18 November 2012

Sayembara Menulis Cerita Ringkas Sepanjang Cuti Sekolah 2012: Terbuka kepada Pelajar SMV Seberang Perai Pulau Pinang

Salam buat para pelajar SMV Seberang Perai yang sedang bercuti,

Blog e-Pendidikan Islam menganjurkan Sayembara Menulis Kisah Adaptasi dari Tokoh-Tokoh Islam Sempena Sepanjang Cuti Sekolah 2012.

Syarat Penyertaan:

- Terbuka kepada para pelajar SMV Seberang Perai Pulau Pinang sesi 2012/2013.
- Panjang cerita tidak terhad (paling kurang 4 halaman - ke atas berserta tulisan langkau 2 baris)
- Font bersaiz 12.
- Pelajar boleh memilih tokoh-tokoh seperti Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Usman bin Affan, Saidina Ali bin Abi Thalib, Abdul Rahman bin Auf, Abu Zhar al-Ghifari, dan tokoh lain-lain lagi yang berkenaan.
- Nyatakan buku yang dirujuk sekira digunakan.
- Tarkh tutup 30 Disember 2012. Hantar skrip Sayembara Menulis Kisah Adaptasi dari Tokoh-Tokoh Islam ke alamat emel muhd@live.com.my
- Para pelajar boleh menghantar emel ke Pengendali Blog e-Pendidikan Islam bagi mengemukakan pertanyaan tentang tokoh dipilih atau cara penulisan dengan lebih lanjut.
- Keputusan hakim adalah muktamad.

Hadiah

Pertama: RM 50 dan sebuah buku agama
Kedua: RM30 dan sebuah buku agama
Ketiga: RM 20 dan sebuah buku agama

Saguhati - sebuah buku agama

Hari-Hari Seperti Neraka di Gaza

Salam 1 Kemanusiaan dan Persaudaraan Islam,


Paling menyayat hatiku, apabila kanak-kanak kecil yang kulihat seperti anakku, anak kaum keluargaku, anak-anak jiranku dan kanak-kanak yang masih bebas meneruskan keriangan, ketawaan dan terheret dalam dunianya.

Kanak-kanak yang bapanya berjawatan seperti teknokrat kerajaan, doktor, peguam dan guru tidak sama kanak-kanak yang bapanya petani, penanam sayur di tebing sungai, ataupun kanak-kanak yang dilahirkan dari perut banduan wanita di penjara Kajang. (semalaman dalam rancangan Majalah 3, ada dokumentari khas tentang kehidupan banduan wanita di penjara Kajang) 

Lebih-lebih kagi kanak-kanak di Palestin tidak sama - bahkan amat perit, pedih, azab lapar dan dahaga kasih ibu apa, abang sulung, kakak ataupun bapa saudara yang lebih awal mengadap Ilahi.

Aku terkesima dengan nasib rakyat Palestin - cuma aku berpendapat mereka ini merasai azab  begitu berat sementara hidup di dunia ini kerana jelas mereka akan bertemu syahid.
Kita mungkin boleh berdoa untuk sama-sama merasai penderitaan mereka, paling tidak memberi sumbangan wang ke tabung Aman Palestin, Pemuda Masjid, dan sebagainya.
Tetapi lebih utama, fokus orang muda, pelajar IPTA/IPTA, pak cik dan mak cik di mana-manapun perlu ikuti perkembangan umat Islam di Palestin atau di mana-mana. Harap janganlah kita leka dan terabai tanggungjawab terhadap masa depan agama, bangsa, bahasa kita dan keturunan kita dari mengalami nasib sama.

Serangan ke Israel ke atas Palestin sudah pasti mampu menyatukan umat Islam di sini. Maka cantumkan hati kita tanpa mengira idealogi dan kepentingan politik. Sama-sama kita ke masjid untuk sama-sama bersuara tentang kezaliman Zionis Yahudi ini.

Kalau Ingin Ke Palestin

Kalau ingin berdoa, berdoalah
Kalau ingin menderma, dermalah
Kalau ingin menangis, menangislah
Kalau ingin berteriak, teriaklah
Kalau ingin bersuara, bersuaralah
Kalau ingin meradang, meradanglah
sepuas hatimu; Zionis semakin hampir
mengetuk pintu rumah kita di hadapan

Kalau ingin ke Palestian, berdoalah
sepuas hatimu.

Anjan Ahzana
Bukit Mertajam, Pulau Pinang

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU