26 January 2014

Bulan Putih, Cahaya Sangat Dingin Paginya

Salam malam Isnin,

Di negeri permukimanku, hujan agak lama tidak turun. Rumput di padang letaknya di hadapan kediamanku seakan kering, tandus kehausan air. Cuaca sememangnya berbeza. Esok pagi - sejuk menyusuk tulang, biarpun bukan kerana hujan. Negeriku ini tanah rantauan tempat mencari rezeki. Syukur tidak terhingga kepada Tuhan. Berbekalkan gaji seorang penjawat awam pada masa ini sudah lebih dari mencukupi jika dibandingkan dengan saudara-saudaraku yang berkerja di KFC, Mc Donalds, Tesco sebagai pembantu mahupun ada yang berkerja di kedai Cina berhampiran.
Di kilang-kilang, ada banyak berita kurang enak yang kudengar. Diskriminasi pemilihan jawatan untuk kaum sekulitku terus terang dipermainkan. Secara jelasnya pemilik kilangnya siapa? Bagaimana nasib pekerja kontrak di kilang-kilang yang dibayar gaji mengikut jumlah hari bekerja. Kalaulah tidak bekerja - tiadalah tercatat dalam kad perakam waktu.
Belum lagi dikira nasib kakak-kakak yang setiap awal pagi memakai baju biru menunggu van kilang. Di bahu mereka ada sejumlah nyawa yang tergantung. Selalu kulihat ketabahan mereka berdiri di tepi jalan untuk menantikan kehadiran van kilang. Sejumlah gaji akan dipotong untuk pengangkutan.
Mereka diisi penuh untuk dihantar ke kilang di Kulim Hi-tech, Perai, Juru Auto City, Batu Muang, Seagate, Bayan Lepas dan bermacam kawasan perkilangan. Selalu kulihat mata-mata kepenatan setelah 12 jam berkerja bagai robot. Inilah hakikat dan takdir bagi setiap insan.
Syukur Tuhan, aku terpilih untuk berada di zon sederhana sebagai penjawat awam, tetapi jiwaku masih berlegar tentang kisah para pekerja kelas bawahan. Seringku beritahu para pelajarku. Lihat tukang sapu yang sedang membersihkan longkang dari sampah sarap. Mereka seperti kedua orang tua kita. Justeru jangan susahkan mereka untuk mengutip sisa sarap dari tangan kita. Permudahkan urusan mereka. Sudah pasti Allah membalasnya biarpun sedikit jasa.

Coretan Malam: Muhd Shatar

12 January 2014

Ariel Sharon: Sang Penyembelih Susila

Salam Ahad yang lapang,

Wajah Cukup Penyayang, Hatinya Cukup Jahat
11.01.2013, - Tarikh keramat ini pasti diingati penduduk Palestain. Apa tidaknya, persis binatang bernama Ariel Sharon akhirnya ditamatkan malaikat nyawanya selepas menderita sakit selama 8 tahun sejak 2006. Pabila memperkatakan tentang persis binatang ini - aku akan bercerita tentang pembunuhan paling kejam 800 orang di kem pelarian Sabra dan Shatilla pada tahun 1983.  Sebenarnya banyak kekejaman dan kezaliman bersifat maha dilakukan oleh Sharon dan banyak yang tidak diketahui mata dunia.
Menurut pembacaan kisahnya, dia ternyata terlibat secara jelas dalam pembunuhan Yasseir Arafat. Maka kematiannya adalah perayaan bagi golongan teraniaya tetapi wira bagi kaum pengganas di Tel Aviv.

Coretan; Muhd  Shatar

10 January 2014

Apa Lagi Tinggal Buat Warisan Bangsaku... Aduh Jawiku

Salam jumaat,

Musim persekolahan telah bermula, kesibukan mulai menyelubungi alam fikiran. Esok, sabtu yang sedikit lapang. Kelibat pelajar sudah tiada di perkarangan asrama. Lebih kurang 15 orang masih tinggal dan sempat menunaikan solat isyak berjemaah. Sunyi dan sepi. Petang tadi hujan begitu lebat. Membasahkan bumi Bukit Minyak, kawasan sekolah, juga kediaman hampir 8 tahun. Negeri Pulau Pinang adalah negeri air mata bangsaku.

Membaca kes Sisters of the Infant Jesus, diwakili Celina Wong secara biadap mahu menurunkan papan tanda bertuliskan kalimah jawi di SMK Convent Bukit Mertajam seperti menikam seluruh sendiku. Tersayat darah mengenangkan inikah hasil tolak ansur kami selaku tuan tanah pemilik asal Tanah Melayu kian dan makin dipersoalkan. Tulisan jawi adalah sebahagian pengenalan bahawa tanah ini bernama Tanah Melayu. Tidak bolehkan warisan tuan tanah ini terpacak sebagaimana tulisan lain tertera di tepi jalan. Berdosakan tulisan jawi dinaikkan. Lebih-lebih lagi sekolah adalah tempat belajar untuk anak-anak bangsa.

Tindakan biadap Celina Wong, seperti mengingatkanku tentang kejadian sama berlaku di SMK Penang Free di sebelah pulau sana beberapa tahun lalu.  Apabila pegetuanya menaikkan papan tanda bertulisan jawi, maka secara biadap ada usaha menjatuhkannya. Tindakan puak ini telah berjaya. Papan tanda bertulisan jawi akhirnya diturunkan. Ya, pengetuanya pun turut dipindahkan. Apa lagi kekuatan yang tinggal buat bangsaku.

Hari ini hujan, begitu lebat. Di hadapan mataku ada lopak air bertakung di permukaan saujana padang yang agak luas. Adakala tersirat darah, sayu yang berlebihan - mengenangkan nasib bangsaku.

Jika disoal kepadaku tentang sikap biadap orang cina kepada tulisan jawi.

Tulisan jawi adalah separuh pengenalan bahawa tanah air ini tempat asal bangsaku, makmur dan cukup tolak ansur.  Sebarang usaha menjenamakan semula bahawa tanah ini akan jadi kepunyaan orang lain. Pulau Pinang sepenuhnya direncanakan. Tulisan jawi sama sekali tidak boleh dinaikkan...

Coretan: Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU