11 September 2011

Sembang Akhbar Pagi Ahad: Ajaran Sesat Hassan Jonit

Para pelajar dikasihi,

Tajuk ajaran sesat berkemungkinan akan keluar memandangkan isu ini sentiasa menghiasi dada akhbar. Hari ini dalam akhbar KOSMO, saya memetik tentang ajaran sesat Hassan Jonit.

RAWANG - Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang didapati menyimpang daripada ajaran Islam oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Fatwa Negeri Selangor pada tahun 1998 kini dikesan kembali aktif.
Ajaran itu kini dipercayai dikembangkan oleh ahli keluarga salah seorang pengikut kanan Hassan yang meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Menurut sumber yang cuma ingin dikenali sebagai Roslan, markas utama kumpulan tersebut yang terletak di Kampung Melayu, Batu Arang di sini, kembali dipenuhi oleh pengikut ajaran itu sejak kebelakangan ini.
"Saya dapati semakin ramai orang luar datang ke markas itu pada malam tertentu. Saya percaya kumpulan tersebut tidak mahu pihak berkuasa tahu tentang aktiviti mereka," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Menurutnya yang juga penduduk di kampung tersebut, kewujudan semula ajaran tersebut kini diketuai oleh seorang lelaki yang merupakan menantu kepada orang kanan Hassan.
"Pengikut ajaran itu terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk profesional yang datang dari seluruh negara terutama Singapura, Johor dan Melaka semakin berkurangan.
"Saya sendiri sebenarnya pernah bersemuka dengan pengikut kanan Hassan suatu ketika dahulu selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung yang dia telah mendapat wahyu ketika duduk di kedai kopi," ujarnya.

Para pelajar mesti mengetahui:
i. Maksud ajaran sesat.
ii. Sebab-sebab manusia terdorong kepada terlibat ajaran sesat
iii. Langkah mengatasi ajaran sesat dari terus tersebar. Berikan dua langkah pencegahan dari pihak anda?
iv. Sebutkan contoh kumpulan ajaran sesat di Malaysia?
v. Nyatakan kesan terlibat dengan kumpulan ajaran sesat kepada individu?

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

No comments:

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU