04 November 2010

Jalan-Jalan Ke Tempat Rekreasi: Air Terjun Titi Hayun, Yan, Kedah Darul Aman

Tempat Peranginan Titi Hayun yang terletak lebih kurang 3.5 km dari pekan Yan, Kedah adalah antara lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Sudah banyak perbezaan berlaku berbanding kunjungan awal saya pada pertengahan tahun 2005 dahulu sewaktu menyertai perkemahan Unit Uniform Sekolah.

Baru-baru ini saya berkesempatan mengunjungi tempat peranginan ini buat kali kedua.
Pemandangan dari atas jambatan gantung untuk menuju ke Tangga Kenari 1000 Tahun dengan bilangan 1342 anak tangga untuk sampai ke puncak banjaran. Pengunjung boleh ke Peranginan Gunung Jerai melalui tangga ini dengan melalui denai di atas puncak yang jaraknya lebih kurang 5km untuk ke sana.
Chalet dua tingkat ini mempunyai 4 bilik amat selesa dan murah dengan kadar RM 70 semalam. Dari atas pengunjung boleh melihat suasana hutan yang begitu permai dengan kicauan ungas rimba.
Dari balkoni bilik, pengunjung boleh bersantai untuk menghirup udara pagi dengan penuh kenikmatan bersama udara segar.

Air di kawasan ini sememangnya amat sejuk dan bersih.


Inilah landskap hutan yang masih terpelihara kesucian dari pembalakan atau tangan-tangan manusia yang tamak menguat keuntungan.

Para pelajar,

Antara adab semasa berada di tempat rekreasi ialah:
  • Membetulkan niat bukan tujuan maksiat
  • Menjaga aurat dan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan
  • Memelihara hak pengunjung yang lain seperti tidak melakukan perkara yang tidak senonoh dan bising
  • Tidak membuang sampah di merata tempat
  • Tidak merosakkan kemudahan yang disediakan

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

No comments:

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU