16 August 2013

Jurulatih Luar: Cerdik Atau Bagus

Salam buat pembaca sekalian.

Peter James Butler mungkin bagi rakyat Kelantan sangat popular. Satunya, kerana dia antara jurulatih yang berjaya membawa pasukan Kelantan ke perlawanan akhir Piala FA 2009 tetapi saat itu telah menjadikan penyokong Kelantan benar-benar sebak dan menelan kesedihan atas kekalahan kepada pasukan Selangor dengan kekalahan sepakan penalti.

Tahun 2012, pasukan Terengganu yang berminat kepada Peter James Butler untuk menguruskan semusim penuh kontroversi. Peter James Butler dibawa masuk ke dalam skuad Terengganu bagi menggantikan  Mat Zan Aris yang ditamatkan terlebih awal dari kontrak sebenar. Walhal pada masa itu Mat Zan sudah cukup baik mengendalikan team dalam liga. Paling melucukan, awal tahun 2013 lalu pasukan terengganu terikat dengan kontrak perjanjian dengan tiga jurulatih dalam satu masa. Elavarasan dengan cepat diambil bagi mengantikan Peter James Butler. Sedangkan Peter James Butler masih belum selesai dengan kontrak perjanjian. Maka awal tahun lalu dia ditawarkan menguruskan T. Team sebagai pilihan terakhir perdamaian.  Mat Zan pula berhak mendapat pampasan atas alasan ditamatkan kontrak secara mengejut. PBSNT kehilangan banyak wang untuk menyelesaikan semuanya akibat terburu-buru.

Padahnya, Peter James Butler bukanlah pakar atau berkebolehan. Prestasinya lebih kurang sama atau terkebawah dari jurulatih tempatan. Hanya kerana namanya Peter James Butler dan datangnya dari negara Barat maka dia banyak diberikan peluang dan wang...

Oleh: Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU