18 August 2013

Tontonan Terbaik Aidilfitri: Bukan Filem Hantu

Salam Aidilfitri,

Rasa kecewa dengan sebilangan sikap penerbit di rangkaian tv kerana masih memilih cerita hantu sebagai bahan tayangan sepanjang aidilfitri. Budak-budak, remaja dan orang dewasa memang pun seronok tengok filem hantu kerana itulah sebahagian sekolah paling kuat mempengaruhi akal.
Pun begitu, saya jarang berminat dengan cerita ditayangkan dalam televisyen. Sebaik, berpeluang terlihat cerita bertajuk PULANG di astro Oasis, membuatkan saya terpaku dan tertarik untuk menyaksikannya. Paling berkesan, dialog sepanjang cerita ini sangat mengujakan untuk menghayatinya sehingga tamat. Bahkan, tak sabar menyaksikan bagaimana berlaku pada babak akhir.  
Sudah lama saya ternanti kemunculan pelakon Sulaiman Yasin atau mungkin para pembaca lebih akrab dengan nama Mat Over dalam drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang cukup popular suatu ketika dahulu. Lakonan cukup bermutu, bukan seperti dibuat-buat untuk melakonkan. Setiap perkata keluar dari mulutnya berbisa menikam. Gambaran seorang ayah yang tegas dan berprinsip kadang kala lebih kasihnya kepada anaknya. Ceritanya agak biasa tetapi cara lakonan dan penciptaan dialog antara pelakon cukup berbeza dengan filem lain. Kehebatan pengarahnya menyelami dua cinta yang terpisah masa lalu dan berpeluang berjumpa dalam keadaan sopan mencerminkan itulah realiti dimahukan berlaku di kampung. Kita tidak boleh menolak soal cinta di kalangan anak muda sebaliknya mendidik mereka menilai cinta dengan  sopan dan tidak melanggar batas agama.
          Amran yang pulang dari perantauan bersama anak perempuan kecilnya Aisyah yang dilarikan dengan niat menyelamatkan akidah anaknya. Amran berpeluang bertemu bekas kekasihnya yang membuatkan dia meninggalkan kampungnya untuk beberapa tahun sehingga beroleh seorang anak perempuan. Rasanya inilah cerita yang bermutu berbanding filem lain yang ditayangkan untuk aidilfitri biarpun ianya sebuah rekaan dari pengalaman pengarahnya.

Coretan; Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU