20 September 2011

Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Nyatakan hukum bagi situasi ini?

Soalan 1:  Natasha Sofiana telah mengadu di Mahkamah Syariah tentang kehilangan suami melebihi 6 bulan tanpa khabar berita. Nyatakan jenis penceraian ini serta alasan?

Jawapan: Jenis penceraian ialah fasakh. Isteri yang ditinggalkan suami tanpa khabar berita melebihi 6 bulan (mengikut pendapat mazhab Hanbali), maka pihak isteri boleh mengemukakan fasakh di Mahkamah Syariah.

Soalan 2: Amer telah menceraikan isterinya ketika keadaan isterinya berhaid. Nyatakan jenis talak ini serta hukumnya?

Jawapan: Talak bid'ie. Hukumnya sah tetapi haram

Soalan 3: Aizat telah menceraikan talak satu buat kali pertama kepada isterinya. Aizat telah rujuk bekas isterinya sehari selepas tamat tempoh iddah. Nyatakan hukum rujuknya dan alasan?

Jawapan: Rujuk yang dilakukan Aizat tidak sah kerana dia merujuk isterinya selepas tamat tempoh iddah.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Tazkirah: Perempuan - Keinginan Kepada Penghawa Nafsu. Bidadari Untuk Akhirat

Salam, tazkirah untuk diri dan perkongsian bersama:

Dunia makin dikejar sehingga lupa kepada bekalan hari akhirat. Rumah yang dibina cantik dan kukuh, isteri yang bakal ditinggalkan tidak pasti tergenggam setianya. Anak-anak yang ingin dilihat selalu sering mengabaikan kehidupan manusia untuk beribadat kepada Allah dan memperingati balasan di hari akhirat. kelak.  Firman Allah SWT:

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)(Surah al-Imran: ayat 14)
Kita semakin lupa dengan peringatan akhir zaman. Tanda menuju kemusnahan dunia ini mendekati. Cuma kita kurang mengambil iktibar dan pengajaran. Anak-anak kecil sudah diajar menyanyi. Gelodak generasi muda dengan gelombang maksiat hanyir membecaki ruang masyarakat. Hari ini berapa orang yang menjaga solatnya, berapa kerat menjadikan masjid rumah keduanya. Ketika kebanyakan remaja dan belia muda menjadikan kelab malam sebagai pengisian tengah malam atau berlambakan anak gadis teruna berpelesiran di Dataran Merdeka, atau mana-mana dataran bercahaya di tengah kota. Waktu penghujung malam menjadi begitu muda kepada anak muda lelaki dan perempuan untuk makan minum di cafeteria atau restoren mamak 24 jam.

Solat tiang agama, telah ditinggalkan sudah pasti menjadikan seseorang sekadar nama Islam. Golongan inilah yang mudah terdedah kepada murtad atau terlibat dengan keruntuhan akhlak dan moral untuk tidak meninggalkan cebisan kemanusian terhadap bayi yang dibuang atau dicampak di serata tempat.

Alangkah bertuahnya kalau terpilih sebagai ashabul yamin yakni golongan yang menerima buku amalan dari tuhan dengan tangan kanan.
Firman Allah SWT:

Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik.Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan, Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam, Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. (Surah Al-Waqiah: ayat 22-27)

Para pelajar, amalkan membaca surah al-Waqiah yang dipenuhi dengan kisah bidadari Allah kepada golongan yang beriman.






 Disediakan oleh: Muhdlive

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU