29 December 2012

Tahun Baru 2013: Siapa Bakal Disesatkan Tuhan

Salam muhibbah buat pembaca sekalian,

Hampir sebulan saya tidak menulis di blog ini kerana sedang bercuti di kampung halaman tanah air tercinta Kelantan Darul Naim. Saya tidak ada kesempatan untuk meluangkan masa bagi mencoretkan sesuatu.
Rasanya dalam dalam dua tiga hari lagi kita akan berhadapan dengan tahun baru masihi yang ke 2013. Paling merisaukan, ialah sambutan pada malam terakhir 31 Disember 2012. Ramai anak muda sudah berkira-kira untuk menyambut saat atau detik pertama 1 Januari 2013 di tempat-tempat tertentu. Paling ditakuti mereka sudah bersiap siaga dengan pesta maksiat yang dirancang bersama teman-teman seangkatan.
Khabarnya syarikat di Genting Highland sudah menyediakan pelbagai acara gilang gemilang limpah cahaya. Sudah pasti bilik penginapan hotel habis ditempah. Pasangan sudah berkahwin mungkin tidak menjadi masalah, tetapi pasangan kekasih yang berbondong-bondong sudah pasti tidak membazirkan wang untuk tidur di bilik berasingan.
Menjadi kerisauan saya, apakah setiap perbelanjaan dari kos pengangkutan dan sewa penginapan di Genting Highland tidak dipersoalkan Tuhan di akhirat kelak. Sekadar menikmati bilangan10,9,8,7,6,5,4,3,2,1,0 rasanya tidak berbaloi dengan ratusan atau ribuan RM dilaburkan bagi tujuan tersebut.
Pelajar IPTA/TPTS bersama wang PTPTN atau biasiswa JPA pun akan berkejuju ke Genting Highland. Soalnya adakah perlu ke tempat tersebut. Kebarangkalian kemalangan di jalan raya atau terlibat dengan nahas perlu diambil kira. Sanggupkan disoal Tuhan, kamu mati kerana apa? Ya, saya sedang dalam perjalanan ke Genting Highland bagi menikmati pergaulan bebas lelaki dan perempuan. Nah! Minta dijauhkan Allah dari mati di tempat maksiat sebegitu...

Malam menyambut tahun baru 2013 akan berlangsung di mana-mana ibu kota, bandar dan kota kosmopolitan. Tiada siapa yang akan menegur melainkan kesedaran bahawa kita dijadikan oleh Allah untuk beribadat, sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah. Justeru jika anda berada di Johor Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuala Lumpur, Persiaran Gurney, Alor Setar, Melaka, Seremban, Ipoh dan di mana sahaja, sambutan perlu tetapi dengan penuh rasa keimanan dan doa kepada Allah agar diselamatkan agama Islam dari terhapus di tempat kita.
Seperti dijangkakan oleh semua pihak, sebaik tamat malam sambutan tahun baru 2013, sudah pasti menghamilkan remaja perempuan. Bermula tarikh ini sehingga bulan september kelak, kadar bayi luar nikah dilahirkan akan bertambah, buang bayi akan meningkat ataupun ada mayat bayi digigit anjing mahupun diserat ke tong sampah!

Coretan: Muhd Shatar

01 December 2012

Sumbangan untuk Pahala Yang Kekal

Salam,

Adik Adam Azfar bin Mohd Jimadie Shah, anak kepada sahabat saya sedang dalam rawatan penyakit kanser di otak. Mudahan derma kita akan dapat mengurangkan beban kedua ibu bapanya.

Pahala Allah akan berterusan kepada kita dengan sumbangan yang ikhlas.


Di Palestin juga memerlukan sumbangan anda. Jangan takutlkan kefakiran kerana menyumbangkan wang dari poket anda...





Insaak Allah, dengan bersedekah, kita mungkin dijauhi Allah dari bala bencana yang menarik hak orang lain dalam kekayaan kita.

Coretan untuk memperingati diri sendiri dan pembaca budiman: Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU