28 November 2010

Menjelang Peperiksaan SPM Pendidikan Islam 2010: Utamakan tajuk Ibnu Khaldun dan HAMKA serta Imam Malik dan Ahmad Hanbal

Bagi tajuk tamadun Islam para pelajar perlu mengutamakan tajuk tokoh berikut:

1. Imam Malik dan Ahmad bin Hanbal
2. Ibnu Khaldun dan HAMKA

Justeru, latar belakang tokoh, gelaran, sumbangan kepada dunia Islam. Paling penting nama kitab yang dihasilkan.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

16 November 2010

Salam Dan Doa Agar Semua Lulus Cemerlang

Salam kepada semua pelajar SPM SMTSPPP yang bakal menduduki peperiksaan beberapa hari lagi.
Gunakan masa yang ada dengan penuh pengisian bermakna dengan mengulangkaji pelajaran Pendidikan Islam dan subjek lain.

Pastinya, janganlah cemas sebaliknya gantikan perasaan cemas dengan berselawat dan bertawakal kepada Allah semoga segala usaha yang dilakukan diberkati dengan kuasa ingatan yang kuat terhadap pelajaran.

Berjihadlah pada saat ini dengan meninggalkan perasaan malas atau bertangguh. Segala masalah peribadi sila buang jauh-jauh dalam saat ini. Jauhi dari menggunakan hanset untuk berhubung.

Insaak Allah, semua pelajar akan memperolehi ketenangan dengan berserah kepada Allah dengan usaha yang anda telah ikhtiarkan.

Semoga berjaya

Pengendali blog
Muhdlive


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan pengertian Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia ?

Soalan:


1. ____________________________ bermaksud undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, penceraian, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keduanya di kalangan orang Islam.

A. Undang-Undang Keluarga di Malaysia

B. Undang-Undang di Malaysia

C. Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia

D. Undang-Undang Islam di Malaysia


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

13 November 2010

Majlis Restu Dan Doa: Senjata Umat Islam Yang Paling Utama

Majlis Restu yang diadakan pada pagi ini sudah menjadi satu kesinambungan kepada upacara rasmi seperti tahun-tahun sebelum ini sebagai usaha terakhir kepada para pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri terhadap persediaan sebelum memasuki dewan peperiksaan nanti.

Manusia mampu merancang, Allah jualah yang akan menentukan. Semoga dengan doa dan solat hajat yang telah kita sama-sama pohon dan telah kita tunaikan kepada Tuhan Yang Esa - Allah Rabul Jalil akan mendapat kerahmatan dan diperkenankan.

Harapan yang besar di dada para ibu bapa – besar lagi harapan kami sebagi guru untuk melihat anak-anak didik kami akan mencapai keputusan yang luar biasa dan cemerlang sebagai mana usaha yang telah lakukan sepanjang mereka berada di sekolah ini.

Doa yang kita rafakkan di sisi Allah SWT sebentar tadi –

1. Moga-moga dapat menghalang para pelajar dan anak-anak didik kita dari segala perkara atau hal boleh menyebabkan mereka terganggu dari menjalani peperiksaan SPM nanti.

2. Moga anak-anak para pelajar diberi kesihatan yang baik sehingga selesai menjalani peperiksaan

3. Moga anak-anak para pelajar diberi ingatan yang kuat serta keluasan akal untuk menjawab peperiksaan di dalam dewan nanti.
4. Moga anak-anak para pelajar dapat menghadiahkan keputusan yang cemerlang kepada para ibu mereka nanti.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

12 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010 Hari Ini: Sebutkan maksud ajaran sesat?

Jawapan: Segala ajaran yang dianggapkan sebagai agama Islam atau sebahagian dari agama Islam sebaliknya bercanggah dengan al-Quran adn hadis.

Soalan 2. Jelaskan ciri-ciri kumpulan ajaran sesat?
  • Memesongkan prinsip akidah dan tauhid kepada Allah SWT.
  • Mentafsirkan ayat suci al-Quran mengikut hawa nafsu
  • Menganggapkan alam ini bersifat baqa (berkekalan)
  • Mengubah bentuk ibadat kepada Allah SWT
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

11 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan maksud anak yatim?

Jawapan: Anak yatim ialah anak yang kehilangan ayah ketika belum baligh.

Soalan lain:

1. Nyatakan sebab kita dilarang memakan harta anak yatim?
  • Anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
  • Menghindari anak yatim hidup terbiar dan melarat
  • Menghindari permusuhan dan terputus hubungan silatulrahim
2. Harta anak yatim diperolehi melalui pusaka, wasiat ataupun hadiah.

3. Hukum makan harta anak yatim adalah haram dan berdosa besar.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

10 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010 Hari Ini: Peranan Hidayah Dalam Kehidupan Hari Ini?

Soalan 1. Peranan Hidayah Dalam Kehidupan Hari Ini?

Jawapan:

  • Merubah manusia dari melakukan kejahatan kepada sentiasa melakukan kebaikan
  • Menjadikan manusia berakhlak mulia
  • Menjadikan kehidupan tenteram dan tenang
  • Memajukan kerjaya yang lebih cemerlang
  • Mendekatkan diri kepada al-Khaliq

Para pelajar sekalian, cara-cara untuk mendapatkan hidayah dengan melakukan perkara berikut:
  • Mendalami ilmu agama melalui menghadiri ceramah, kuliah dan seminar
  • Membaca bahan-bahan bacaan berunsurkan agama
  • Meningkatkan amalan kebajikan dan ibadat-ibadat sunat (nawafil)
  • Memiliki akhlak yang mulia
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

09 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Isikan tempat kosong berikut?

1. Upah haji ialah melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain.

2. Syarat sah upah haji ialah orang yang melakukan upah haji mestilah terlebih dahulu mengerjakan haji bagi dirinya.

3. Tawaf terbahagi kepada empat. Tawaf yang menjadi rukun haji dinamakan tawaf Ifadah.

4. Tawaf selamat datang disebut Qudum.

5. Tawaf untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Baitullah disebut Widak'


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

08 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Isikan tempat kosong berikut?

1. Binatang yang mati tanpa disembelih disebut bangkai.
2. Binatang al-An'am ialah binatang ternakan berkaki empat.
3. Haiwan liar yang diternak seperti rusa tidak sah dijadikan korban/akikah kerana rusa tidak termasuk dalam jenis binatang al-An'am.
4. Hukum melakukan ibadat korban dan akikah adalah sunat muakkad.

5. Antara syarat sah akikah/korban ialah menyembelih binatang al-An'am dan binatang yang tidak cacat dan sudah cukup umur

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Panduan Hidup: Membaca al-Quran Pada Waktu Subuh Di Waktu Disaksikan Para Malaikat


Salam,

Sudah banyak rencana dalam akhbar atau majalah yang berunsurkan agama menceritakan kelebihan membaca al-quran kepada pembentukan rohani dan jiwa malah mempengaruhi ruang kehidupan seharian.

Sebagai perkongsian ilmu, dalam surah al-Isra' ayat 78 dijelaskan tentang kehebatan bagi orang yang membaca al-Quran pada waktu subuh. Bacaan al-Quran pada waktu subuh akan disaksikan oleh para malaikat.
Betapa beruntung orang yang mengamalkan amalan membaca al-Quran pada waktu subuh. Di samping pahala membaca al-Quran yang dikira bukan melalui satu perkataan tetapi satu huruf.
Para pelajar, jelas sekali amalan membaca al-Quran mestilah menjadi perhatian utama di samping bacaan al-Quran mampu melembutkan jiwa dan mendekatkan diri kepada ilmu Allah yang luas.

Sekian.

05 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Isikan tempat kosong berikut?


1. Orang yang tidak beragama atau tidak bepegang kepada mana-mana agama disebut mulhid.

2. Solat yang khusuk dapat menghindari manusia dari perkara mungkar.

3. Taknik ialah upacara membelah mulut bayi dengan buah yang manis dan doa.


4. Neraka Wail untuk orang yang lalai ketika solat manakala neraka Saqar untuk orang yang tidak menunaikan solat.



Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

04 November 2010

Jalan-Jalan Ke Tempat Rekreasi: Air Terjun Titi Hayun, Yan, Kedah Darul Aman

Tempat Peranginan Titi Hayun yang terletak lebih kurang 3.5 km dari pekan Yan, Kedah adalah antara lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Sudah banyak perbezaan berlaku berbanding kunjungan awal saya pada pertengahan tahun 2005 dahulu sewaktu menyertai perkemahan Unit Uniform Sekolah.

Baru-baru ini saya berkesempatan mengunjungi tempat peranginan ini buat kali kedua.
Pemandangan dari atas jambatan gantung untuk menuju ke Tangga Kenari 1000 Tahun dengan bilangan 1342 anak tangga untuk sampai ke puncak banjaran. Pengunjung boleh ke Peranginan Gunung Jerai melalui tangga ini dengan melalui denai di atas puncak yang jaraknya lebih kurang 5km untuk ke sana.
Chalet dua tingkat ini mempunyai 4 bilik amat selesa dan murah dengan kadar RM 70 semalam. Dari atas pengunjung boleh melihat suasana hutan yang begitu permai dengan kicauan ungas rimba.
Dari balkoni bilik, pengunjung boleh bersantai untuk menghirup udara pagi dengan penuh kenikmatan bersama udara segar.

Air di kawasan ini sememangnya amat sejuk dan bersih.


Inilah landskap hutan yang masih terpelihara kesucian dari pembalakan atau tangan-tangan manusia yang tamak menguat keuntungan.

Para pelajar,

Antara adab semasa berada di tempat rekreasi ialah:
  • Membetulkan niat bukan tujuan maksiat
  • Menjaga aurat dan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan
  • Memelihara hak pengunjung yang lain seperti tidak melakukan perkara yang tidak senonoh dan bising
  • Tidak membuang sampah di merata tempat
  • Tidak merosakkan kemudahan yang disediakan

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan sebab pencemaran alam di negara kita?

Soalan: Jelaskan sebab pencemaran alam di negara kita?

Jawapan:
  • Kerakusan manusia mengejar keuntungan dengan jalan mudah seperti terdapat kilang yang menyalurkan sisa-sisa buangan ke sungai
  • Ketamakan manusia mencari hasil hutan dengan menebang pokok-pokok bagi tujuan pembalakan haram dan pembukaan tanah pertanian tidak terancang
  • Ketiadaan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar
  • Ketiadaan kesedaran menghargai alam sekitar
Selain itu, para pelajar perlu mengetahui langkah mengatasi kerosakan alam sekitar:
  • Menguatkuasakan udang-undang alam sekitar
  • Memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar
  • Menyediakan kemudahan bagi memudahkan masyarakat memelihara alam sekitar
  • Pemantauan dari pihak berkuasa Jabatan Alam Sekitar dengan berkesan bagi menggelakkan berlaku pembuangan sisa toksin ke sungai dan kawasan hutan.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

03 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Siapakah yang digelar Bapa Usul Fiqh?

Soalan: Siapakah yang digelar Bapa Usul Fiqh?

Jawapan: Imam Syafie

- Para pelajar perlu mengetahui fakta ini:
  • Nama asal beliau: Muhammad bin Idris bin al-Abbas
  • Dilahirkan di Ghazzah, Palestain
  • Pada 150 Hijrah
  • Digelar al-Syafie bersempena dengan nama datuknya
- Sumbangan beliau ialah:
  • Mengasaskan mazhab Syafie
  • Menghasilkan kitab al-Risalah, al-Umm dan banyak lagi
  • Digelar Bapa Usul Fiqh kerana orang pertama menulis buku dalam bidang tersebut iaitu kitab al-Risalah.
Gambar di atas menunjukkan kitab al-Umm karangan Imam Syafie.

Makam Imam Syafie di Mesir yang sering diziarahi umat Islam.



Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

02 November 2010

Ramalan Soalan Pend Islam SPM 2010: Siapakah tokoh yang digelar al-Falaki?

Soalan 1: Siapakah tokoh yang digelar al-Falaki?

Jawapan: Syeikh Tahir Jalaluddin

Selain itu antara cara beliau menyebarkan idea islah ialah:
  • Menerbitkan majalah al-Imam (majalah tertua di Malaysia) di Singapura pada tahun 1906 untuk menyampaikan idea islahnya.
  • Melalui jawatan yang disandang seperti mufti di Perak dan Johor membolehkan beliau menyebarkan ajaran Islam
  • Jawatan yang dipegang sebagai guru di Madrasah al-Mansor dan Madrasah Haji Taib Parit Jamil Johor beliau berpeluang menyebarkan islah.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

01 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan hukum bermusafir?



Soalan: Jelaskan hukum bermusafir?

  • Haram: Mengunjungi tempat maksiat.
  • Sunat: Menziarahi tiga buah masjid utama iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil al-Aqsa atau menziarahi saudara mara
  • Wajib: Orang berkemampuan menunaikan ibadat haji
  • Harus: Bermusafir dengan tujuan yang diharuskan syarak
  • Makruh: Bermusafir tanpa ada tujuan atau matlamat


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU