20 August 2010

Perkongsian Minda: Mengakhirkan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kelas Dengan Doa

Salam,

Perkembangan muktahir ini, amat membimbangkan dan meresahkan hati dan nurani umat Islam yang merangkumi kebimbangan para ibu bapa, guru, pentadbir sekolah, pemimpin tempatan hinggalah kepada semua peringkat manusia. 
Cukuplah! Saling bertuduhan mencari kesalahan di pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pihak lain.
Kita terlupa untuk memilih berdoa kepada Allah kerana itulah senjata umat Islam pada hari ini.

Mungkin kita terlupa untuk membasahkan lidah dengan melafazkan doa selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran atau kebiasaan para pelajar yang membacakan doa sebelum memulakan sesi pembelajaran dalam kelas.
Kadang kala para pelajar kurang beradab ketika membacakan doa atau sebutan lafaznya kurang sekali bertepatan atau langsung tidak benar-benar mengharapkan apa yang diperkatakan dalam lafaz doanya mana mungkin Allah melihat permintaan.

Alangkah baiknya selepas tamat sesi pembelajaran  dibacakan doa dan pengharapan oleh guru.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ampunkah dosaku, dosa para pelajarku
Sempurnakanlah akhlakku, akhlak pelajarku sebagaimana akhlak Nabi Muhammad SAW
Berkati ilmu yang kuberikan dan perkuatkanlah ingatan para pelajarku terhadap ilmu
Jadikan kami insan yang bertakwa
Jauhkan diriku, diri para pelajarku daripada perbuatan mungkar
Jauhkan diriku, diri anak-anak pelajarku dari fitnah, malapetaka dan perbuatan maksiat akhir zaman ini
Jauhkan diriku, diri anak-anak pelajarku dari berbuat zalim, dan dari terkena perbuatan kejam pada akhir zaman ini

Ya Allah Ya Aziz Ya Karim
Bukakanlah pintu ilmu buat kami, pintu rahmat buat kami, pintu hidayah buat kami
Dan perluaskanlah pintu rezeki buat kami
Untuk berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat

Ya Allah Ya Raba'alamin

Mudah-mudahan apa yang kita munajatkan menggelakkan kita dan para pelajar dari terlibat dengan jenayah, maksiat, gejala zina dan buang bayi atau menghindarkan diri kita atau pelajar kita dari terkena perbuatan kejam seperti mati kemalangan yang ngeri, dibunuh atau dirogol.

Perkongsian Minda Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

No comments:

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU