27 November 2012

BENGKEL PENULISAN DAKWAH ZON UTARA: 3 Hari 2 Malam untuk Berkarya

Salam Budiman,

Pada 19 November lalu, saya berpeluang mengikuti Bengkel Penulisan Dakwah dan 
Penghasilan Karya Islami Zon Utara. Kursus ini telah diadakan di Hotel Aman Pura, 
Sungai Petani, Kedah buat kali kedua anjuran Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM.

Ustaz Sahrulazmi Sidek 
selaku penceramah menerangkan 
ciri-ciri penulisan travelog dakwah.

Kursus ini adalah kali kedua anjuran BPI, KPM bagi zon utara setelah buat kali pertama dianjurkan di zon tengah. Guru-guru yang berada di zon tengah telah berjaya disatukan dan menerbitkan travelog dakwah buat kali pertama. Bagi guru-guru zon utara kini berpeluang menghasilkan karya. Usaha sebegini sewajarnya telah lama diusahakan memandangan ruang dakwah bukan sekadar dilihat melalui ceramah sebaliknya bahan bacaan yang menuntut ke arah pembinaan nilai murni dan berjiwa islamik.
Coretan: Muhd Shatar

Gambar diambil dari laman blog Ustaz Ruzain Syukur bin Mansor, 
Penolong Pengarah Unit Kepimpinan,
Sektor Dakwah dan Kepimpinan,
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU