13 September 2014

Al-Fatihah Buat Khairi Suzali bin Abu Bakar

Salam Takziah. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Beberapa waktu yang lalu kita bertemu, berkenalan dan bergelak ketawa tiba-tiba terdengar khabar kematian. Ia sesuatu yang mengejutkan, sebagai kenalan, sahabat dan orang yang terdekat. Lebih kurang jam 4 petang, Khairi Suzali bin Abu Bakar meninggal dunia kerana kemalangan di Jambatan Kedua. Petang jumaat 12 hb 2014 akan menjadi sejarah buat orang yang ditinggalkan.
Pada usia 31 tahun, Ketua Bengkel Elektrik Kolej Vokasional Balik Pulau meninggalkan seorang balu dan 2 anak yang masih kecil. Beliau yang menetap di Parit Buntar terpaksa berulang alik ke tempat kerjanya di Balik Pulau. Jaraknya sangat jauh dan terpaksa menyeberangi Jambatan Kedua setiap hari. Saya mengenali beliau dalam beberapa siri kejohanan soffball yang dianjurkan pada peringkat antara kolej vokasional di Pulau Pinang. Beliau adalah antara tenaga penting menjayakan permainan soffball di negeri ini. Al-fatihah untuk arwah dan kita mendoakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang yang soleh. Al-Fatihah.

10 September 2014

Medan Selera Padang Kota Lama: Pengunjung Perlu Berhati-Hati Membuat Pesanan

Salam muhibah buat pembaca budiman. 

Kunjungan kedua saya (dalam tempoh terdekat) ke Medan Selera Padang Kota Lama, Georgetown pada hari ahad lepas 7 September 2014 berbaur nada paling kecewa dan terbit rasa tidak puas hati yang mendalam. 
                    Apa tidaknya, dalam keseluruhan kedai makan khas buat pengunjung Islam bersama keyakinan orang Islam terhadap makanan dan minuman disediakan adalah semuanya halal adalah tinggi. Tapi apa yang menjadi ketidakpuasan hati saya ialah ada sebuah kedai minuman (Minuman Kopi) yang dikendalikan orang bukan Islam secara zahirnya boleh dikenalpasti dengan jelas kewujudan mereka di celah pemilik gerai Islam yang lain. Saya kebetulan singgah makan pada bulan lepas di sebuah meja di Medan Selera tersebut dan telah didatangi seorang lelaki melayu yang mengambil order minuman. Bila dihantar minuman, lalu saya bersama isteri minum hampir separuh gelas dari minuman yang dipesan tadi. 
                  Tiba-tiba barulah saya menyedari lelaki tadi menghantar pesanan itu kerap bergegas mengambil minuman dari arah kedai yang jelas dimiliki pemilik gerai dan orang yang menyediakan minuman pun dari orang bukan Islam. Saya terkedu dan menjadi sangat terkejut lalu terus membatalkan hasrat untuk menghabiskan minuman. Rasa sangat dukacita menyelubungi hati saya. Ini satu penipuan. 
Timbul pertanyaan mengapa pemilik gerai lain tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti JAINPP.                         
Justeru, kunjungan kedua saya ini lebih berniat untuk mengesahkan sama ada masih ada gerai tersebut atau tidak. Ternyata gerai ini masih beroperasi dan ramai pengunjung Islam tidak menyedari atau tidak mahu ambil peduli soal minuman yang disediakan dari kedai bukan Islam tersebut. Saya pesan kepada pekerja yang datang mengambil order di meja yang saya duduki supaya jangan hantar pesanan ke gerai bukan Islam tersebut dan saya sempat merakamkan beberapa keping gambar gerai tersebut.
                Timbul pertanyaan di hati saya mengapa masih diberikan gerai kepada pemilik bukan Islam di Medan Selera Padang Kota Lama yang keseluruhan halal sedangkan telahpun disediakan Medan Selera khas bukan Islam yang bersebelahan. Mungkin ada di kalangan umat Islam melihat perkara ini remeh kerana hanya melibatkan soal minunan sahaja tetapi kita tetap menyakini bahawa setiap penyediaan makanan dari orang bukan Islam tetap diragui penyediaan bahan dan perkakas digunakan. Sekiranya pembudayaan minuman yang disediakan orang bukan Islam semakin dibolehkan dan tiada sebarang perasaan syak nescaya pembenihan awal sikap tidak mengendahkan soal halal dan haram akan menjadi sebahagian pegangan masyarakat muda Islam. Pihak bukan Islam akan lebih sewenangnya mempermainkan pegangan agama orang Islam di tanah air ini. Bahkan akan lahir beberapa tindakan lain yang tidak menghormati soal halal dan haram dalam penyediaan makanan kepada orang Islam lantaran kurangnya reaksi atau bantahan dari orang Islam. Harap sesiapa yang membaca coretan ini dan ada  autoriti dalam bidang ini mohon ambil tindakan segera bagi menjamin kesucian makanan orang Islam di negara yang majoriti penduduk Islam.             


Petikan hadis:

•Hadis Nukman bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut.

• …Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati. Hadis riwayat Muslim dan Bukhari) 

Coretan: Muhd Shatar

04 September 2014

KOLEKSI 100 SOALAN RAMALAN SPM PENDIDIKAN ISLAM 2014 Kerajaan Bani Umaiyah & Bani Abbasiyah

KOLEKSI 100 SOALAN RAMALAN SPM PENDIDIKAN ISLAM 2014
Kerajaan Bani Umaiyah & Bani Abbasiyah

1.            ……………………………….…………….. adalah khalifah yang mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah.
2.            Nama kerajan Bani Umaiyah diambil sempena nama ……….................………………. Muawiyah bin Abu Suffian
3.            Bilangan khalifah kerajaan Bani Umaiyah ialah ................................... orang.
4.            Tempoh pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah ialah  ....................... tahun.
5.            Kerajaan Bani Umaiyah bermula selepas kewafatan khalifah ......................................... yang merupakan salah satu Khulafa al-Rasyidin.
6.            Pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah terletak di .........................................
7.            ..................................................... adalah khalifah terakhir kerajaan Bani Umaiyah.
8.            ........................................ adalah majlis rundingan antara Khalifah Ali bin Abi Thalib dan Muawiyah bin Abi Suffian bagi menyelesaikan perang saudara antara kedua belah pihak mereka.
9.            .......................................................... adalah wakil kepada Muawiyah bin Abi Suffian dalam perundingan Majlis Tahkim
10.         Kerajaan Bani Umaiyah telah menjadikan sistem ....................................... dalam urusan pelantikan khalifah.
11.         Pada pemerintahan khalifah .............................................................. telah berlaku zaman kemajuan kerajaan Bani Umaiyah
12.         Kerajaan Islam sebelum kerajaan Bani Umaiyah ialah kerajaan .................................................
13.         Tahun terakhir pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah pada ......................... Hijrah.
14.         Umar bin Abdul Aziz merupakah khalifah ke .................. kerajaan Bani Umaiyah.
15.         Umar al-Khattab merupakah salah seorang khalifah pada zaman kerajaan Islam yang berpusat di ................................................. .
16.         Perang saudara yang berlaku di antara Saidina Ali bin Abu Thalib dan Muawiyah bin Abi Suffian ialah perang Jamal dan perang ..........................................
17.         Pada tahun ......................... Hijrah bermula kerajaan Bani Umaiyah.
18.         Khalifah Umar bin Abdul Aziz digelar Khulafa al-Rasyidin yang ke ........... oleh sejarahwan Islam kerana corak kepimpinannya menyamai cara Khulafa al-Rasyidin.
19.         Kota ................................... adalah pusat pengetahuan di Eropah pada zaman kerajaan Bani Umaiyah
20.         Terdapat ....................... buah perpustakaan di Andalusia, Sepanyol yang dibina oleh kerajaan Islam.
21.         Saidina Hassan bin Ali sanggup menyerahkan kuasa kepada Muawiyah bin Abi Suffian dengan syarat memerintah kerajaan Islam dengan berpandukan al-Quran dan .......................... .
22.         Sistem pelantikan khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin berdasarkan .............................................. berbeza pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
23.         Golongan ...................................................... muncul kerana tidak bersetuju dengan penubuhan Majlis Tahkim oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.
24.         Khalil bin Ahmad dan Sibawaih adalah tokoh ilmu ........................................... pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
25.         Tokoh ilmu tafsir al-Quran pada zaman kerajaan Bani Umaiyah ialah .............................................. yang telah menghasil kitab tafsir al-Tabari.
26.         Kerajaan Bani Umaiyah mengalami kejatuhan akibat dari kelalaian ............................... dalam urusan pentadbiran berlandaskan agama.
27.         Angkatan tentera pada zaman kerajaan Bani Umaiyah terdiri dari angkatan tentera berkuda, angkatan tentera berkenderaan dan angkatan tentera ....................................................... 
28.         Corak ketenteraan zaman kerajaan Bani Umaiyah ditiru dari negara .......................
29.         .................................................... berperanan menguruskan semua pendapatan dan perbelanjaan negara pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
30.         Hassan Basri dan Wasil bin Atta’ adalah tokoh ilmu ...................................... pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
31.         Kerajaan Bani Umaiyah yang berpusat Gardova, Andalusia (Sepanyol) telah diasaskan oleh ...................................................................... pada tahun 137 Hijrah.
32.          Pasukan yang diletakkan di bahagian kiri dalam strategi peperangan angkatan tentera kerajaan Bani Umaiyah dinamakan sebagai ................................
33.         Pada kerajaan Bani Umaiyah bilangan kapal perang sebanyak ...................... buah.
34.         Pengkalan tentera kerajaan Bani Umaiyah berpusat di  ................................
35.         ............................................ berperanan mentadbir dan menguruskan hal ehwal ketenteraan.
36.         Penglima perang pada zaman kerajaan Bani Umaiyah iaitu Musa bin Nasir telah berjaya membuka .................................
37.         ......................................................................... telah berjaya membuka Andalusia.
38.         Cara pemilihan tentera kerajaan Bani Umaiyah berbentuk sukarela dan ...................................... .
39.         Tentera dilatih pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pada musim panas dan musim ............................... .
40.         ................................................................ telah berjaya mencipta sistem baris dalam bacaan al-Quran.
41.         Al-Tadwin bermaksud  ............................................ wujud pada zaman kerajaan Umaiyah kerana kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan.
42.         Kharaj, Zakat, Jizyah, Ushur, Fa’i dan ......................................... merupakan sumber kewangan kerajaan Bani Umaiyah.
43.         .......................................... kadar harta tertentu yang dikeluarkan oleh orang Islam dengan syarat tertentu. 
44.         Orang kafir ............................. ialah orang kafir yang menetap di negara Islam tetapi tidak mengikut perjanjian dengan kerajaan Islam.
45.         Contoh ilmu akli yang berkembang pada zaman kerajaan Bani Umaiyah seperti ................................... .
46.         Al-Muqaddimah ialah pasukan dalam angkatan tentera yang diletakkan di bahagian ...............................
47.         Penduduk di .......................... dan golongan Syiah melantik Hasan bin Ali sebagai khalifah selepas pembunuhan Khalifah Ali bin Abi Thalib.
48.         Pusat penyebaran ilmu pada zaman kerajaan Bani Umaiyah berlaku di Kota .................................
49.         Imam Abu Hanifah dan Imam ............................... merupakan tokoh ilmu fekah dan hadis pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
50.         Al-Farazdak, Jarir Amru bin Abi Rabiah dan Jamil al-Azri antara  ........................ di istana khalifah.


51. Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan oleh ………………………………............................ .

52. Kerajaan Bani Abbasiyah terbina selama  ……………………………….. tahun.

53.  Cara pelantikan khalifah kerajaan Bani Abbasiyah adalah secara ................................ .

54. Terdapat seramai ........…. orang khalifah telah memerintah kerajaan Bani Abbasiyah.

55. Khalifah Harun al-Rasyid telah membina perpustaakaan terbesar di Baghdad iaitu  ……………………………….. .

56. Al-Dawawin merupakan jabatan-jabatan kerajaan di bawah pengawasan sekrateri yang digelar ................................ .

57. Khalifah ………………………………... telah menjadikan sudut di istananya sebagai tempat penyampaian ilmu oleh para sarjana dan ilmuan.

58. Kerajaan Bani Abbasiyah ditubuhkan selepas kejatuhan kerajaan ............................................. .

59. Antara tempat yang menjadi tempat penyebaran ilmu pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ialah masjid, …………………………, perpustakaan dan pusat pengajian.

60. ………………………………. antara pusat pengajian ilmu terkemuka pada masa itu yang dibina oleh Perdana Menteri Nizam al-Mulk.

61. Khalifah ini terkenal di sifat warak dan telah menjadikan Baghdad sebagai pusat penyebaran ilmu dan kebudayaan terkemuka.

62.  Masjid  ……………………………….. telah dijadikan tempat penyebaran ilmu oleh tokoh-tokoh Islam.

63. Fungsi  ……………………………… pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah adalah menguruskan kewangan dan perbelanjaan negara.

64. Khalifah .................................................. telah memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang dan beliau terkenal dalam usaha menggiatkan aktiviti penterjemahan dalam pelbagai bidang ilmu.

65. Al-Wazir dalam pemerintahan Bani Abbasiyah bermaksud ............................................

66. Khalifah .....................................  telah menjadikan Baghdad sebagai ibu kota dan menyediakan pasar-pasar di tempat strategik.

67. Khalifah al-Mahdi telah menubuhkan  ...................................... untuk mengadili kes-kes rayuan.

68. Nama kerajaan Bani Abbasiyah diambil dari bapa saudara Rasulullah SAW iaitu ........................................... .

69. Gelaran yang diberikan oleh sejarahwan Islam terhadap kerajaan Bani Abbasiyah ialah ........................................................................................ .

70. Perpustakaan Darul Hikmah terletak di .................................................. .

71. Ilmu ............................... adalah ilmu berasaskan akal manusia seperti fizik, kimia dan astronomi.

72. Antara formula matematik yang ditemui pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ialah trigonometri, algebra, geomentri dan .......................

73. Imam Abu Daud adalah penyusun kitab ................................................ .

74. Tokoh ilmuan Islam iaitu Imam ........................................ yang lahir pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah dalam bidang ilmu hadis telah menghasilkan kitab Sahih Bukhari.

75. Imam ........................................ telah mengasaskan mazhab Hanbali.

76. Tokoh ilmu tauhid yang lahir pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ialah Imam Ghazali dan ........................................................ .

77. ………………………………….......... merupakan tokoh yang telah mencipta peta dunia yang pertama di dunia dalam bentuk glob.

78. ...................................................... merupakan tokoh yang telah terkemuka dalam bidang kimia pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah.

79. .................................................. merupakan tokoh pertama yang telah berjaya menyukat kelajuan bunyi dan cahaya serta mencipta cermin mata.

80. Tokoh dalam ilmu astronomi pada zaman Bani Abbasiyah ialah .................... .

81. Pusat Penterjemahan Negara pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ialah ...............................................

82. Antara faktor perkembangan sains dan teknologi pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ialah kerana ....................................... ............. dan aktiviti penterjemahan yang giat djalankan serta kerana berlaku proses globalisasi ilmu.


83. Yuhana bin Masawaih dan Hunain bin Ishak merupakan ................................. di Baitul Hikmah.

84. Khalifah al-Makmun telah membina ................................................. untuk membantu penyelidikan dalam bidang astronomi.

85. Khalifah al-Muktasim telah membina .................................................... di pelabuhan Sungai Dajlah di bawah pengawasan Gabenor Nubia.

86. .................................. di Itali telah banyak menyimpan khazanah ilmu terutama astronomi dan perubatan pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah.

87. Pengasas ajaran sesat Tasnim ialah .................................................. .

88. Mirza Ghulam Ahmad merupakan pengasas ajaran sesat ............................... .

89. Acre, di Palestain merupakan kiblat bagi kumpulan ajaran sesat .................... .

90. Solat hanya dengan niat ialah ciri-ciri kesesatan dalam kumpulan ...................

91. Kitab al-Muawatta  dihasilkan oleh Imam ...................

92. Kitab Musnad karangan Imam Ahmad bin Hanbal mengandungi ....................... hadis.

93. Kitab Sohih Bukhari disusun oleh Imam ..............................

94. Ibnu Sina digelar di Barat dengan panggilan ..............................

95. Al-Mukadimah merupakan kitab karangan ...............................

96. Kitab Sohih Bukhari mengandungi ................................... hadis

97. Syeikh Muhammad Abdoh meneruskan idea .................. yang diperkenalkan Sayyid Jamaludin al-Afgani.

98. Majalah al-Imam yang diterbitkan oleh Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan majalah tertua di Tanah Melayu pada tahun ..............

99. Gelaran syeikh diberikan kepada  Syeikh Tahir Jalaluddin sewaktu beliau merupakan mufti di ......................

100. Gelaran bagi Syeikh Tahir Jalaluddin ialah ...............................


Bagi mendapatkan jawapan: 

1. Sila hantar emel bertajuk Skema Jawapan KOLEKSI 100 SOALAN RAMALAN 2014 ke emel : muhdlive50@gmail.com

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).




SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU