21 July 2013

Tinggalkan Anak Dalam Kereta: Takdir Allah Yang Menimpa

Salam muhibbah..

Ternyata dugaan Allah menimpa buat sesiapa. Kita tidak sepatutnya menunding jari kepada orang yang tersilap atau bersalah lantaran sesiapa sahaja berkemungkinan diujinya dalam pelbagai keadaan dan rupa.

Iktibarnya, perlu dilekatkan dalam kepala kita bahawa anak kecil sama sekali jangan diletakkan bersendirian dalam kereta. Bila sudah kebiasaan akan membawa kepada hari yang tidak diduga. Paling tidak, amalkan sikap selalu membuka atau merendahkan sedikit cermin tingkap (bagi tujuan angin keluar masuk) kalau ada keperluan yang sekejap seperti kerana tergesa-gesa ingin ke tandas jika ada anak kecil di dalam kereta.

Kes yang berlaku pada hari Khamis (18.07.2013) lalu, Nawal Iris Samsudin, tiga tahun, ditemui lemas dalam kereta yang ditinggalkan ibunya di pekarangan sekolahnya di USJ4, Subang Jaya amat menyayat hati kita.  Arwah ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta itu jam 5.30 petang ketika ibunya bersiap untuk pulang selepas sesi sekolah. Arwah yang dikatakan ditinggalkan dalam kereta sejak jam 11.00 pagi.

Lupa adalah sifat semulajadi manusia. Dek kerana itu banyak kes kemalangan berlaku kerananya. Kita wajib banyak berdoa kepada Allah agar dijauhkan bala dan kemalangan seperti itu. Sejauh mana kita berdoa kepada Allah untuk tujuan itu harus ditanya...

Moga Allah memberikan ketabahan kepada ibu dan bapa arwah.
Coretan: Muhd Shatar

19 July 2013

Kenapa Guru Jadi Pilihan Penembak Upahan?

Kulim, Kedah. Sudah masuk kali ketiga dalam bulan Julai guru menjadi sasaran penembak upahan.
Kes 1:
4 Julai, seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, cedera di leher selepas ditembak di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas,

Kes 2:
7 Julai, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan

Coretan; Muhd Shatar

14 July 2013

Kenapa Mereka Tidak Menghormati Kita?

Salam ramadan,
Pasangan ini - Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, bekas penuntut National University of Singapore, tanpa sedar atau tidak telah mempersendakan bulan Ramadan umat Islam dengan memuat naik gambar makanan tidak halal berlogo halal hanya ini menyentuh sensitiviti umat Islam. Apa tujuan mereka ini?

Saya berpendapat mereka berdua segaja ingin mencetuskan rasa tidak puas hati umat Islam di Malaysia. Maksudnya mereka mahu memusuhi kaum Melayu. Tan Jye Yee dan Vivian Lee adalah budak terpelajar yang sememangnya mengetahui budaya, larangan agama Islam terhadap makanan serta ayat-ayat yang mereka lemparkan di facebook adalah lahir dari niat yang jahat biarpun dilihat kata-kata manis diucapkan. Jadi - apa lagi yang boleh kita harapkan kepada kaum cina di Malaysia!

Di tengah keharmonian umat Islam mengerjakan ibadat puasa - sewajarnya dihormati hak dan sentiviti agama masing-masing.
Coretan; Muhd Shatar

03 July 2013

Soalan Persediaan Pendidikan Islam SPM 2013: (Set 1)



Soalan Persediaan SPM Pendidikan Islam 2012 (1)

1. Ahmad Muhaimi telah menceraikan isterinya dengan talak satu. Namakan jenis talak ini?
Jawapan: ............. Talak Sunni  (talak bersesuaian dengan hukum syarak)

2. Dalam tempoh iddah, Salehuddin telah merujuk isterinya tanpa persetujuan isterinya. Nyatakan hukumnya bersama alasan?
Jawapan: ............. sah kerana dalam tempoh iddah isteri boleh dirujuk tanpa persetujuan isteri.

3. Nik Zakaria bin Nik Leh telah membuat sumpah li'an (laknat) terhadap isterinya. Beberapa bulan kemudian dia ingin mengahwini semula isterinya. Nyatakan hukumnya bersama alasan?
Jawapan: ............. Haram kerana selepas melakukan sumpah laknat (li'an) pasangan tidak boleh berkahwin semula selamanya.

4. Kata Amiruddin kepada isterinya, sekiranya engkau keluar dari rumah ini melalui pintu hadapan - maka jatuhlah bagi engkau 1 talak. Nyatakan nama talak ini?
Jawapan: ............. Talak taklik (talak bersyarat)

5. Alif telah merujuk isteri yang diceraikan melalui khuluk (tebus talak). Nyatakan hukumnya bersama alasan?
Jawapan: ............. tidak sah kerana penceraian melalui tebus talak (khuluk) tidak boleh dirujuk semula walau dalam tempoh iddah. 

6. Elyana sanggup membayar RM20, 000 ribu bagi mendapatkan cerai daripada suaminya.  Sebutkan nama talak ini?
Jawapan: ............. talak khuluk (tebus talak)

7. Antara sebab iddah ialah bagi membersihkan rahim bekas isteri dari benih suami terdahulu. Selain memberi ruang kepada pasangan untuk berbaik semula. Nyatakan iddah di bawah:

a. Isteri diceraikan masih berhaid: iddahnya ialah ........3......... kali suci
b. Isteri diceraikan sudah mengalami putus haid; iddahnya ialah ...3.............. bulan
c. Isteri diceraikan belum disetubuhi: iddahnya ialah ..............tiada iddah.......
d. Isteri diceraikan ketika hamil: iddahnya ialah .........sehingga melahirkan anak............
e. Isteri kematian suami yang belum disetubuhi suami: iddahnya ialah ...........4 bulan 10 hari..........
f. Isteri kematian suami yang telah disetubuhi suami: iddahnya ialah ........4 bulan 10 hari.............

8. Siti Nurbaya telah ditinggalkan suami selama setahun tanpa khabar berita dan kiriman nafkah. Siti Nurbaya boleh ke mahkamah Syariah terdekat untuk mendapat cerai. Namakan jenis penceraian ini?
Jawapan...... fasakh

9. Nana diceraikan talak tiga sekaligus oleh suaminya. Namakan jenis talak ini?
Jawapan..... talak bid'in (talak menyalahi peraturan syarak kerana cerai talak 3 sekaligus)

10. Wan Kuddin Wan Muhaimin gagal membayar mas kahwin kepada isterinya selepas akad nikah. Adakah sah nikahnya?
Jawapan..... sah nikah tetapi isteri berhak menolak kemahuan suami (menolak bersertubuh sehingga dibayar mahar) 

11. Suami yang menziharkan isterinya haram melakukan persetubuhan dengan isterinya selagi tidak membayar ......................... kifarah.

12. Syafik Ramlan menyembelih seekor rusa untuk dijadikan ibadat akikah. Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............tidak sah kerana syarat sah akikah ialah binatang ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri, kibas, unta. Haiwan liar walau diternak tidak sah hukumnya

13. Syafik Rahim menyembelihan seekor unta untuk dijadikan ibadat korban pada hari ke-14 Zulhijah.  Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............tidak sah kerana melebihi waktu korban (10-13 zulhijah)

14. Apakah hukum sembelihan lembu yang cacat? Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya .............. sah bagi sembelihan biasa bukan untuk ibadat korban atau akikah

15. Antara syarat sah ibadat korban dan akikah ialah binatang yang disembelih ialah:
i. cukup umur
ii. ternakan (al-an'am)
iii. tidak cacat
iv. mencukup syarat sembelihan seperti mati dengan sekali sembelihan
v............................ halal dimakan

16. Wan Hafiz Wan Hasan sedang melaksanakan ibadat haji di Mekah. Dia terlupa melakukan ibadat tawaf ifadah.

 Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............hajinya tidak sah kerana tawaf ifadah merupakan rukun haji yang wajib dilakukan

17. Nik Azuzair Nik Yakub sedang menjalani ibadat haji di Mekah. Dia gagal bermalam di Mudzalifah dan Mina pada waktu ditetapkan.  Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............hajinya sah tapi dia kena bayar dam

18. Tuan Ghadafi mengerjakan haji Qiran. Apakah jenis dam yang dikenakan kepadanya....... Tertib dan takdir

19. Hukum mencatat hutang ialah .......wajib

20. Ketika dalam ihram haji, apabila jemaah haji sudah selesai melakukan dua perkara dari perkara berikut iaitu:
1. Melontar di Jamratul Aqabah
2. Bercukur
3. Tawaf Ifadah

Soalan: Sebutkan jenis tahalul ini?
Jawapan...................... Tahalul awal

21. Tahalul Thani berlaku apabila selesai melakukan .........kesemua..............  perkara ini:

1. Melontar di Jamratul Aqabah
2. Bercukur
3. Tawaf Ifadah


22. Melakukan ibadat haji dan umrah secara serentak dinamakan haji ......Qiran...........

23. Musim haji bermula pada bulan ....Syawal............... hingga ke Zulhijah.

24. Miqat .....makani............ ialah sempadan tempat untuk memulakan niat mengerjakan haji.

25. Miqat ......zamani...........ialah sempadan masa untuk memulakan niat mengerjakan haji.

26. Jemaah haji dari Malaysia yang menaiki penerbangan terus ke Jeddah akan berniat di ...........Qarnul Manazil......

27. Jemaah haji dari Malaysia yang menaiki penerbangan terus ke Madinah akan berniat di ............Zulhulaifah.....

28. Nafar ialah .........berniat meninggalkan Baitullah dan tidak akan kembali semula..................

29. Tawaf ada empat jenis iaitu: Qudum, Widak, Sunat dan ........ifadah............. (rukun).

30. Sae ialah berlari anak-anak dari Bukit Safa ke ....Bukit Marwa.......... sebanyak 7 kali.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Mat Yo Buang Pingat Kemenangan: Emosi Yang Perlu Distabilkan

Salam malam selasa nan permai.

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”(Surah Ibrahim: 7)


Sesudah final Piala FA 2013 pada sabtu lalu banyak meninggalkan kepingan ingatan yang tak terpadam. Bagi rakyat Kelantan - semangat kenegerian begitu menebal. Apa tidaknya, ramai sanggup datang ke Bukit Jalil semata ingin berada di stadiuam bagi menikmati, menyokong dan sama-sama bersorak jika ada jaringan.
..
Saya tidak ke stadium dan bertekad tidak menghabiskan wang semata minat bola melainkan ditukar niat ke Kuala Lumpur kerana menziarahi dua tiga orang adik beradik yang berada di Rawang, Klang dan Putrajaya.
Dek kerana minat, ada manusia akan habis-habisan berjuang melakukan - itulah yang terjadi kepada penyokong Red Warrior sekarang.

Ramai pemain bola di Malaysia tidak pernah menikmati perlawanan akhir ataupun memperolehi pingat Naib Johan Piala FA pun sudah bermakna. Ada pemain yang langsung tak berpeluang hingga ke final sesuatu piala. Bagi Mat Yo yang berpeluang ke final Piala FA, Piala Malaysia dan berbagai lagi sudah tentu kurang berminat dengan pingat Naib Johan.

Rakyat Kelantan sudah pasti mengenang jasa Mat Yo yang banyak menyumbang kepada pasukan Kelantan dalam usaha mendapatkan piala berprestig. Tindakan Mat Yo tak wajar kerana konsep bersyukur tidak diutamakan. Justeru mana-mana individu wajib bersyukur biarpun nikmat itu sedikit. Kita belajar dari kekhilafan yang berlaku masa kini untuk masa depan.

Coretan: Muhd Shatar

02 July 2013

Fenomena Suka Bola; Boleh Jika Jaga Syarat dan Adab

Salam pagi Selasa,

Final Piala FA 2013 sudah berlalu. Gelombang merah tetap menguasai kuasa bola sepak. Pun begitu, peminat berbondong memenuhi ruang stadium. Ada yang bersolat di tengah keriuhan suara, ada yang langsung tak ambil peduli dan ada memang dah lama tak bersolat.
Apapun, masing-masing ada tanggungan sendiri di akhirat. Kubur masing-masing kata sahabatku dahulu di rumah sewa ketika mengikuti  sepanjang pengajian Universiti Malaya.
Sejuk hati apabila tengok umat Islam dari Kelantan dan Johor boleh sama-sama menunaikan solat berjemaah. Paling manis bendera Johor dijadikan sejadah. Samalah kita apabila tengok anak-anak rajin menunaikan solat.
Fenomena ini mencetuskan bahawa peminat boleh merapatkan hubungan silaturahim melalui ibadat solat. Sekiranya perpaduan sebegini boleh dipupuk nescaya akan menguatkan persaudaraan Islam yang dituntut dalam agama.

Coretan; Muhd Shatar
   

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU