09 November 2012

Makluman Dari Pengendali Blog

Salam buat semua pembaca budiman,

Esok saya akan bertolak ke Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat AGM PENA di Dewan Seminar Dewan Bahasa & Pustaka DBP pada 11.11.2012 (Ahad). Justeru saya akan kembali mengemaskini permintaan skema jawapan di Blog e-Pendidikan Islam ini pada hari Isnin 12.11.2012. 

Salam.
(Muhd Shatar)


Ahad (11.11.12) Jam 10.00 pagi - 11.00 pagi

Saya buat kali pertama menyaksikan Datuk Nor Azam berucap di pentas. Jika sebelum ini sering terbaca dan sentiasa memberikan perhatian kepada penulisan beliau di mana-mana kolum penerbitan. Jelas, beliau begitu kuat semangat mempertahankan kedudukan bahasa Melayu.

11.00 pagi - 12.00 Tengah hari
Ucapan perasmian dari Dr. Awang Sariyan yang penuh emosi dan rasa kian bersemangat ingin mengekalkan kedudukan bahasa Melayu yang kian diancam pelupusan oleh pihak tertentu termasuk kaum sendiri.

12.00 Tgh hari - 2.30 Petang (Pemilihan pucuk pimpinan)
Kesemua ahli Jawatankuasa PENA yang komited dengan tanggungjawab diamanahkan berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.




Mimbar Baru untuk Surau al-Amin SMV Seberang Perai

Salam buat warga pembaca dan pelajar


Alhamdulillah, mimbar baru yang sepenuhnya disumbangkan oleh para jemaah yang datang menunaikan solat Jumaat di surau ini telah begitu murah hati menyedekahkan sumbangan masing-masing. Akhirnya mimbar yang baru, cantik dan kemas tersergam.

Surau al-Amin telah dijadikan tempat solat jumaat bagi penduduk sekitar malahan banyak pekerja dari sektor perkilangan turut memenuhi surau setiap jumaat.

Kutipan derma setiap jumaat yang banyak telah membolehkan surau ini diimarahkan dengan pelbagai ceramah, kuliah dan kelas agama.

Terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan wang ke jalan Allah SWT.


Sentuhan Terakhir SPM Pendidikan Islam 2012 (Set 2)

Salam sejahtera,
Para pelajar yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Sila faham dan ulangkaji perkara berikut:

Sentuhan Terakhir SPM Pendidikan Islam 2012 (Set 2)

1. Ahmad Muhaimi telah menceraikan isterinya dengan talak satu. Namakan jenis talak ini?
Jawapan: .............

2. Dalam tempoh iddah, Salehuddin telah merujuk isterinya tanpa persetujuan isterinya. Nyatakan hukumnya bersama alasan?
Jawapan: .............

3. Nik Zakaria bin Nik Leh telah membuat sumpah li'an (laknat) terhadap isterinya. Beberapa bulan kemudian dia ingin mengahwini semula isterinya. Nyatakan hukumnya bersama alasan?
Jawapan: .............

4. Kata Amiruddin kepada isterinya, sekiranya engkau keluar dari rumah ini melalui pintu hadapan - maka jatuhlah bagi engkau 1 talak. Nyatakan nama talak ini?
Jawapan: .............

5. Alif telah merujuk isteri yang diceraikan melalui khuluk (tebus talak). Nyatakan hukumnya bersama alasan?
Jawapan: .............

6. Elyana sanggup membayar RM20, 000 ribu bagi mendapatkan cerai daripada suaminya.  Sebutkan nama talak ini?
Jawapan: .............

7. Antara sebab iddah ialah bagi membersihkan rahim bekas isteri dari benih suami terdahulu. Selain memberi ruang kepada pasangan untuk berbaik semula. Nyatakan iddah di bawah:

a. Isteri diceraikan masih berhaid: iddahnya ialah ................. kali suci
b. Isteri diceraikan sudah mengalami putus haid; iddahnya ialah ................. bulan
c. Isteri diceraikan belum disetubuhi: iddahnya ialah .....................
d. Isteri diceraikan ketika hamil: iddahnya ialah .....................
e. Isteri kematian suami yang belum disetubuhi suami: iddahnya ialah .....................
f. Isteri kematian suami yang telah disetubuhi suami: iddahnya ialah .....................

8. Siti Nurbaya telah ditinggalkan suami selama setahun tanpa khabar berita dan kiriman nafkah. Siti Nurbaya boleh ke mahkamah Syariah terdekat untuk mendapat cerai. Namakan jenis penceraian ini?
Jawapan......

9. Nana diceraikan talak tiga sekaligus oleh suaminya. Namakan jenis talak ini?
Jawapan.....

10. Wan Kuddin Wan Muhaimin gagal membayar mas kahwin kepada isterinya selepas akad nikah. Adakah sah nikahnya?
Jawapan.....

11. Suami yang menziharkan isterinya haram melakukan persetubuhan dengan isterinya selagi tidak membayar ..........................

12. Syafik Ramlan menyembelih seekor rusa untuk dijadikan ibadat akikah. Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............

13. Syafik Rahim menyembelihan seekor unta untuk dijadikan ibadat korban pada hari ke-14 Zulhijah.  Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............

14. Apakah hukum sembelihan lembu yang cacat? Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............

15. Antara syarat sah ibadat korban dan akikah ialah binatang yang disembelih ialah:
i. cukup umur
ii. ternakan (al-an'am)
iii. tidak cacat
iv. mencukup syarat sembelihan seperti mati dengan sekali sembelihan
v............................

16. Wan Hafiz Wan Hasan sedang melaksanakan ibadat haji di Mekah. Dia terlupa melakukan ibadat tawaf ifadah.

 Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............

17. Nik Azuzair Nik Yakub sedang menjalani ibadat haji di Mekah. Dia gagal bermalam di Mudzalifah dan Mina pada waktu ditetapkan.  Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............

18. Tuan Ghadafi mengerjakan haji Qiran. Apakah jenis dam yang dikenakan kepadanya.......

19. Hukum mencatat hutang ialah .......

20. Ketika dalam ihram haji, apabila jemaah haji sudah selesai melakukan dua perkara dari perkara berikut iaitu:
1. Melontar di Jamratul Aqabah
2. Bercukur
3. Tawaf Ifadah

Soalan: Sebutkan jenis tahalul ini?
Jawapan......................

21. Tahalul Thani berlaku apabila selesai melakukan .......................  perkara ini:

1. Melontar di Jamratul Aqabah
2. Bercukur
3. Tawaf Ifadah

22. Melakukan ibadat haji dan umrah secara serentak dinamakan haji .................

23. Musim haji bermula pada bulan ................... hingga ke Zulhijah.

24. Miqat ................. ialah sempadan tempat untuk memulakan niat mengerjakan haji.

25. Miqat .................ialah sempadan masa untuk memulakan niat mengerjakan haji.

26. Jemaah haji dari Malaysia yang menaiki penerbangan terus ke Jeddah akan berniat di .................

27. Jemaah haji dari Malaysia yang menaiki penerbangan terus ke Madinah akan berniat di .................

28. Nafar ialah ...........................

29. Tawaf ada empat jenis iaitu: Qudum, Widak, Sunat dan ..................... (rukun).

30. Sae ialah berlari anak-anak dari Bukit Safa ke .............. sebanyak 7 kali.

Bagi mendapatkan jawapan sila taip: Sentuhan Terakhir Pendidikan Islam SPM 2012 (Set 2) ke emel pengendali blog e-Pendidikan Islam iaitumuhd@live.com.my/muhd.live@yahoo.com.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Digalakkan untuk sesi perbincangan guru dengan pelajar dan bahan ulangkaji para pelajar. T Tidak digalakkan bagi tujuan penerbitan komersial)

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU