12 September 2011

Info Pelajar: Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1

Buat adik adik pelajar Darjah 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun 2011, yang berminat untuk memohon Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 (SBP) untuk tahun 2012 boleh memohon secara online sekarang.

Aliran SBP:
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan 2 aliran Sekolah Berasrama Penuh iaitu Aliran Sains dan Aliran Agama. Ketika ini ada 43 buah SBP aliran Sains dan 14 aliran Agama di seluruh negara.



Pakej Mata pelajaran SBP :
Aliran Sains: BM, BI, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/moral, Bahasa Antarabangsa( Jepun, Arab, Jepun , Jerman, Perancis, Mandarin)
Aliran Agama: BM, BI, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/moral, Bahasa Arab komunikasi, Bahasa Antarabangsa (Jepun, Jerman Perancis, MAndarin)
Permohonan SBP Tingkatan 1 2012
  • Pemohon boleh mengisi borang secara online di portal permohonan online
  • Pemohon dikendaki mencetak BORANG PERMOHONAN sebanyak 2 salinan : Salinan pertama perlu dihantar kepada Guru Besar sekolah asal. Borang kedua dihantar kepada Pengetua Sekolah Berasrama penuh terpilih.
  • Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh Pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan oleh pengetua lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.
Tarikh Tutup permohonan
Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012 ditutup pada 15 Oktober 2011.
Keputusan Permohonan
Keputusan Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012 dijangka diketahui pada Disember 2011.
Maklumat :
Sila layari portal permohonan untuk keterangan lanjut
Semak senarai SBP yang ditawarkan di seluruh negara
Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my.
Keputusan pemilihan murid ke Tingkatan 1 SBP akan diumumkan dalam tempoh 45 hari bekerja selepas tarikh UPSR diketahui.
Keputusan akan diumumkan di laman wen Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my
Rayuan jika gagal memohon secara online. Rayuan boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my dalam e-rayuan
E-Rayuan jugak bagi para pelajar yang belum memohon secara online sebelumnya.
Cara serah borang SBP?
Surat/ dokumen boleh diserahkan ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster dan surat/dokumen itu akan dicop terima. Seterusnya surat/dokumen tersebut diserahkan kepada pengarah untuk diminitkan kepada sektor yang berkenaan.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU