1. Binatang yang mati tanpa disembelih disebut bangkai.
2. Binatang al-An'am ialah binatang ternakan berkaki empat.
3. Haiwan liar yang diternak seperti rusa tidak sah dijadikan korban/akikah kerana rusa tidak termasuk dalam jenis binatang al-An'am.
4. Hukum melakukan ibadat korban dan akikah adalah sunat muakkad.
5. Antara syarat sah akikah/korban ialah menyembelih binatang al-An'am dan binatang yang tidak cacat dan sudah cukup umur
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Blog e-Pendidikan Islam ini dibangunkan bagi menyebarluaskan pembelajaran Pendidikan Islam dan penyemaian akar keagamaan di kalangan pelajar di Kolej Vokasional Seberang Perai, Bukit Minyak 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang (dahulu dikenali SM Vokasional Seberang Perai) dan kepada semua pelajar lain. Segala pertanyaan, komen dan cadangan boleh diemelkan kepada muhd@live.com.my
08 November 2010
Panduan Hidup: Membaca al-Quran Pada Waktu Subuh Di Waktu Disaksikan Para Malaikat
Salam,
Sudah banyak rencana dalam akhbar atau majalah yang berunsurkan agama menceritakan kelebihan membaca al-quran kepada pembentukan rohani dan jiwa malah mempengaruhi ruang kehidupan seharian.
Sebagai perkongsian ilmu, dalam surah al-Isra' ayat 78 dijelaskan tentang kehebatan bagi orang yang membaca al-Quran pada waktu subuh. Bacaan al-Quran pada waktu subuh akan disaksikan oleh para malaikat.
Betapa beruntung orang yang mengamalkan amalan membaca al-Quran pada waktu subuh. Di samping pahala membaca al-Quran yang dikira bukan melalui satu perkataan tetapi satu huruf.
Para pelajar, jelas sekali amalan membaca al-Quran mestilah menjadi perhatian utama di samping bacaan al-Quran mampu melembutkan jiwa dan mendekatkan diri kepada ilmu Allah yang luas.
Sekian.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)
SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU
- ► 2012 (108)
- ▼ 2010 (172)