13 September 2011

Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: 1. Sebutkan tiga peranan Baitul Hikmah pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah?

Soalan 1: Sebutkan tiga peranan Baitul Hikmah pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah?
Jawapan :
i. Sebagai pusat penterjemahan negara bagi menterjemah karya asing seperti Yunani, Parsi dan Rom ke bahasa Arab
ii. Sebagai pusat pertemuan para sarjana dalam penyelidikan dan perbahasan ilmu
iii. Sebagai perpustakaan terbesar dan rujukan ilmu pengetahuan terkemuka
iv. Sebagai pusat latihan para sarjana


Detik Kehancuran Baitul Hikmah

Baitul Hikmah hancur lebur ketika Baghdad jatuh ke tangan bangsa Mongol pada 1258. Hulagu Khan, cucu Genghis Khan, menyerang Baghdad. Kota ini jatuh setelah dikepung dan dihujani panah api.
Baitul Hikmah telah diratakan dengan tanah. Dikatakan, air Sungai Tigris yang melalui Baghdad, berubah menjadi merah dan hitam. Merah dari darah para ilmuwan dan  ahli  falsafah yang terbunuh, sedangkan hitam dari tinta buku-buku berharga koleksi Baitul Hikmah yang luntur setelah dibuang ke sungai itu.
Mengikut sejarawan malah ada mengatakan hingga sejuta orang. Khalifah Al-Musta’sim ditangkap dan dipaksa melihat penduduknya dibunuh satu persatu. Dikatakan, khalifah akhirnya dibunuh dengan cara digulung dengan permaidani untuk ditindas oleh gerombolan kuda.

Para pelajar yang dikasihi,

Tip Cemerlang SPM
Cuba baca tentang khalifah yang mengarahkan pembinaan Baitul Hikmah dan perkembangan yang berlaku selepas kewafatan Harun al-Rasyid (pengasas Baitul Hikmah), yang mana  penggantinya al-Makmun memperkembangkan lagi peranan Baitul Hikmah.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

No comments:

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU