat?
  • Memesongkan prinsip akidah dan tauhid kepada Allah SWT.
  • Mentafsirkan ayat suci al-Quran mengikut hawa nafsu
  • Menganggapkan alam ini bersifat baqa (berkekalan)
  • Mengubah bentuk ibadat kepada Allah SWT
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

11 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan maksud anak yatim?

Jawapan: Anak yatim ialah anak yang kehilangan ayah ketika belum baligh.

Soalan lain:

1. Nyatakan sebab kita dilarang memakan harta anak yatim?
  • Anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
  • Menghindari anak yatim hidup terbiar dan melarat
  • Menghindari permusuhan dan terputus hubungan silatulrahim
2. Harta anak yatim diperolehi melalui pusaka, wasiat ataupun hadiah.

3. Hukum makan harta anak yatim adalah haram dan berdosa besar.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

10 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010 Hari Ini: Peranan Hidayah Dalam Kehidupan Hari Ini?

Soalan 1. Peranan Hidayah Dalam Kehidupan Hari Ini?

Jawapan:

  • Merubah manusia dari melakukan kejahatan kepada sentiasa melakukan kebaikan
  • Menjadikan manusia berakhlak mulia
  • Menjadikan kehidupan tenteram dan tenang
  • Memajukan kerjaya yang lebih cemerlang
  • Mendekatkan diri kepada al-Khaliq

Para pelajar sekalian, cara-cara untuk mendapatkan hidayah dengan melakukan perkara berikut:
  • Mendalami ilmu agama melalui menghadiri ceramah, kuliah dan seminar
  • Membaca bahan-bahan bacaan berunsurkan agama
  • Meningkatkan amalan kebajikan dan ibadat-ibadat sunat (nawafil)
  • Memiliki akhlak yang mulia
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

09 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Isikan tempat kosong berikut?

1. Upah haji ialah melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain.

2. Syarat sah upah haji ialah orang yang melakukan upah haji mestilah terlebih dahulu mengerjakan haji bagi dirinya.

3. Tawaf terbahagi kepada empat. Tawaf yang menjadi rukun haji dinamakan tawaf Ifadah.

4. Tawaf selamat datang disebut Qudum.

5. Tawaf untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Baitullah disebut Widak'


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

08 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Isikan tempat kosong berikut?

1. Binatang yang mati tanpa disembelih disebut bangkai.
2. Binatang al-An'am ialah binatang ternakan berkaki empat.
3. Haiwan liar yang diternak seperti rusa tidak sah dijadikan korban/akikah kerana rusa tidak termasuk dalam jenis binatang al-An'am.
4. Hukum melakukan ibadat korban dan akikah adalah sunat muakkad.

5. Antara syarat sah akikah/korban ialah menyembelih binatang al-An'am dan binatang yang tidak cacat dan sudah cukup umur

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Panduan Hidup: Membaca al-Quran Pada Waktu Subuh Di Waktu Disaksikan Para Malaikat


Salam,

Sudah banyak rencana dalam akhbar atau majalah yang berunsurkan agama menceritakan kelebihan membaca al-quran kepada pembentukan rohani dan jiwa malah mempengaruhi ruang kehidupan seharian.

Sebagai perkongsian ilmu, dalam surah al-Isra' ayat 78 dijelaskan tentang kehebatan bagi orang yang membaca al-Quran pada waktu subuh. Bacaan al-Quran pada waktu subuh akan disaksikan oleh para malaikat.
Betapa beruntung orang yang mengamalkan amalan membaca al-Quran pada waktu subuh. Di samping pahala membaca al-Quran yang dikira bukan melalui satu perkataan tetapi satu huruf.
Para pelajar, jelas sekali amalan membaca al-Quran mestilah menjadi perhatian utama di samping bacaan al-Quran mampu melembutkan jiwa dan mendekatkan diri kepada ilmu Allah yang luas.

Sekian.

05 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Isikan tempat kosong berikut?


1. Orang yang tidak beragama atau tidak bepegang kepada mana-mana agama disebut mulhid.

2. Solat yang khusuk dapat menghindari manusia dari perkara mungkar.

3. Taknik ialah upacara membelah mulut bayi dengan buah yang manis dan doa.


4. Neraka Wail untuk orang yang lalai ketika solat manakala neraka Saqar untuk orang yang tidak menunaikan solat.



Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

04 November 2010

Jalan-Jalan Ke Tempat Rekreasi: Air Terjun Titi Hayun, Yan, Kedah Darul Aman

Tempat Peranginan Titi Hayun yang terletak lebih kurang 3.5 km dari pekan Yan, Kedah adalah antara lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Sudah banyak perbezaan berlaku berbanding kunjungan awal saya pada pertengahan tahun 2005 dahulu sewaktu menyertai perkemahan Unit Uniform Sekolah.

Baru-baru ini saya berkesempatan mengunjungi tempat peranginan ini buat kali kedua.
Pemandangan dari atas jambatan gantung untuk menuju ke Tangga Kenari 1000 Tahun dengan bilangan 1342 anak tangga untuk sampai ke puncak banjaran. Pengunjung boleh ke Peranginan Gunung Jerai melalui tangga ini dengan melalui denai di atas puncak yang jaraknya lebih kurang 5km untuk ke sana.
Chalet dua tingkat ini mempunyai 4 bilik amat selesa dan murah dengan kadar RM 70 semalam. Dari atas pengunjung boleh melihat suasana hutan yang begitu permai dengan kicauan ungas rimba.
Dari balkoni bilik, pengunjung boleh bersantai untuk menghirup udara pagi dengan penuh kenikmatan bersama udara segar.

Air di kawasan ini sememangnya amat sejuk dan bersih.


Inilah landskap hutan yang masih terpelihara kesucian dari pembalakan atau tangan-tangan manusia yang tamak menguat keuntungan.

Para pelajar,

Antara adab semasa berada di tempat rekreasi ialah:
  • Membetulkan niat bukan tujuan maksiat
  • Menjaga aurat dan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan
  • Memelihara hak pengunjung yang lain seperti tidak melakukan perkara yang tidak senonoh dan bising
  • Tidak membuang sampah di merata tempat
  • Tidak merosakkan kemudahan yang disediakan

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan sebab pencemaran alam di negara kita?

Soalan: Jelaskan sebab pencemaran alam di negara kita?

Jawapan:
  • Kerakusan manusia mengejar keuntungan dengan jalan mudah seperti terdapat kilang yang menyalurkan sisa-sisa buangan ke sungai
  • Ketamakan manusia mencari hasil hutan dengan menebang pokok-pokok bagi tujuan pembalakan haram dan pembukaan tanah pertanian tidak terancang
  • Ketiadaan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar
  • Ketiadaan kesedaran menghargai alam sekitar
Selain itu, para pelajar perlu mengetahui langkah mengatasi kerosakan alam sekitar:
  • Menguatkuasakan udang-undang alam sekitar
  • Memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar
  • Menyediakan kemudahan bagi memudahkan masyarakat memelihara alam sekitar
  • Pemantauan dari pihak berkuasa Jabatan Alam Sekitar dengan berkesan bagi menggelakkan berlaku pembuangan sisa toksin ke sungai dan kawasan hutan.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

03 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Siapakah yang digelar Bapa Usul Fiqh?

Soalan: Siapakah yang digelar Bapa Usul Fiqh?

Jawapan: Imam Syafie

- Para pelajar perlu mengetahui fakta ini:
  • Nama asal beliau: Muhammad bin Idris bin al-Abbas
  • Dilahirkan di Ghazzah, Palestain
  • Pada 150 Hijrah
  • Digelar al-Syafie bersempena dengan nama datuknya
- Sumbangan beliau ialah:
  • Mengasaskan mazhab Syafie
  • Menghasilkan kitab al-Risalah, al-Umm dan banyak lagi
  • Digelar Bapa Usul Fiqh kerana orang pertama menulis buku dalam bidang tersebut iaitu kitab al-Risalah.
Gambar di atas menunjukkan kitab al-Umm karangan Imam Syafie.

Makam Imam Syafie di Mesir yang sering diziarahi umat Islam.



Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

02 November 2010

Ramalan Soalan Pend Islam SPM 2010: Siapakah tokoh yang digelar al-Falaki?

Soalan 1: Siapakah tokoh yang digelar al-Falaki?

Jawapan: Syeikh Tahir Jalaluddin

Selain itu antara cara beliau menyebarkan idea islah ialah:
  • Menerbitkan majalah al-Imam (majalah tertua di Malaysia) di Singapura pada tahun 1906 untuk menyampaikan idea islahnya.
  • Melalui jawatan yang disandang seperti mufti di Perak dan Johor membolehkan beliau menyebarkan ajaran Islam
  • Jawatan yang dipegang sebagai guru di Madrasah al-Mansor dan Madrasah Haji Taib Parit Jamil Johor beliau berpeluang menyebarkan islah.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

01 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan hukum bermusafir?



Soalan: Jelaskan hukum bermusafir?

  • Haram: Mengunjungi tempat maksiat.
  • Sunat: Menziarahi tiga buah masjid utama iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil al-Aqsa atau menziarahi saudara mara
  • Wajib: Orang berkemampuan menunaikan ibadat haji
  • Harus: Bermusafir dengan tujuan yang diharuskan syarak
  • Makruh: Bermusafir tanpa ada tujuan atau matlamat


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

29 October 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010:Sebutkan dua sumbangan Imam Ahmad bin Hanbal kepada umat Islam?

1. Sebutkan dua sumbangan Imam Ahmad bin Hanbal kepada umat Islam?
  • Mengasaskan mazhab Hanbali
  • Menghasilkan kitab al-Musnad

Pelajar juga perlu mengetahui fakta ini:
  • Kitab al-Musnad mengandungi 40 ribu hadis
  • Digelar al-Hakim kerana menghafaz 700 ribu hadis
  • Sebelum dijatuhkan hukuman penjara Imam Ahmad menunaikan solat 300 rakaat sehari
  • Selepas dipenjarakan beliau masih menunaikan solat 150 rakaat sehari
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

28 October 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010:Siapakan tokoh yang memperkenalkan idea Islah?

Soalan 1. Siapakan tokoh yang memperkenalkan idea Islah?

Jawapan: Sayyid Jamaluddin al-Afghani.

Para pelajar juga perlu mengetahui fakta ini:
  • Dilahirkan di Kabul, Afghanistan pada 1838 Masihi.
  • Sasilahnya bersambung dengan Saidina Ali Karamallahu wajhah serta Imam Tirmizi
  • Pengaruh besar terhadap umat Islam menjadikan beliau buruan pihak Perancis dan Inggeris.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

27 October 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010 Hari Ini: Jelaskan keistimewaan Kota Baghdad yang telah memajukan ekonomi Kerajaan Bani Abbasiyah?

Soalan 1: Jelaskan keistimewaan Kota Baghdad yang telah memajukan ekonomi Kerajaan Bani Abbasiyah?

Jawapan:

1. Kedudukan strategik menjadi laluan perdagangan timur dan barat.
2. Terdapat Pasar Suq al-Baghdad yang menjadi tumpuan pedagang Parsi
3. Terdapat Pasar Suq al-Baqar


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

26 October 2010

Soalan Ramalan SPM Pendidikan Islam 2010 Hari Ini: Sebutkan dua anugerah yang diterima HAMKA?

Para pelajar, soalan berkenaan dijangka akan keluar dan banyak kertas percubaan dari sekolah negeri lain melibatkan tajuk HAMKA.


Soalan 1. Sebutkan dua anugerah yang diterima HAMKA?

Jawapan:
  • Ijazah Doktor Kehormat dari UKM, Malaysia
  • Ijazah Doktor Kehormat  dari Universiti al-Azhar, Mesir
Para pelajar juga perlu mengetahui nama penuh HAMKA, sumbangannya dalam karya (perlu diketahui nama karyanya dalam bidang agama, sastera dan falsafah)





Buku bertajuk FALSAFAH HIDUP adalah karya HAMKA dalam bidang agama.




Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

25 October 2010

Soalan Ramalan SPM Pendidikan Islam 2010: Senjata Yang Digunakan Untuk Merempuh Musuh Yang Ramai Pada Zaman Abbaisyah?

1. Senjata Yang Digunakan Untuk Merempuh Musuh Yang Ramai Pada Zaman Abbaisyah?
Jawapan: Dababah (Kayu Pelantak)

Salam, para pelajar sekelian.

Dalam tajuk ini kamu juga perlu mengetahui senjata moden lain yang digunakan pada zaman Abbasiyah yang moden seperti:

Gambar ini menunjukkan senjata Manjanik yang digunakan dalam peperangan dalam kerajaan Bani Abbasiyah.
1. Manjanik (Meriam)
2. al-Barud (Senapang)

Selain itu strategi yang digunakan dalam peperangan oleh pihak tentera kerajaan Bani Abbasiyah ialah al-Karadis. Iaitu strategi memecahkan pasukan tentera kepada lima pasukan:
  • al-Mukadimah (Tentera yang diletakkan di bahagian hadapan)
  • al-Maimanah (Tentera yang diletakkan di bahagian kanan)
  • al-Maisarah (Tentera yang diletakkan di bahagian kiri)
  • Safatul al-Jaisi (Tentera yang diletakkan di belakang)
  • Kalbu al-Jaisi (Tentera yang diletakkan di tengah)
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

23 October 2010

Coretan Perjalanan Dari Sabah: SMT Likas Melambaikan Selamat Tinggal

Catatan Hari Kelima Di Sabah

Tepat jam 11.00 pagi kami sampai ke SMT Likas yang berhampiran dengan Stadium Likas. Ketibaan bas kami disambut oleh pengetua dan para guru SMT Likas. Sekolah Menengah Teknik Likas terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Bersebelahan dengan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.
Terdapat beberapa buah sekolah yang berhampiran iaitu Sekolah Menengah Perempuan (SMP), Sekolah Menengah Kebangsaan Likas (SMKL), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shan Tao, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Lok Yuk dan juga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Lok Yuk.

Para guru SMT Seberang Perai mulai turun dari bas untuk berkenalan dengan staff SMT Likas. Kelihatan Cikgu Salim, Cikgu Ayub, Cikgu Hanim, Cikgu Rahmah dan Cikgu Zihana.

Pemandangan dari luar pagar kelihatan SMT Likas yang dikelilingi bangunan-bangunan lain yang padat kerana lokasi SMT Likas di kawasan bandar Kota Kinabalu.

Majlis suai kenal dan ramah mesra diadakan serta selingan pertukaran cenderahati. En. Zainal Abidin bin Jaffar sedang menyerahkan cenderahati SMT Seberang Perai Pulau Pinang kepada rakan sejawatnya En. Abd Hafidz Pg. Adnan, pengetua SMT Likas. Cikgu Salim menjadi wakil SMT Seberang Perai untuk memberikan ucapan penghargaan di atas sumbangan besar yang telah diberikan oleh SMT Likas seperti memberikan kemudahan pengangkutan sepanjang berada di Sabah.



Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMT Seberang Perai, En. Mohd Salim mengambil kenangan untuk bergambar di hadapan Khutubkhanah Nilam Sari SMT Likas sebagai tanda pernah menziarahi lawatan kerja ke sini
Makanan tengah hari telah disediakan oleh SMT Likas bagi semua peserta lawatan SMT Seberang Perai.


Pertemuan dua sekolah teknik semenanjung dengan kepulauan borneo. En. Zainal Abidin bin Jaffar, pengetua SMT Seberang Perai menerangkan sekitar perjalanan yang ditempuhi ketika berada di Sabah kepada pengetua SMT Likas, En. Abd Hafidz Pg. Adnan yang telah memberikan layanan yang istimewa kepada rombongan kami.






Sementara menanti waktu malam yang masih jauh kami mengunjungi bandar Tamparuli yang terkenal dengan jambatan gantung terpanjang dan pasar rakyat di tengah pekannya.



Jambatan yang merentasi sungai yang mengalir laju di bawahnya untuk ke pekan Tamparuli. Di atas jambatan ini para pelancong akan dapat melihat sekitar pekan dan menikmati udara sejuk yang bertiup kencang di atas jambatan ini sehinggakan terasa gonyangnya setelah benar-benar berada di pertengahannya. Penduduk di Tamparuli majoritinya dalah dari kaum Kadazan-Dusun.

Nama asal Tamparuli dikatakan mendapat namanya daripada ayat ‘ditampar oleh air’ di mana ayat ini berasal daripada perkataan atau percakapan orang Brunei. Pada suatu masa dahulu, apabila pedagang-pedagang Brunei berkunjung ke Daerah Tamparuli, mereka tidak dapat naik ke hulu disebabkan arus air sungai yang terlalu deras. Maka timbullah ayat ‘ditampar oleh air’ dan ia telah disingkatkan kepada Tamparuli.
Menurut mitos di kalangan penduduk setempat, kononnya suatu ketika dahulu terdapat seorang perempuan yang cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan atau lebih dikenali sebagai “tajau” oleh masyarakat tempatan. Tajau tersebut telah diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli agar binaan jambatan Tamparuli kukuh. Mitos ini dikukuhkan lagi apabila jambatan ini tidak pernah runtuh walaupun ribut taufan melanda daerah ini. Malah ia semakin indah dan masih tegak berdiri walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun. (Sumber Internet)

En. Zainal berkesempatan bergambar di atas jambatan Tamparuli sebagai kenangan hari terakhir berada di Sabah. Sebahagian besar misi lawatan telah berjaya dicapai.














Coretan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Coretan Perjalanan Dari Sabah: Menyaksikan Tengelamnya Matahari Di Tip Of Berneo, Kudat

Catatan Hari Keempat Di Sabah

Singgah Mengenali Rumah Panjang Kaum Runggus

Dalam perjalanan menuju ke bandar Kudat kami singgah di Rumah Panjang Kaum Iban di Bavanggazo, Kudat.

Rumah panjang ini didiami oleh kaum Runggus yang terletak lebih kurang 41 km dari Kudat atau 98 km dari bandar Kota Kinabalu.

Kami membayar sebanyak RM 2.00 bagi setiap orang untuk memasuki atau melihat rumah panjang ini.
 Cikgu Shidi sedang bergambar di pintu hadapan Rumah Panjang.
Ust. Mud berada di tempat kaum ibu menghasilkan kraftangan seperti gelang yang diperbuat dari manik-manik.





Setelah bertanyakan para ibu, mereka dapat menyiapkan seutas gelang dalam masa 30 minit tanpa henti yang dapat dijual dengan harga RM 3.00 satu.


Pemandangan dari belakang rumah panjang.


Cikgu Ayub dan Shidi sedang menandai kedatangan mereka ke perkampungan Rumah Panjang Bavanggazo.











Akhirnya kami bertolak ke SMT Kudat untuk menginap di sana.


Menginap di bangunan asrama SMT Kudat yang jauh dari kedengaran bunyi bising adalah pengalaman yang permai. Kehidupan yang harmonis antara pelbagai kaum dan agama tidak mewujudkan sebarang permasalahan. Sewaktu kami berada di dalam bangunan asrama (bilik tetamu) sekitar jam 7 malam - 10 malam kelihatan semua pelajar tanpa diberi arahan berada di bilik prep untuk mengulangkaji dan menelaah pelajaran.  Suasana sunyi tanpa kedengaran laungan, jeritan atau hilai tawa.  


Kelihatan tersergam bangunan SMT Kudat meskipun agak panas di antara jam 12 tengah hari sehingga jam 3 petang.

Cikgu Mansur sedang menghayati suasana persekitaran SMT Kudat sebagai buah tangan dari Sabah untuk para pelajar SMT Seberang Perai yang menunggu kepulangan.Idea dan hasil rumusan lawatan akan menjadi modal untuk dikongsi bersama para pelajarnya.

Tepat jam 3 petang kami bergerak ke destinasi yang ditunggu-tunggu iaitu Tip Of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat yang terletak lebih kurang 30 km dari bandar Kudat. Kedudukan Tanjung Simpang Mengayau betul-betul menjadi pertemuan dua laut iaitu Laut China Selatan dengan Laut Sulu di Selatan Filipina.
Sebelum memulakan perjalanan ke sana kami singgah makan di bandar Kudat sambil menikmati udara panas hangat di bandar Kudat. Kebanyakan penduduknya adalah kaum Rungus (majoriti), Brunei, Bajau Laut dan Cina.

Pemandangan di sekitar Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Kelihatan Cikgu Zihana, Rahmah, dan Hanim sedang menyuntik saujana kebiruan alam.
Untuk menyelami keseluruhan Tip Of Borneo memerlukan pendakian yang lebih mencabar dengan memanjat tebing tinggi berbatu dengan hanya berpijak liang batu serta berpaut pada bucu batu. Inilah saat-saat paling mencabar kerana di bawah sana kelihatan curam.
En. Ruzahan adalah antara orang yang paling awal memanjat untuk sampai ke puncak bagi menyaksikan matahari tenggelam dengan lebih menyeluruh.






 Setelah bersusah payah menghadapi cabaran maka puncak Tip Of Borneo dapat ditawan.
Saat yang paling indah akan bermula - Matahari kian mahu bersarang dengan tengelamnya perlahan-lahan bersama warna kemerahan. Itulah saat yang paling digemari manusia kebanyakan
Mercu tanda Tip Of Borneo hanya boleh dihayati untuk orang-orang yang melihat dengan mata kasarnya sahaja.

Cikgu Salim menerangkan sejarah yang berlaku di Tip Of Borneo yang mana dikatakan tempat para lanun menghukum ahli yang belot atau didapati bersalah.
Tanjung Simpang Mengalau dikatakan pernah menjadi tempat pendaratan pengembara terkenal yang mengelilingi dunia Ferdinand Magellan yang berhenti untuk membaiki kerosakan kapalnya yang teruk dipukul ribut selama 42 hari.

Mengikut bahasa Rungus, Tanjung Simpang Mengayau bermaksud ‘benteng pertahanan’ kaum Rungus daripada pihak musuh (lanun dari kepulauan Filipina) yang menyerang perkampungan mereka. Manakala ‘Tanjung’ bermaksud penghujung, ‘Sampang’ pula bermaksud jambatan manakala ‘Mangazou’ membawa makna peperangan.



Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Coretan Perjalanan Dari Sabah: Dari Kundasang Ke Kudat Yang Terbentang Di Tepi Lautan

Hari Ketiga Di Sabah

Perjalanan Dari Kundasang Ke Kudat memakan masa hampir 5 jam. Kami berhenti untuk bersarapan di Kota Belud, kemudiannya singgah di Rumah Panjang sebelum sampai di SMT Kudat.
Terdapat sebuah masjid yang agak besar di pekan Kota Belud. Kelihatan ramai kaum Melayu melata di daerah Kota Belud ini.
Mungkin harga makan di sini agak tinggi. Saya membayar RM 9.50 bagi sepinggan nasi goreng Patayya bersama kopi Radix.
Papan harga sudah ditulis dengan jelas harga setiap makanan  bermaknanya bukanlah peniaga segaja menguat keuntungan terhadap pelanggan luar.



Cikgu Mansur sempat menelaah keindahan pekan Kota Belud bersama tafsiran dan kaca mata sebagai guru kaunselor SMT Seberang Perai















Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU