23 October 2010

Coretan Perjalanan Dari Sabah: SMT Likas Melambaikan Selamat Tinggal

Catatan Hari Kelima Di Sabah

Tepat jam 11.00 pagi kami sampai ke SMT Likas yang berhampiran dengan Stadium Likas. Ketibaan bas kami disambut oleh pengetua dan para guru SMT Likas. Sekolah Menengah Teknik Likas terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Bersebelahan dengan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.
Terdapat beberapa buah sekolah yang berhampiran iaitu Sekolah Menengah Perempuan (SMP), Sekolah Menengah Kebangsaan Likas (SMKL), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shan Tao, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Lok Yuk dan juga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Lok Yuk.

Para guru SMT Seberang Perai mulai turun dari bas untuk berkenalan dengan staff SMT Likas. Kelihatan Cikgu Salim, Cikgu Ayub, Cikgu Hanim, Cikgu Rahmah dan Cikgu Zihana.

Pemandangan dari luar pagar kelihatan SMT Likas yang dikelilingi bangunan-bangunan lain yang padat kerana lokasi SMT Likas di kawasan bandar Kota Kinabalu.

Majlis suai kenal dan ramah mesra diadakan serta selingan pertukaran cenderahati. En. Zainal Abidin bin Jaffar sedang menyerahkan cenderahati SMT Seberang Perai Pulau Pinang kepada rakan sejawatnya En. Abd Hafidz Pg. Adnan, pengetua SMT Likas. Cikgu Salim menjadi wakil SMT Seberang Perai untuk memberikan ucapan penghargaan di atas sumbangan besar yang telah diberikan oleh SMT Likas seperti memberikan kemudahan pengangkutan sepanjang berada di Sabah.



Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMT Seberang Perai, En. Mohd Salim mengambil kenangan untuk bergambar di hadapan Khutubkhanah Nilam Sari SMT Likas sebagai tanda pernah menziarahi lawatan kerja ke sini
Makanan tengah hari telah disediakan oleh SMT Likas bagi semua peserta lawatan SMT Seberang Perai.


Pertemuan dua sekolah teknik semenanjung dengan kepulauan borneo. En. Zainal Abidin bin Jaffar, pengetua SMT Seberang Perai menerangkan sekitar perjalanan yang ditempuhi ketika berada di Sabah kepada pengetua SMT Likas, En. Abd Hafidz Pg. Adnan yang telah memberikan layanan yang istimewa kepada rombongan kami.






Sementara menanti waktu malam yang masih jauh kami mengunjungi bandar Tamparuli yang terkenal dengan jambatan gantung terpanjang dan pasar rakyat di tengah pekannya.



Jambatan yang merentasi sungai yang mengalir laju di bawahnya untuk ke pekan Tamparuli. Di atas jambatan ini para pelancong akan dapat melihat sekitar pekan dan menikmati udara sejuk yang bertiup kencang di atas jambatan ini sehinggakan terasa gonyangnya setelah benar-benar berada di pertengahannya. Penduduk di Tamparuli majoritinya dalah dari kaum Kadazan-Dusun.

Nama asal Tamparuli dikatakan mendapat namanya daripada ayat ‘ditampar oleh air’ di mana ayat ini berasal daripada perkataan atau percakapan orang Brunei. Pada suatu masa dahulu, apabila pedagang-pedagang Brunei berkunjung ke Daerah Tamparuli, mereka tidak dapat naik ke hulu disebabkan arus air sungai yang terlalu deras. Maka timbullah ayat ‘ditampar oleh air’ dan ia telah disingkatkan kepada Tamparuli.
Menurut mitos di kalangan penduduk setempat, kononnya suatu ketika dahulu terdapat seorang perempuan yang cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan atau lebih dikenali sebagai “tajau” oleh masyarakat tempatan. Tajau tersebut telah diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli agar binaan jambatan Tamparuli kukuh. Mitos ini dikukuhkan lagi apabila jambatan ini tidak pernah runtuh walaupun ribut taufan melanda daerah ini. Malah ia semakin indah dan masih tegak berdiri walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun. (Sumber Internet)

En. Zainal berkesempatan bergambar di atas jambatan Tamparuli sebagai kenangan hari terakhir berada di Sabah. Sebahagian besar misi lawatan telah berjaya dicapai.














Coretan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Coretan Perjalanan Dari Sabah: Menyaksikan Tengelamnya Matahari Di Tip Of Berneo, Kudat

Catatan Hari Keempat Di Sabah

Singgah Mengenali Rumah Panjang Kaum Runggus

Dalam perjalanan menuju ke bandar Kudat kami singgah di Rumah Panjang Kaum Iban di Bavanggazo, Kudat.

Rumah panjang ini didiami oleh kaum Runggus yang terletak lebih kurang 41 km dari Kudat atau 98 km dari bandar Kota Kinabalu.

Kami membayar sebanyak RM 2.00 bagi setiap orang untuk memasuki atau melihat rumah panjang ini.
 Cikgu Shidi sedang bergambar di pintu hadapan Rumah Panjang.
Ust. Mud berada di tempat kaum ibu menghasilkan kraftangan seperti gelang yang diperbuat dari manik-manik.





Setelah bertanyakan para ibu, mereka dapat menyiapkan seutas gelang dalam masa 30 minit tanpa henti yang dapat dijual dengan harga RM 3.00 satu.


Pemandangan dari belakang rumah panjang.


Cikgu Ayub dan Shidi sedang menandai kedatangan mereka ke perkampungan Rumah Panjang Bavanggazo.











Akhirnya kami bertolak ke SMT Kudat untuk menginap di sana.


Menginap di bangunan asrama SMT Kudat yang jauh dari kedengaran bunyi bising adalah pengalaman yang permai. Kehidupan yang harmonis antara pelbagai kaum dan agama tidak mewujudkan sebarang permasalahan. Sewaktu kami berada di dalam bangunan asrama (bilik tetamu) sekitar jam 7 malam - 10 malam kelihatan semua pelajar tanpa diberi arahan berada di bilik prep untuk mengulangkaji dan menelaah pelajaran.  Suasana sunyi tanpa kedengaran laungan, jeritan atau hilai tawa.  


Kelihatan tersergam bangunan SMT Kudat meskipun agak panas di antara jam 12 tengah hari sehingga jam 3 petang.

Cikgu Mansur sedang menghayati suasana persekitaran SMT Kudat sebagai buah tangan dari Sabah untuk para pelajar SMT Seberang Perai yang menunggu kepulangan.Idea dan hasil rumusan lawatan akan menjadi modal untuk dikongsi bersama para pelajarnya.

Tepat jam 3 petang kami bergerak ke destinasi yang ditunggu-tunggu iaitu Tip Of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat yang terletak lebih kurang 30 km dari bandar Kudat. Kedudukan Tanjung Simpang Mengayau betul-betul menjadi pertemuan dua laut iaitu Laut China Selatan dengan Laut Sulu di Selatan Filipina.
Sebelum memulakan perjalanan ke sana kami singgah makan di bandar Kudat sambil menikmati udara panas hangat di bandar Kudat. Kebanyakan penduduknya adalah kaum Rungus (majoriti), Brunei, Bajau Laut dan Cina.

Pemandangan di sekitar Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Kelihatan Cikgu Zihana, Rahmah, dan Hanim sedang menyuntik saujana kebiruan alam.
Untuk menyelami keseluruhan Tip Of Borneo memerlukan pendakian yang lebih mencabar dengan memanjat tebing tinggi berbatu dengan hanya berpijak liang batu serta berpaut pada bucu batu. Inilah saat-saat paling mencabar kerana di bawah sana kelihatan curam.
En. Ruzahan adalah antara orang yang paling awal memanjat untuk sampai ke puncak bagi menyaksikan matahari tenggelam dengan lebih menyeluruh.






 Setelah bersusah payah menghadapi cabaran maka puncak Tip Of Borneo dapat ditawan.
Saat yang paling indah akan bermula - Matahari kian mahu bersarang dengan tengelamnya perlahan-lahan bersama warna kemerahan. Itulah saat yang paling digemari manusia kebanyakan
Mercu tanda Tip Of Borneo hanya boleh dihayati untuk orang-orang yang melihat dengan mata kasarnya sahaja.

Cikgu Salim menerangkan sejarah yang berlaku di Tip Of Borneo yang mana dikatakan tempat para lanun menghukum ahli yang belot atau didapati bersalah.
Tanjung Simpang Mengalau dikatakan pernah menjadi tempat pendaratan pengembara terkenal yang mengelilingi dunia Ferdinand Magellan yang berhenti untuk membaiki kerosakan kapalnya yang teruk dipukul ribut selama 42 hari.

Mengikut bahasa Rungus, Tanjung Simpang Mengayau bermaksud ‘benteng pertahanan’ kaum Rungus daripada pihak musuh (lanun dari kepulauan Filipina) yang menyerang perkampungan mereka. Manakala ‘Tanjung’ bermaksud penghujung, ‘Sampang’ pula bermaksud jambatan manakala ‘Mangazou’ membawa makna peperangan.



Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Coretan Perjalanan Dari Sabah: Dari Kundasang Ke Kudat Yang Terbentang Di Tepi Lautan

Hari Ketiga Di Sabah

Perjalanan Dari Kundasang Ke Kudat memakan masa hampir 5 jam. Kami berhenti untuk bersarapan di Kota Belud, kemudiannya singgah di Rumah Panjang sebelum sampai di SMT Kudat.
Terdapat sebuah masjid yang agak besar di pekan Kota Belud. Kelihatan ramai kaum Melayu melata di daerah Kota Belud ini.
Mungkin harga makan di sini agak tinggi. Saya membayar RM 9.50 bagi sepinggan nasi goreng Patayya bersama kopi Radix.
Papan harga sudah ditulis dengan jelas harga setiap makanan  bermaknanya bukanlah peniaga segaja menguat keuntungan terhadap pelanggan luar.



Cikgu Mansur sempat menelaah keindahan pekan Kota Belud bersama tafsiran dan kaca mata sebagai guru kaunselor SMT Seberang Perai















Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Coretan Perjalanan Dari Sabah: Dari Keningau Ke Ranau Yang Berkabus

Hari Kedua Di Sabah



Panorama gunung ganang daerah Ranau di sebalik masjid.

Awal pagi kami bertolak dari Keningau menuju ke Ranau bagi meninjau sekitar bandar kecil sambil menjamah makan tengah hari di pekan Ranau.

Selepas itu kami akan bermalam di Kundasang yang terkenal dengan kawasan pergunungan yang sejuk atau lebih hampir dengan Cameron Highland di Semenanjung Malaysia. Dari Ranau ke Kundasang lebih 15 km.

Sebelum ke Kundasang, kami terlebih dahulu akan menghabiskan masa untuk ke Tagal, Sungai Moroli yang terletak lebih kurang 25 km dari pekan Ranau. "Tagal,  di Sungai Moroli bagi membuang sisa toksin di tapak kaki dan pergelangan kaki melalui kaedah gigitan manja ikan-ikan yang dibela di sungai tersebut.


Kelihatan Cikgu Salim, Shidi dan En. Ruzahan serta Cikgu Ayub (duduk) sedang memberikan kakinya untuk digigit ikan-ikan yang begitu jinak mengigit kaki.








Selepas itu kami ke Strawberry Garden Hotel untuk bermalam di kawasan pergunungan dalam daerah Ranau dan Kundasang yang begitu sejuk mengatasi kesejukan di Cameron Highlands di Semenanjung Malaysia







Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Coretan Perjalanan Dari Sabah: Keningau Yang Dingin

Hari Pertama Di Sabah

Jumaat (15.101.10), lebih kurang jam 10.05 pagi pesawat yang membawa rombongan SMTSPPP mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Ketibaan kami disambut oleh Kelab Staf SMT Likas bersama pengetuanya. Bas SMT Beufort telah yang disediakan bagi membawa rombongan kami selama berada di Sabah.


Lokasi pertama yang kami jejaki ialah Keninau. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau cukup mendebarkan lantaran satu persatu lereng bukit yang tinggi dengan ketinggian sepuluh kali ganda berbanding lebuhraya Gerik - Jeli di Semenanjung Malaysia.

Kelihatan kain rentang SMT Keningau yang terletak di kawasan pergunungan Sabah dan berhampiran dengan Banjaran Crocker.

Menjadi adat bagi SMT Keningau, pengetuanya Puan Siti Aisyah memakai kain bertulis Selamat Datang Ke Sabah kepada Pengetua SMT Seberang Perai, En. Zainal Abidin bin Jaffar yang mengetuai rombongan ini.
Merentasi Banjaran Crocker yang menjadi asas kekukuhan negeri Sabah penuh dengan pertanyaan sampai bila perlu menaiki lereng bukit yang tinggi dengan keupayaan bas yang terpaksa menggunakan gear yang rendah untuk sampai ke setiap puncak dan begitulah seterusnya memakan jarak perjalanan 130 km dari Kota Kinabalu ke Keningau yang terpencil.

Akhirnya bas yang membawa kami sampai ke SMT Keningau dengan disambut pengetuanya, Pn Siti Aisah dengan penuh kemesraan.


Inilah destinasi menikmati kopi Tenom secara percuma yang datang dari Kilang Kopi Fatt Choi di tengah bandar Tenom.
Inilah pemandangan bandar Tenom di kawasan pendalaman yang terletak lebih kurang 180 dari Kota Kinabalu.
Setelah sesi beramah mesra dengan para pelajar dan guru SMT Keningau, kami menghabiskan sisa-sisa petang dengan menuju ke daerah Tenom yang terletak lebih kurang 50 km dari Keningau semata-mata untuk menikmati hidangan istimewa kopi Tenom.
  



Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU