23 October 2010

Coretan Perjalanan Dari Sabah: Menyaksikan Tengelamnya Matahari Di Tip Of Berneo, Kudat

Catatan Hari Keempat Di Sabah

Singgah Mengenali Rumah Panjang Kaum Runggus

Dalam perjalanan menuju ke bandar Kudat kami singgah di Rumah Panjang Kaum Iban di Bavanggazo, Kudat.

Rumah panjang ini didiami oleh kaum Runggus yang terletak lebih kurang 41 km dari Kudat atau 98 km dari bandar Kota Kinabalu.

Kami membayar sebanyak RM 2.00 bagi setiap orang untuk memasuki atau melihat rumah panjang ini.
 Cikgu Shidi sedang bergambar di pintu hadapan Rumah Panjang.
Ust. Mud berada di tempat kaum ibu menghasilkan kraftangan seperti gelang yang diperbuat dari manik-manik.





Setelah bertanyakan para ibu, mereka dapat menyiapkan seutas gelang dalam masa 30 minit tanpa henti yang dapat dijual dengan harga RM 3.00 satu.


Pemandangan dari belakang rumah panjang.


Cikgu Ayub dan Shidi sedang menandai kedatangan mereka ke perkampungan Rumah Panjang Bavanggazo.











Akhirnya kami bertolak ke SMT Kudat untuk menginap di sana.


Menginap di bangunan asrama SMT Kudat yang jauh dari kedengaran bunyi bising adalah pengalaman yang permai. Kehidupan yang harmonis antara pelbagai kaum dan agama tidak mewujudkan sebarang permasalahan. Sewaktu kami berada di dalam bangunan asrama (bilik tetamu) sekitar jam 7 malam - 10 malam kelihatan semua pelajar tanpa diberi arahan berada di bilik prep untuk mengulangkaji dan menelaah pelajaran.  Suasana sunyi tanpa kedengaran laungan, jeritan atau hilai tawa.  


Kelihatan tersergam bangunan SMT Kudat meskipun agak panas di antara jam 12 tengah hari sehingga jam 3 petang.

Cikgu Mansur sedang menghayati suasana persekitaran SMT Kudat sebagai buah tangan dari Sabah untuk para pelajar SMT Seberang Perai yang menunggu kepulangan.Idea dan hasil rumusan lawatan akan menjadi modal untuk dikongsi bersama para pelajarnya.

Tepat jam 3 petang kami bergerak ke destinasi yang ditunggu-tunggu iaitu Tip Of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat yang terletak lebih kurang 30 km dari bandar Kudat. Kedudukan Tanjung Simpang Mengayau betul-betul menjadi pertemuan dua laut iaitu Laut China Selatan dengan Laut Sulu di Selatan Filipina.
Sebelum memulakan perjalanan ke sana kami singgah makan di bandar Kudat sambil menikmati udara panas hangat di bandar Kudat. Kebanyakan penduduknya adalah kaum Rungus (majoriti), Brunei, Bajau Laut dan Cina.

Pemandangan di sekitar Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Kelihatan Cikgu Zihana, Rahmah, dan Hanim sedang menyuntik saujana kebiruan alam.
Untuk menyelami keseluruhan Tip Of Borneo memerlukan pendakian yang lebih mencabar dengan memanjat tebing tinggi berbatu dengan hanya berpijak liang batu serta berpaut pada bucu batu. Inilah saat-saat paling mencabar kerana di bawah sana kelihatan curam.
En. Ruzahan adalah antara orang yang paling awal memanjat untuk sampai ke puncak bagi menyaksikan matahari tenggelam dengan lebih menyeluruh.






 Setelah bersusah payah menghadapi cabaran maka puncak Tip Of Borneo dapat ditawan.
Saat yang paling indah akan bermula - Matahari kian mahu bersarang dengan tengelamnya perlahan-lahan bersama warna kemerahan. Itulah saat yang paling digemari manusia kebanyakan
Mercu tanda Tip Of Borneo hanya boleh dihayati untuk orang-orang yang melihat dengan mata kasarnya sahaja.

Cikgu Salim menerangkan sejarah yang berlaku di Tip Of Borneo yang mana dikatakan tempat para lanun menghukum ahli yang belot atau didapati bersalah.
Tanjung Simpang Mengalau dikatakan pernah menjadi tempat pendaratan pengembara terkenal yang mengelilingi dunia Ferdinand Magellan yang berhenti untuk membaiki kerosakan kapalnya yang teruk dipukul ribut selama 42 hari.

Mengikut bahasa Rungus, Tanjung Simpang Mengayau bermaksud ‘benteng pertahanan’ kaum Rungus daripada pihak musuh (lanun dari kepulauan Filipina) yang menyerang perkampungan mereka. Manakala ‘Tanjung’ bermaksud penghujung, ‘Sampang’ pula bermaksud jambatan manakala ‘Mangazou’ membawa makna peperangan.



Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

No comments:

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU