20 August 2010

Perkongsian Minda: Mengakhirkan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kelas Dengan Doa

Salam,

Perkembangan muktahir ini, amat membimbangkan dan meresahkan hati dan nurani umat Islam yang merangkumi kebimbangan para ibu bapa, guru, pentadbir sekolah, pemimpin tempatan hinggalah kepada semua peringkat manusia. 
Cukuplah! Saling bertuduhan mencari kesalahan di pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pihak lain.
Kita terlupa untuk memilih berdoa kepada Allah kerana itulah senjata umat Islam pada hari ini.

Mungkin kita terlupa untuk membasahkan lidah dengan melafazkan doa selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran atau kebiasaan para pelajar yang membacakan doa sebelum memulakan sesi pembelajaran dalam kelas.
Kadang kala para pelajar kurang beradab ketika membacakan doa atau sebutan lafaznya kurang sekali bertepatan atau langsung tidak benar-benar mengharapkan apa yang diperkatakan dalam lafaz doanya mana mungkin Allah melihat permintaan.

Alangkah baiknya selepas tamat sesi pembelajaran  dibacakan doa dan pengharapan oleh guru.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ampunkah dosaku, dosa para pelajarku
Sempurnakanlah akhlakku, akhlak pelajarku sebagaimana akhlak Nabi Muhammad SAW
Berkati ilmu yang kuberikan dan perkuatkanlah ingatan para pelajarku terhadap ilmu
Jadikan kami insan yang bertakwa
Jauhkan diriku, diri para pelajarku daripada perbuatan mungkar
Jauhkan diriku, diri anak-anak pelajarku dari fitnah, malapetaka dan perbuatan maksiat akhir zaman ini
Jauhkan diriku, diri anak-anak pelajarku dari berbuat zalim, dan dari terkena perbuatan kejam pada akhir zaman ini

Ya Allah Ya Aziz Ya Karim
Bukakanlah pintu ilmu buat kami, pintu rahmat buat kami, pintu hidayah buat kami
Dan perluaskanlah pintu rezeki buat kami
Untuk berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat

Ya Allah Ya Raba'alamin

Mudah-mudahan apa yang kita munajatkan menggelakkan kita dan para pelajar dari terlibat dengan jenayah, maksiat, gejala zina dan buang bayi atau menghindarkan diri kita atau pelajar kita dari terkena perbuatan kejam seperti mati kemalangan yang ngeri, dibunuh atau dirogol.

Perkongsian Minda Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Bilakah gugurnya hak hadanah kepada seseorang yang telah diberikan hak hadanah?

1. Sebab-sebab gugurnya hak hadanah kepada seseorang yang layak mendapat hak hadanah dan akan hilang kelayakan dalam keadaan berikut:
  • Berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian nasab dengan kanak-kanak tersebut. (Hak hadanah akan kembali kepadanya setelah perkahwinannya dengan lelaki tersebut dibubarkan).
  • Berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terang-terangan.
  • Berpindah tempat kediaman untuk menghalang bapa kanak-kanak menziarahinya.
  • Cuai atau menganiayai kanak-kanak tersebut.
  • Gugur hak hadanah apabila keluar agama Islam
Hadanah: Bermaksud hak penjagaan anak yang masih kecil belum mumayiz dan tidak mampu mengurusan diri selepas berlaku penceraian antara ibu dan bapa.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU