13 November 2010

Majlis Restu Dan Doa: Senjata Umat Islam Yang Paling Utama

Majlis Restu yang diadakan pada pagi ini sudah menjadi satu kesinambungan kepada upacara rasmi seperti tahun-tahun sebelum ini sebagai usaha terakhir kepada para pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri terhadap persediaan sebelum memasuki dewan peperiksaan nanti.

Manusia mampu merancang, Allah jualah yang akan menentukan. Semoga dengan doa dan solat hajat yang telah kita sama-sama pohon dan telah kita tunaikan kepada Tuhan Yang Esa - Allah Rabul Jalil akan mendapat kerahmatan dan diperkenankan.

Harapan yang besar di dada para ibu bapa – besar lagi harapan kami sebagi guru untuk melihat anak-anak didik kami akan mencapai keputusan yang luar biasa dan cemerlang sebagai mana usaha yang telah lakukan sepanjang mereka berada di sekolah ini.

Doa yang kita rafakkan di sisi Allah SWT sebentar tadi –

1. Moga-moga dapat menghalang para pelajar dan anak-anak didik kita dari segala perkara atau hal boleh menyebabkan mereka terganggu dari menjalani peperiksaan SPM nanti.

2. Moga anak-anak para pelajar diberi kesihatan yang baik sehingga selesai menjalani peperiksaan

3. Moga anak-anak para pelajar diberi ingatan yang kuat serta keluasan akal untuk menjawab peperiksaan di dalam dewan nanti.
4. Moga anak-anak para pelajar dapat menghadiahkan keputusan yang cemerlang kepada para ibu mereka nanti.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU