21 October 2014

Menjejaki Kg. Gelam, Temasik; Hati Terluka Akal Terpingga

Salam kelapangan,

Menjejaki Singapura buat kali pertama melangkah masuk ke negara itu dengan peringatan perlu banyak berwaspada. Sebaik melepasi Woodland saya menaiki bas ke Queen Street. Maka terlihatlah flat berwarna-warni memberikan persepsi yang sangat baik status kehidupan rakyat bawahan. Flat berlapis sempit dan padat adalah lambang keperitan marhean di mana-mana negara.

Dari Queen Street, saya bersama beberapa rakan menapak ke Arab Street yang tidak berapa jauh untuk berjalan menghirup udara sentosa destinasi yang dahulunya Temasik.
Dari Arab Street kami melangkau beberapa lorong. Kelihatan Masjid Sultan dari celah lorong masih utuh dan menyimpan harap dan doa sebilangan kecil kaum Melayu Singapura.



Sebelum singgah di Masjid Sultan, kami berlegar di sekitar bangunan lama Kg Gelam. Terdapat beberapa deretan kedai milik umat Islam yang merupakan bangunan lama. Restoren melayu juga ada kelihatan untuk memudahkan kami memilih menikmati makanan orang Singapura.

Kami memilih Restoren Hajjah Maimunah yang dikatakan sangat terkenal dan berpatutan














Pohon-pohon besar menaungi jalan-jalan di sekitar Arab Street melambangkan Singapura antara negara yang mesra alam dan berudara terjamin,

Sebelum berangkat balik kami sempat menikmati nasi berayani cita rasa Singapura di Restoren Zam Zam antara yang paling terkenal di Arab Street. Ya, rasanya ada kelainan berbanding apa yang kami biasa makan di Pulau Pinang.
SBS Transit merupakan nadi pengangkutan utama di Kota Singapura. Kami hanya menggunakan satu kad TNG untuk menaiki kesemua bas SBS TRansit di sekitar Singapura.

Dalam menghayati suasana sebelum khatib membaca khutbah jumaat pada hari. Kebetulan kami memasuki Singapura awal pagi jumaat maka beberapa pengalaman baru menghayati solat jumaat di Singapura.

Sebelum khatib naik ke mimbar.. ada peringatan dibaca melalui mikrofon. Antara sempat saya dengarnya ialah;

1. Jemaah dinasihati jangan memberi wang kepada orang yang meminta-minta di sekitar perkarangan masjid kerana boleh menjatuhnya imej Islam.

2. Ada jemaah menghisap rokok di dalam tandas.

3. Saranan bersedekah ke tabung masjid bagi membolehkan pengurusan masjid menaiktaraf kemudahan sedia ada.






SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU