30 July 2009

Ramai Umatku Masuk Neraka Kerana Air Kencing - Sabda Nabi Muhammad SAW

Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
Salam,
Pada kali ini ustaz ingin mengulas soal cara buang air kencing yang diajarkan dalam Islam. Mungkin sebelum ini para pelajar tidak ambil berat soal air kencing namun setelah membaca kupasan ustaz ini - maka harus kita sama-sama berhati-hati ketika membuang air kecil di tandas.
Yang pertama lipat kaki seluar ke atas hingga ke tahap yang paling tinggi. Cuba perhatikan gambar dua pelajar (sebagai hiasan) dan itulah cara sebelum masuk tandas. Kaki seluar pelajar sebelah kanan akan terdedah kepada percikan air kencing dan kaki seluar pelajar sebelah kiri akan selamat dari terkena sebarang air.
Hukum Istibra yakni dalam hal buang air kencing mengikut sebilangan besar ulama Mazhab Syafi’e dan Hanbali mengatakan hukumnya adalah sunat dengan beralasan bahawa selepas berhenti pengaliran air kencing itu, ia tidak akan keluar lagi.
Sementara ada juga sebahagian daripada ulama Mazhab Syafi’e yang berpendapat bahawa istibra‘ itu hukumnya wajib, dan inilah juga menjadi pendapat ulama Mazhab Hanafi dan Maliki.
Mereka yang mengatakan hukum beristibra‘ itu wajib berdalilkan dengan hadith Ad-Daraquthni yang maksudnya :“Bersihkanlah kemaluan kamu daripada air kencing, kerana kebanyakan azab kubur berpunca daripadanya”.
Hadith ini disokong dengan kenyataan bahawa jika seseorang itu menyangka atau merasa yakin bahawa mengikut kebiasaannya, jika dia tidak beristibra‘ nescaya akan keluar sesuatu lagi daripada kemaluannya, maka wajiblah dia melakukan istibra‘. Dalil mereka yang kedua yang maksudnya :
“Daripada Ibnu ‘Abbas R.A dia berkata: Nabi SAW melalui salah satu tembok dari tembok-tembok Madinah atau Makkah, lalu Baginda mendengar suara dua orang manusia yang sedang disiksa di dalam kuburnya. Nabi bersabda: “Dua orang sedang disiksa dan keduanya tidak disiksa kerana dosa besar. Kemudian Baginda bersabda: Ya, yang seorang tidak beristibra‘ dengan sebersih-bersihnya daripada kencingnya dan yang seorang lagi berjalan dengan mengadu domba. Kemudian Baginda minta diambilkan pelepah kurma yang basah, lalu dibelah menjadi dua dan Baginda letakkan pada masing-masing kuburan itu satu belahan. Lalu dikatakan: Wahai Rasulullah, kenapakah engkau perbuat ini? Baginda bersabda: Mudah-mudahan keduanya diringankan selama dua belah kurma itu belum kering atau sehinggalah ia kering”.(Hadith riwayat Al-Bukhari)
Panduan selepas membuang air kencing.

1. Berdehem
2. Basuh sehingga yakin.

28 July 2009

Tanggungjawab Suami & Isteri

Salam,
Dalam tajuk ini para pelajar harus memahami tanggungjawab suami terhadap isteri dan anak-anaknya serta memahami hak-hak sebagai isteri.
1. Tanggungjawab Suami :
i. Memberi nafkah zahir dan batin
ii. Memberi didikan kepada isteri
iii. Memberi layanan yang baik kepada isteri.
2. Tanggungjawab Isteri:
i. Mentaati suami
ii. Memelihara kehormatan diri
iii. Menjaga harta suami
iv. Melayani suami dengan baik
v. Tinggal di rumah suami.
3. Tanggungjawab Suami & Isteri Terhadap Anak-Anak:
i. Memelihara dan mendidik anak-anak
ii. Memenuhi keperluan masing-masing seperti kasih sayang dan sebagainya
iii. Menghubungkan silaturahim antara kedua belah pihak keluarganya.

Dalil Hadis:
Daripada Abu Hurairah bahawa nabi SAW telah bersabda:
Seandainya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang nescaya aku akan menyuruh isteri sujud kepada suami. (Riawayat al-Tirmizi)


i.

23 July 2009

Suasana Bilik Kuliah Bestari


Inilah bilik kuliah tempat kami berkursus. Esok adalah hari terakhir bagi kursus ini.
Sila klik http://www.pickursus.blogspot.com/ untuk melihat keseluruhan gambar kursus, serta dimuatkan alamat-alamat peserta kursus.

Esok, Balik Kampung


Salam,
Kepada semua pelajar, khamis ini anda semua akan balik ke kampung masing-masing. Pesanan saya pandai-pandailah jaga diri.
Jangan belok ke tempat lain kerana nak cari benda-benda yang tak berfaedah kerana sepanjang perjalanan pulang banyak simpang-siurnya.
Sesampai ke rumah, amalkan tanda hormat kepada kedua ibu bapa. Ciumlah kedua tangan ibu dan ayah kamu yang telah bersusah payah membesarkan kamu. Sejukkan hati mereka dengan peribadimu. Ingatlah syurga kita di bawah tapak kaki mereka.
Sebagaimana dalil dari sebuah hadis:
Maksudnya:
"Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?.
Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya". (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
dan Sabda Nabi Muhammad SAW lagi:

"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ."

Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."
Selain itu, ada satu kisah yakni seorang hamba Allah yang bernama Alqamah, di mana beliau begitu sukar untuk melafakan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya yang tergores di atas layanannya, walaupun Alqamah kuat beribadah tetapi beliau telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaan ibunya, lalu ibunya merasa kecil hati dengan tindakannya, sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa ini perlu dijadikan iktibar oleh kita semua, semoga perkara yang dialami oleh Alqamah tidak terjadi kepada kita.

21 July 2009

LEGA!!!!!!!



Fuihh! Lega lepah kena bentang, boleh makan durian dah.

Tajuk ajaran sesat aku buat untuk sesi pembentangan minggu terakhir kursus Bestari rupanya berkesan dan mendapat komen yang boleh membina semangat.

Apa pun, terima kasih kepada semua peserta kursus Bestari kali ini.

Selamat maju jaya.

Adab ketika makan

  • Membaca Bismillah dan berdoa.
  • Niat mensyukuri nikmat Allah
  • Tidak makan dengan membazair
  • Tidak gelojoh ketika makan
  • Mengucapkan syukur Alhamdulillah selepas makan

20 July 2009

Wawancara Dengan Haji Kahar@Rasul Melayu

Salam,

Ok, para pelajar sekalian
, tolong baca petikan wawancara dari Harian Metro yang ustaz masukan ke blog ini - bagi memudahkan para pelajar mengenali ciri kesesatan yang diamalkan oleh Haji Kahar dan pengikutnya.

________________________________

Ketua kumpulan ajaran sesat Haji Kahar Ahmad, Abdul Kahar Ahmad Jalal, 55, bukan saja mendakwa dilantik Tuhan sebagai rasul khusus untuk orang Melayu, malah memberi jaminan pengikutnya pasti masuk syurga berkat daripada syafaatnya.
Malah, dia tidak gentar menghantar surat kepada ahli politik, pembesar negeri dan menteri Kabinet termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengaku dirinya sebagai rasul.Abdul Kahar juga mengeluarkan pelbagai dakyah yang boleh menjejaskan akidah seperti solat lima waktu tidak wajib, al-Quran sekadar catatan, hadis hanya rekaan manusia malah mendakwa dia mempunyai mukjizat sama seperti nabi dan rasul lain.ABDUL KAHAR...dakwa jadi rasul.
Beberapa perkara lain yang jelas bertentangan dengan akidah juga dinyatakan Abdul Kahar ketika dia disoal kira-kira 30 minit oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selain wartawan selepas ditahan di kediamannya di Kampung Kemensah, Hulu Klang, di sini, semalam.
Soalan (S) : Macam mana haji dilantik (sebagai rasul)?
Jawapan (J): Itu urusan Tuhan. Tuhan tidak bagi tahu kepada manusia biasa, bagaimana ditiupkan roh itu kepada Adam (Nabi Adam as). Kalau roh Tuhan itu tidak ditiup kepada seorang rasul dia tidak layak digelar rasul tetapi pendusta.
Saolan : Umat Islam diwajibkan menunaikan sembahyang lima waktu tetapi haji (Kahar) mengatakan sembahyang lima waktu itu tidak perlu?
J : Awak tunjukkan ayat mana, surah mana yang mengatakan Tuhan suruh sembahyang lima waktu.
S: Kalau macam itu, haji tunjukkan surah mana dan ayat mana yang menunjukkan haji dilantik sebagai rasul?
J : Surah Yasin dan Surah Ibrahim, ayat empat. (Abdul Kahar bagaimanapun tidak menghuraikan makna ayat berkenaan)
S: Adakah haji dilantik (sebagai rasul) untuk mewakili Malaysia?
J: Bagi kaum Melayu saja. Untuk yang faham bahasa saya.
S: Adakah haji boleh memberi syafaat sama seperti Nabi Muhammad saw?
J: Ya. Sebab saya boleh mengeluarkan manusia daripada kegelapan kekafiran kepada cahaya keimanan.
S: Jadi adakah pengikut haji dijamin masuk syurga?
J: Pasti. Tuhan yang menjanjikan. Barang siapa yang mentaati Allah dan rasul-Nya, pasti Tuhan akan memasukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai di bawahnya. Itulah kemenangan yang besar. (Sambil merujuk surah An-Nisa’)
S: Apa perbezaan antara ajaran haji dengan Islam sekarang?
J: Sekarang orang Islam di negara ini membuat dusta dengan Tuhan. (Abdul Kahar diminta memberi contoh) Ayat yang diucapkan ketika sembahyang lima waktu tidak sama dengan apa ayang dibuat untuk Tuhan.(Ketika itu Abdul Kahar diminta memberi contoh sekali lagi) Masa tuan-tuan sembahyang itu berkata dengan Tuhan. Tetapi apabila kata ‘Ya aiyuhal kafirun’ (Abdul Kahar merujuk kepada ayat pertama surah Al-Kafirun tetapi tidak lengkap) tuan-tuan mengkafirkan Allah kerana maknanya ‘hai orang kafir’, kamu berkata kepada Allah. Tuhan yang memberi petunjuk, kamu boleh kafirkan Dia. Ayat itu kita sepatutnya berkata kepada orang kafir, tetapi ia mesti dikatakan oleh rasul dan orang yang beriman kepada rasul.S: Haji pernah buat sembahyang lima waktu?J: Dulu saya buat, tetapi selepas Tuhan katakan itu tidak betul saya tidak buat lagi... saya buat ikut sunnah dan al-Quran.S: Macam mana haji sembahyang?J: Saya buat macam mana Nabi Ibrahim sembahyang iaitu mencegah benda keji mungkar. Macam mana ibu bapanya yang menyembah berhala dan dia cegah.
S: Rasulullah saw sendiri solat lima waktu, bagaimana haji boleh katakan ia tidak wajib?
J: Can you prove to me (Boleh awak buktikan pada saya) awak pernah jumpa dia (Nabi Muhammad), tengok sendiri dia sembahyang? Jika hanya secara lisan, itu tidak boleh.
S: Dalam hadis perkara itu disebut. (Pegawai Jais kemudian membaca hadis dalam bahasa Arab tetapi, Abdul Kahar meminta dijelaskan dalam bahasa Melayu). Maksudnya, sembahyang kamu sebagaimana kamu melihat aku (Rasulullah saw) sembahyang.
J: Hadis itu siapa yang buat? Siapa yang mengarangnya, siapa perawinya? (Pegawai Jais menjawab hadis itu diriwayatkan al-Bukhari.) Adakah awak kenal dia. Awak tahu biodata dia. Awak pernah lihat dia. Adakah awak dengar sendiri dia cerita dengan awak. Jika tidak, benda itu tidak benar. Itu bukan daripada Tuhan.

Dipetik dari Harian Metro Edisi KL: Jamin masuk syurga
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhd Izawan Baharinam

19 July 2009

Kena Bentang@Ajaran Sesat@Blog




Selasa nanti ada pembentangan "Ajaran Sesat" setelah 3 minggu berkursus. Minggu pertama berhempas-pulas mendengar teori-teori Pembestarian Sekolah. Masuk minggu kedua berjam-jam mengadap laptop mempelajari komponen penting TMK seperti powerpoint, movie maker, excel, ulead videostudio dan bermacam lagi.

Tapi yang paling best, waktu pembelajaran membina web. Bab membina web inilah yang aku tunggu. Dulu aku dah ada asas membuat web, sekadar biasa saja, boleh rujuk http://www.pendidikanislam.blogspot.com/ pada awal tahun2005 dulu, tapi bila dah didedahkan secara formal - maka pengetahuan mengenai web aku semakin meluas dan melebar. Ada macam-macam laman web percuma selain Blogspot yang boleh dianggap paling digemari. Web 21 Classes atau 350.com pun ada kelebihannnya. Terpulang kepada sesiapa yang menyenanginya. Aku lebih suka guna blogspot kerana caranya yang lebih tersusun senang nak manage.
Bertuah juga aku dapat menyertai kursus ini - dan aku mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan SMTSPP kerana mencalonkan namaku untuk berada di sini. Sekurang-kurang aku dapat idea bagaimana nak apply TMK, dan aku memilih untuk menjadikan penggunaan blog sebagai alat bantu mengajar kepada para pelajar di kelasku. Dulu walau aku dah ada web pendidikan islam namun tak terfikir untuk digabungjalinkan dengan para pelajar.
Berbalik kepada sesi pembentangan pada selasa ini - bahan-bahan dah aku buat cuma bahagian RPH dan Templet yang ada sedikit masalah. Rakanku satu kumpulan; Muhammad bin Ismail (seorang guru dari SM Teknik Batu Lancang) ada kebolehan bercakap di depan sewaktu pembentangan projek yang bertajuk Ajaran Sesat ini. Apa pun, jumpa pada selasa ini.


ok,



18 July 2009

Maggi Goreng Double Seksyen 14 PJ - RM3.00

Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
Sekitar tahun 2000-2004, aku kerap mengunjungi foodcourt Sekysen 14 Petaling Jaya atau dengan nama popularnya Mapler. Tiada apa yang menarik kecuali sepinggan maggi goreng double (buatan mamak) dari India.
Aku kenal salah seorang darinya, kalau tak silap Arun namanya. Jangan terkejut! Ini orang ada ijazah doktor di salah sebuah universiti di India. Arun datang ke Malaysia semata-mata mahu mencari rezeki yang lebih yakni (tukang masak maggi goreng).
Sebenarnya ramai budak-budak U sekitar Lembah Klang menjadi pelanggan tetap gerai ini. Dulu aku dengan Rumzi Saari, Rahim Sabri, Nik Harmie, Jimadie Shah, dan ramai lagi adalah pelanggan tengah malam, selalu selepas buat assingment. Tak nama budak jantan UM kalau tak pekena maggi goreng double PJ/14 ini.Jadi kalau nak rasa maggi goreng double, silalah ke PJ/14, kalau foodcourt itu ada lagi. Aku dah hampir 2 tahun tak jenggok!


Selamat mencuba.

Para pelajar sekelian,

Sebagai umat Islam kita perlu memastikan makanan yang kita makan adalah halal dengan cara:

1. Pastikan ada logo HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM.
2. Makanan dibuat oleh orang Islam.
3. Tiada sumber yang diharamkan oleh Allah SWT seperti adanya unsur babi atau anjing.
4. Sekiranya rasa subhah (ragu-ragu halal atau haram) lebih kita jangan makan.
5. Selalu berhati-hati dalam membeli makanan segera seperti roti.
6. Selalu mendapatkan maklumat makanan halal atau haram dari media massa.

MURTAD - DILEMA ORANG MELAYU


Apa itu murtad?

Murtad ialah seseorang keluar daripada agama Islam dan menganut agama lain. Seseorang daripada agama lain memeluk agama Islam, tetapi kembali semula ke agama asalnya, maka orang itu juga dikira murtad.

Pembalasan terhadap golongan murtad. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud: “Barangsiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati sedang dia kafir, maka amalan mereka itu terhapus di dunia dan akhirat dan mereka itu penghuni neraka, sedang mereka kekal di dalamnya.”

Allah murka kepada orang yang murtad. Mereka meninggalkan agama Allah yang benar kerana lebih mencintai kehidupan di dunia daripada kehidupan abadi di akhirat. Allah tidak memberi hidayah dan kebenaran ke dalam hati mereka sebab hati mereka telah ditutup sehingga ia tidak mampu untuk berfikir mengenai sesuatu yang lebih bermanfaat bagi diri mereka. Di akhirat kelak mereka termasuk dalam golongan orang yang rugi dan menyesal.

Jadi - kita perlu mempersiapkan diri kita dengan:

1. Ilmu agama dan kefahaman akidah yang mantap.
2. Bergaul dengan mereka yang menyintai ibadat kepada Allah SWT.
3. Tidak mendedahkan diri kepada maksiat dan hiburan-hiburan yang melalaikan.
4. Sentiasa menunaikan solat sebagai tiang agama.
5. Berdoa kepada Allah Taala supaya dijauhkan dari terjerumus ke unsur murtad.

16 July 2009

ADAB MEMBERI HADIAH



Hadiah adalah sesuatu yang bernilai kepada hati yang menerima.

Harus diingat, apa jua hadiah yang diberikan perlu kepada adab-adab tertentu:

  • Ikhlas kerana Allah Taala
  • Hadiah yang kita berikan adalah benda yang kita sayangi - jangan berikan hadiah yang tiada nilainya atau tiada gunanya.
  • Tidak mengungkitkan semula hadiah yang kita berikan.
  • Tidak mengharapkan balasan daripada orang lain.

SOLAT DI TENGAH JALAN



SOLAT WAJIB DITUNAIKAN OLEH SETIAP INSAN YANG BERNAMA MUSLIM
Solat di kala musafir dibolehkan jamak dan qasar. Solat JAMAK dibahagikan kepada dua bahagian.:
SYARAT SOLAT JAMAK DAN QASAR

i. Hendaklah melepasi sempadan kawasan
tempat tinggal sejauh 2 marhalah.

ii. Tidak niat bermukim melebihi empat hari
tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
iii. Tidak berimamkan kepada imam yang
sempurna rakaatnya.
iv. Masih dalam keadaan musafir ketika
mengerjakan solat qasar.

HIKMAH SOLAT JAMAK DAN QASAR.
i. Memberi keringanan kepada umat islam untuk
menunaikan solat fardhu ketika dalam perjalanan

ii. Tanda kasih sayang Allah s.w.t kepada umat
Nabi Muhammad s.a.w

iii. Supaya seseorang dapat melaksanakan ibadah
solat yang begitu penting dan tidak boleh
ditinggalkan.

Jamak : himpun 2 solat yakni Zuhur dengan Asar atau Maghrib dengan Isyak
Qasar : pendikkan 4 rakaat kepada 2.
*Maghrib tidak boleh qasar.

WANG RM 50.00 BARU

Sila klik pada gambar untuk melihat dengan jelas.

Wang boleh dijadikan mahar untuk sesebuah pernikahan.

Mahar ialah mas kawin.
Mahar terbahagi kepada 2 bahagian:
  1. Mahar Mussama - kadar yang ditentukan mengikut persetujuan kedua belah pihak calon suami dan isteri.
  2. Mahar Misil - kadar yang ditentukan mengikut kadar saudara (yakni adik beradiknya).



Arasy Allah Bergegar

Kalau penceraian ini membahagiakan, tak mengapalah. Sabar dengan takdir, mungkin ada sejuta hikmah menunggu.

Lelaki ini akhirnya mengegarkan arasy Allah dengan mengucapkan lafaz cerai.

"saya ceraikan awak" - Saat itu mengegarkan Arasy Allah S.W.T

Setelah berlaku penceraian : Maka si isteri ada tempoh iddah :

Iddah ialah tempoh larangan berkahwin bagi perempuan yang diceraikan.

1. Kenapa Iddah disyaratkan dalam Islam?
  • Untuk membersihkan rahim perempuan dari benih bekas suami
  • Untuk memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suami terdahulu
  • Untuk memberi peluang kepada bekas suami untuk berfikir mudah-mudahan suami akan merujuk bekas isteri kerana dalam tempoh Iddah suami boleh merujuk isteri tanpa persetujuan isteri.

15 July 2009

MENGAPA HARUS KAU TANAM KEMBOJA DI KUBURNYA

Kematian adalah perpisahan, biarpun kenangan itu menghidup, segar dalam sanubari.
CINTA SEJATI tetap subur, biarpun kemboja memisahkan
di saat-saat kurindukan senyummu melebar antara sukma kehidupan silam,
mengapa harus kau tanamkan kemboja itu,
di atas perkuburannya.
Dipetik dari Kumpulan Puisi Hujan karya Anjan Ahzana.

Untuk dapatkan buku Kumpulan Puisi Anjan Ahzana sila klik  

BILA KOMPANG DIPALU


Kumpulan kompang SM Teknik Seberang Perai sedang menjayakan majlis perkahwinan salah seorang kakitangan sekolah yang berkahwin. Kumpulan kompang ini di bawah bimbingan Cikgu Rasyidi. (Kelihatan dalam gambar)
ADAB-ADAB WALIMATULURUS:
1. Tidak memasukan unsur maksiat, khurafat dan pembaziran dalam majlis perkahwinan.
2. Tidak melakukan majlis perkahwinan secara besar-besaran sehingga melampau-lampau kerana ingin menunjuk-nunjuk kehebatan dan kekayaan.
3. Kenduri yang dibuat secara sederhana sahaja sebagaimana yang dituntut oleh Rasulullah SAW
Hukum menghadiri walimatulurus adalah : Sunat muakad

TAKLIK SECARA KHULUK @ TALAK RM 1.00

Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar


Biasanya selepas selesai akad nikah, calon suami akan membaca taklik yakni. :







Manakala saya tinggalkan isteri saya selama empat bulan hijrah berturut-turut dengan segaja atau paksa dan saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya dalam tempoh masa tersebut, padahal dia taatkan saya atau saya melakukan kemudaratan kepada tubuh badannya atau kehormatannya dan harta bendanya.


Kemudian dia mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduan-aduannya di sisi kadi atau Mahkamah Syariah dan dia memberi kepada Kadi bagi pihak saya RM1.00, maka ketika itu tertalaklah dia dengan satu talak khuluk.

KEADILAN UNTUK ISTERI - walaupun kuasa talak adalah milik suami, tetapi isteri berhak mengetahui adanya kuasa untuk membatalkan ikatan perkahwinan.

1. Isteri yang ditingalkan suami selama 4 bulan hijrah bolehlah mengadu di Mahkamah Syariah di daerahnya untuk mendapatkan haknya.

2. Isteri yang didera suami pun boleh menuntut haknya melalui talak Taklik Secara Khuluk ini

Selamat membaca,


MENCARI CALON ISTERI

Hadis Rasulullah saw : Daripada Abu Hurairah ra, daripada Nabi Muhammad saw bersabda: Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama - nescaya bahagialah engkau. (Mutaffaqun Alaih)


PEREMPUAN HARAM DIKAHWINI KERANA 3 PERKARA IAITU
1. PERSEMENDAAN
2.PENYUSUAN
3.KETURUNAN

Tanda-tanda kiamat - Mari belajar menyanyi!



Antara tanda-tanda kiamat adalah anak-anak orang Islam diajarkan menyanyi - Nah!



AYAH PIN - GEMPARKAN UMAT ISLAM

Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar Lelaki ini - orang kampung biasa tapi mempunyai pengaruh yang tersediri. Ajaran songsang yang diputarbelitnya menjadi ajaran yang dikenali ajaran Ayah Pin hampir mengongcang akidah umat islam. Mahupun pengikutnya segelintir namun sudah cukup membuktikan bahawa kebanyakan umat Islam tidak mempunyai asas akidah yang mantap. Tanyalah jiwa anda - jangan terpedaya dengan akidah songsang kerana mungkin ada seribu lagi Ayah Pin atau Mak Pin.

Ayah Pin (dalam gambar berbaju batik bersama pengikutnya)

SEBAB MENGAPA RAMAI YANG TERDORONG MENGAMALKAN AJARAN SESAT

1. Lemahnya pegangan agama serta mengabaikan ibadat-ibadat yang dituntut.
2. Mudah terpengaruh dengan kesenangan atau kemewahan yang ditawarkan oleh pihak tertentu.
3. Kurang mendalami ilmu agama, khususnya yang berkaitan dengan akidah Islam yang sebenar.

Cantiknya Menutup Aurat

Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Alangkah indahnya, aurat yang ditutup,
jiwa disuburi iman
peribadi terbentuk
maruah terbina
cahaya terbias
sebagai wanita.

1. Firman Allah SWT:

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang muk'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)


2. Firman Allah SWT:

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."
(an-Nur: 31)

Ya Allah Ampunkan Dosa Mereka



Salam,

Berdoalah kepada mereka-mereka yang telah meninggalkan alam ini, sesungguhnya doa anak yang soleh pasti didengari Allah SWT untuk kedua ibu bapa beroleh sejahtera di sana.

Al-fatihah kepada mereka yang telah meninggalkan dunia ini.

TAHNIAH!



Salam

Cikgu ucapkan tahniah kepada semua pelajar kerana telah berjaya mendapatkan keputusan yang baik di dalam peperiksaan pertengahan tempoh hari. Secara keseluruhan semua kelas di bawah bimbingan cikgu telah mencapai tahap yang memuaskan. Nasihat cikgu kepada pelajar yang mendapat markah di bawah gred C dan D perlu memperkuatkan usaha bagi menguasai tajuk-tajuk yang telah dipelajari.

Di sini cikgu lampirkan nama pelajar yang mendapat markah yang tertinggi SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM TING 5 di antara kelas-kelas di bawah kendalian cikgu:


1. FATIN NABILAH BT AZADIN 5A2 89
2. NURERLYZA SYAZIANTY BINTI AZAHAR 5A4 88
3. NOOR SAHFEQAH BT MOHD NAJIB 5A2 88

Bagi SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM TING 4 pula :

1. KHAIRUNNISA BT ZULKIFLI 4A3 dengan markah 93

2. NURUL ADILAH BT IBRAHIM 4E1 dengan markah 83

3. MOHD SYAFIQ BIN MOHD YUSUF 4A3 dengan markah 82

Tahniah untuk semua yang berjaya, teruskan usaha anda.
Utz Muhammad

Nama Pelajar Kelas 5KA4

1. AIZAT AL-HUZAIRI BIN HALIM
2. AZMY AFFENDI BIN ZOLKIFFLI
3. MOHAMAD AZIZI BIN ASMAN
4. MOHAMAD FAZLY BIN RAMLAN
5. MUHAMAD ARIFF BIN MAT SALLEH
6. MUHAMAD FARIZ BIN OSMAN
7. MUHAMMAD ABRAR BIN MOHD RADZI
8. MUHAMMAD HASIF BIN ABDUL AZIZ
9. NADIAH BINTI ZULKIPLI
10.NUR AFIQAH BT NOOR AZLI
11.NUR ATIKAH BINTI JAMALUDIN
12. NUR ATIKAH BINTI SHAHRUL AZHAR
13.NUR FAZLEEN BINTI BAHARUDDIN
14.NUR NAJUA BINTI BUJANG
15. NUR SYAZA HIDAYAH BT MUHAMAD MUSMIR
16. NURERLYZA SYAZIANTY BINTI AZAHAR
17. NURLIYANA BT MAHAMAD KAHHARI
18. NURUL FATIHAH BINTI ZOLKEFLEE
19.NURUL SAFURIAH BINTI MOHD ZAKI
20. QURRATUL AQILLAH BINTI NORIZAN
21. ROSEAMIRA BINTI CHE TAN

14 July 2009

Assalamualaikum

Buat semua pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SM Teknik Seberang Perai, rajin-rajinlah selalu melayari laman web ini dari masa ke semasa kerana banyak maklumat, rencana dan bahan-bahan mata pelajaran Pend. Islam yang akan dimuatkan ke laman web e-Pendidikan Islam ini.
Jangan biarkan masa anda dengan mengunjungi laman-laman lain yang tidak memberikan faedah .

Salam
Ustaz Muhammad

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU