23 October 2010

Coretan Perjalanan Dari Sabah: Keningau Yang Dingin

Hari Pertama Di Sabah

Jumaat (15.101.10), lebih kurang jam 10.05 pagi pesawat yang membawa rombongan SMTSPPP mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Ketibaan kami disambut oleh Kelab Staf SMT Likas bersama pengetuanya. Bas SMT Beufort telah yang disediakan bagi membawa rombongan kami selama berada di Sabah.


Lokasi pertama yang kami jejaki ialah Keninau. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau cukup mendebarkan lantaran satu persatu lereng bukit yang tinggi dengan ketinggian sepuluh kali ganda berbanding lebuhraya Gerik - Jeli di Semenanjung Malaysia.

Kelihatan kain rentang SMT Keningau yang terletak di kawasan pergunungan Sabah dan berhampiran dengan Banjaran Crocker.

Menjadi adat bagi SMT Keningau, pengetuanya Puan Siti Aisyah memakai kain bertulis Selamat Datang Ke Sabah kepada Pengetua SMT Seberang Perai, En. Zainal Abidin bin Jaffar yang mengetuai rombongan ini.
Merentasi Banjaran Crocker yang menjadi asas kekukuhan negeri Sabah penuh dengan pertanyaan sampai bila perlu menaiki lereng bukit yang tinggi dengan keupayaan bas yang terpaksa menggunakan gear yang rendah untuk sampai ke setiap puncak dan begitulah seterusnya memakan jarak perjalanan 130 km dari Kota Kinabalu ke Keningau yang terpencil.

Akhirnya bas yang membawa kami sampai ke SMT Keningau dengan disambut pengetuanya, Pn Siti Aisah dengan penuh kemesraan.


Inilah destinasi menikmati kopi Tenom secara percuma yang datang dari Kilang Kopi Fatt Choi di tengah bandar Tenom.
Inilah pemandangan bandar Tenom di kawasan pendalaman yang terletak lebih kurang 180 dari Kota Kinabalu.
Setelah sesi beramah mesra dengan para pelajar dan guru SMT Keningau, kami menghabiskan sisa-sisa petang dengan menuju ke daerah Tenom yang terletak lebih kurang 50 km dari Keningau semata-mata untuk menikmati hidangan istimewa kopi Tenom.
  



Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

No comments:

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU