30 March 2012

Tahniah Skuad Bola Sepak SMT Seberang Perai

Tahniah buat kesemua pemain dan pengurusan pasukan bola sepak SMT Seberang Perai atas kejayaan memperolehi kemenangan bergaya ke atas pasukan dari SMK Taman Sejahtera dengan agregate 3-1.
Di peringkat separuh akhir skuad bola sepak SMT Seberang menumpaskan cabaran dari SMK Jit Sin dengan kemenangan 2-1. 
Kemenanagan ini menjadikan pasukan bola sepak SMT Seberang Perai sebagai Johan Zon Bukit Mertajam dan akan layak ke peringkat negeri bermula Mei 2012 nanti.
Tahniah dari pengurusan Blog e-Pndidikan Islam.

29 March 2012

Peluang Bersedekah: Bina hospital pediatrik di Gaza

Petikan dari akhbar Utusan Malaysia (28.03.2012)

KUALA LUMPUR 27 Mac - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini melancarkan misi kemanusiaannya ke Gaza yang ketiga, Ramadan di Gaza 3 (Radig 3) bagi menunaikan inisiatif membangunkan sebuah hospital pediatrik pertama di kawasan bergolak tersebut.
Setiausaha Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, misi bermula 27 Julai ini hingga 6 Ogos itu akan memastikan satu perancangan yang teliti dilakukan untuk merealisasikan pembinaan hospital di atas tanah berkeluasan 5,000 meter persegi di tengah kota Gaza.
Katanya, pembinaan hospital sembilan tingkat bernilai RM100 juta itu melibatkan empat tingkat wad pediatrik serta pusat rekreasi, taman permainan, pusat jagaan kanak-kanak, perpustakaan, klinik dan farmasi.
“Laporan status kesihatan menunjukkan 15 daripada 27 hospital di Gaza rosak atau musnah sama sekali akibat serangan Israel dan sehingga kini ia tidak dapat dipulihkan.
“Sejak tahun 2000 juga, sangat sedikit ahli perubatan dari Gaza dapat menjalankan latihan klinikal mereka. Ramai pesakit tidak dapat menerima rawatan yang khusus ekoran sekatan yang dikenakan Israel menyebabkan rawatan pesakit tertunda atau terhenti,” katanya pada sidang akhbar pelancaran Radig 3 di sini, hari ini.
Pada misi Radig pertama 2010, Perdana Menteri Palestin, Dr. Ismail Heneyah mengizinkan projek itu dijalankan dan tahun lalu pula, satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara Mapim dan Kementerian Kesihatan Palestin berhubung pembinaan hospital berkenaan.
Jelas Mohd. Azmi, Mapim juga telah mewujudkan jawatankuasa teknikal yang diketuai oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszafar Shukur Sheikh Mustafa dan jawatankuasa pengumpulan dana bagi memastikan kelancaran proses pembinaan hospital tersebut berdasarkan keperluan rakyat Palestin.
Kata beliau, projek berkenaan juga secara rasminya didokong oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan dijangka siap dalam tempoh empat hingga lima tahun.
“Mana-mana pihak yang ingin menghulurkan dana terhadap projek ini boleh berbuat demikian melalui Tabung Amanah Gaza Mapim di nombor akaun Maybank Islamic 558220601374 dan orang ramai yang berhasrat menyertai Radig 3 boleh menghubungi saya di talian 019-4744856,” ujarnya.
Sementera itu, Pegawai Perhubungan Awam dan Maklumat Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Mohammad Alherbawi pula berkata, keadaan di Gaza kini semakin meruncing selepas Israel dan Mesir bertindak menghentikan bekalan minyak ke kawasan tersebut.
Kata beliau, bekalan minyak bagi menggerakkan penjana elektrik itu penting memandangkan keadaan cuaca di Gaza yang sejuk dan bersalji kini memerlukan bekalan elektrik yang secukupnya untuk memanaskan rumah penduduk di situ.
“Kami juga mempunyai masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan yang kritikal setelah bekalan dari Ramallah (Palestin) dan Mesir dihadkan sehingga ke tahap yang menggugat kesihatan kami,” ujar beliau.

27 March 2012

Sekitar Majlis Tilawah Al-Quran MTQ Peringkat Kelompok M7 (Bukit Mertajam)

Salam

SMT Seberang Perai diberikan amanah sebagai tuan rumah MTQ 2012 kali ini. Pesekitaran dan kemudahan yang ada menjadikan SMT Seberang Perai sebagai pilihan utama veneu pertandingan.
Pengetua bersama peserta lelaki pertandingan MTQ 

Kelihatan pengacara majlis sedang memanggil nama peserta pertandingan.
Peserta acara syarahan spontan dari SMT Seberang Perai sedang mempamerkan aksi spontan syarahan agama.
Gaya peserta dari SMT Seberang Perai yang menang sebagai Naib Johan Peringkat Zon Bukit Mertajam MTQ 2012.















Kelihatan barisan penganjuran Pertandingan MTQ 2012 bagi pihak Jawatan Kuasa penganjuran kali ini.

Keputusan:

Peserta dari SMT Seberang Perai merangkul kedudukan MTQ2012:

1. Tilawah al-Quran: Naib Johan
2. Hafazan : Naib Johan
3. Syarahan Spontan : Naib Johan

18 March 2012

Jalan Pintas Wanita ke Syurga

Jalan Pintas Wanita ke Syurga

Oleh Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Tersiar dalam Berita Harian pada 12/03/2012)

 

KEADILAN bagi kaum lelaki dan perempuan dipelihara dengan maha halus lagi maha teliti dari kekuasaan sifat Allah Taala. Di bawah tapak kaki masing-masing, terdapat syurga maha indah. Syurga anak lelaki atau perempuan di bawah tapak kaki ibu. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami yang ditaati. Maha kebijaksana kekuasaan Allah Taala yang mencipta hukum dan putaran ketetapan ini. Dalam menjalani kehidupan berumahtangga, terlalu berat cabaran dan masalah yang timbul sebenarnya sangat memerlukan keperihatinan untuk memahami setiap apa berlaku dengan sabar, dan penuh reda. Isteri perlu menyedari hakikat bahawa lelaki adalah pemimpin kepada rumahtangga, dan tidaklah perlu berhasrat mengambil hak mutlak ini seandainya apa yang diperintahkan oleh suami tidak bertentangan dengan syariat Islam. Firman Allah SWT: “Lelaki adalah pemimpin bagi wanita dengan kelebihan diberikan oleh Allah SWT” ( Surah An-Nisa: ayat 34).
Suami mempunyai ruang-ruang perlu dipenuhi untuk menunaikan kewajipan lain yang diperintahkan oleh Allah Taala, seperti kewajipan menjaga orang tua, menunaikan fardu kifayah seperti menguruskan jenazah, melaksanakan hak kejiranan, hak kemasyarakatan serta ada kewajipan bersama dalam peranan dan tanggungjawab menjaga hal keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat. Selain, terdapat tuntutan utama iaitu berdakwah di jalan Allah mengikut kemampuan. Hakikat ini perlu difahami isteri tentang kewajipan besar suaminya bukan sekadar kepada keluarga namun kepada agama, bangsa dan tanah air.
Nusyuz atau perbuatan derhaka oleh isteri sebagaimana difahami oleh masyarakat kita hari ini hanya berlaku sekiranya isteri enggan menunaikan permintaan suami ke tempat tidur tanpa alasan munasabah. Mengikut hukum syarak, keenganan isteri boleh dikatakan derhaka. Ketidakperihatan isteri terhadap keinginan dan seks suami berupaya melahirkan bibit-bibit perselisihan faham, prasangka dan sekiranya dibiarkan berlarutan nescaya menyumbang berlaku keretakkan dalam rumahtangga. Terlalu besar dosa bagi isteri yang enggan melayan kemahuan suami sebagaimana hadis:
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, dia enggan, lalu suaminya tidur dalam keadaan marah, para malaikat melaknatnya hingga ke subuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini secara jelas menunjukkan bahawa isteri perlu memberikan layanan yang paling baik, sopan dan manis kepada suami untuk tidur bersama-sama semoga terhindar dari apa dikatakan derhaka. Syurga dijanjikan kepada para isteri yang melayani kemahuan seks suaminya dengan baik sehinggakan suaminya tidur dengan senang. Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya:
“Mana-mana wanita yang tidur dalam keadaan diredai suaminya maka dia berhak mendapat syurga”. (Riwayat Tarmizi, Ibn Majah)
Sikap menolak kehendak suami secara kerap tanpa ada sebab munasabah, bakal merubah emosi lelaki tidak keharuan, tidak terkawal dan membentuk tindakan kasar serta sukar mengawal kemarahan ditambah lagi dengan kemunculan bisikan iblis yang bertambah mudah membakar kemarahan agar menjadi lebih parah.
Lihatlah betapa besarnya ganjaran kepada isteri yang mentaati perintah suaminya. Sikap merendah diri para isteri untuk menghormati dan melayani kehendak dan keperluan suami amatlah dituntut kerana kaum perempuan paling mudah untuk masuk syurga dengan hanya mentaati suami sebagaimana dijanjikan Allah Taala.
Kaum lelaki sebenarnya dipertanggungjawabkan oleh Allah Taala dengan pelbagai tugas, selain ketua dalam menguruskan rumahtangga yang merangkumi kewajipan mentarbiah isteri dan anak-anak supaya akur dengan penghidupan Islam dari segi ibadat wajib yang ditunaikan serta kewajipan lain seperti menutupi aurat.
Kegagalan suami menegur dan mengawal dengan membiarkan anak dan isterinya terbiar aurat di mata masyarakat serta tidak menghalang batas-batas pergaulan anak di bawah jagaan adalah satu dosa yang tak tertanggung.
Kaum lelaki ditaklifkan oleh Allah dengan pelbagai tanggungjawab, bukan sekadar pemimpin kepada sebuah rumahtangga namun, ada tugas lain yang dituntut dalam Islam. Antara pokok persoalan yang bakal didepani di hadapan Allah Taala untuk sampai ke pintu syurga adalah tentang tugas lain sebagai khalifah di muka bumi seperti tanggungjawab dakwah terhadap agamanya, usia muda yang digunakan. Apakah tanggungjawab terhadap saudara seagama yang lain sewaktu hayatnya, sumbangan kepada negara dan sebagai pemimpin yang punya pelbagai persoalan mesti dijawab.
Beban begitu banyak sebenarnya perlu dipikul oleh kaum lelaki di atas muka bumi ini bukan setakat beban tugas sebagai suami atau bapa kepada anak-anaknya merangkumi aspek-aspek yang lain termasuklah kemestian solat berjemaah di masjid, berbuat baik kepada jiran tetangga, keperihatinan kepada golongan miskin, serta keperluan berfungsi sebagai anggota masyarakat serta adanya kewajipan melaksanakan fardu kifayah seperti menguruskan kematian, melaksanakan amal maaruf dan nahi mungkar bahkan adanya pelbagai tuntutan lain yang harus disedari. Maka, agak sukar bagi kaum lelaki memasuki syurga Allah Taala selagi perkara-perkara ini tidak dilaksanakan.
Lantaran, saranan dan peluang kepada kaum wanita untuk memasuki syurga Allah dengan harus diberikan perhatian dan menjadi keutamaan. Tiada jalan mudah ke syurga melainkan memerlukan pengorbanan dan keimanan yang kuat selain, mentaati suami adalah jalan alternatif membolehkan sampai ke syurga dengan cepat. Namun demikian kaum wanita juga perlu menjaga hal fardu yang lain seperti solat dan mengekalkan kehormatan diri dengan akhlak sempurna bersama memastikan aurat terjaga sebagai syarat yang lain perlu dipatuhi sebagaimana hadis: Sabda Rasulullah: “Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti dia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya.” (Riwayat Ibnu Hibban)

07 March 2012

Doa-Doa Dari Al-Quran: Minta Pertolongan Dari Allah

Para pelajar yang dirahmati Allah,

Sewaktu membaca al-Quran, saya dipertemukan dengan petikan doa dari Surah al-Israr ayat 80. Satu ayat sahaja namun maksudnya cukup bermakna untuk dibaca setiap pagi. Mudahan dapat memberikan manfaat bersama. Marilah kita hafaz dan amalkan bacaan. Satu huruf al-Quran sepuluh pahala. 

(Dan katakanlah: "Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong) - surah al-Israr ayat 80.

06 March 2012

Soalan Ujian Bulan Mac Pendidikan Islam Tingkatan 5 SMT Seberang Perai 2012


UJIAN BULAN MAC 2012
Pendidikan Islam Tingkatan 5
Sek Men Teknik Seberang Perai Pulau Pinang
Nama Pelajar: ______________________________________________________      
                                                   (Masa 1 jam 30 Minit)
 



Bahagian A: (Isi Tempat Kosong di Ruangan Disediakan dan Jawab Semua Soalan)

1. Manusia memerlukan pasangan kerana ………………… dan konsep perkahwinan merupakan jalan terbaik kepada manusia untuk hidup bahagia

2. Perkahwinan dari segi istilah ialah …………………….yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain yang memberi makna nikah, menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.

3. Firdaus bin Izzat berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta dikhuatiri melakukan zina kerana tidak dapat mengawal hawa nafsu. Hukum berkahwin bagi dirinya ialah …………………………. .

4. Golongan yang tidak mampu memberikan nafkah tetapi ada keinginan beristeri. Hukum baginya  adalah ……………………… .

5. Di Malaysia, terdapat sistem perkahwinan digubal secara teratur di bawah undang-undang khusus yang wajib dipatuhi oleh setiap orang Islam. Undang-undang ini dinamakan…………………………………………………………………………….

6. Wanita yang haram dikahwini ada tiga golongan iaitu kerana faktor keturunan, penyusuan dan ……………………………..

7. Ibu saudara merupakan wanita yang haram dikahwini kerana faktor  …………………

8. Wan Alif bin Wan Hamid telah mengambil perempuan yang sedang hamil kerana perzinaan sebagai isteri. Hukumnya ........................... selagi perempuan belum melahirkan anak dari perut yang dikandung. (Sah/Tidak Sah)

9. Antara syarat menjadikan bayi disusukan dikatakan anak susuan apabila menyusu lima kali kenyang dan bayi tersebut mestilah berusia kurang dari ........................ tahun.

10. ............................. ialah proses awal dalam memilih calon isteri yang sesuai dan menepati ciri-ciri dikehendaki oleh seseorang.

11. Wali yang berkuasa mutlak menikahkan anak perempuan tanpa persetujuan disebut sebagai wali ..................................

12. Mahar ...................................... ialah ditentukan mengikut persetujuan kedua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan.

13. Hukum pemberian mahar dari suami kepada isteri adalah .................................

14. Hukum mengadakan majlis walimatulurus  adalah ..............................................

15. Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keenganan atau hilang kelayakan wali nasab untuk mengahwinkannya disebut sebagai wali ................................. .

16. Syarat bagi isteri yang dikahwini ialah beragama Islam atau .................................., bukan isteri orang, perempuan, bukan dalam iddah talak raj’ie, bukan dalam ihram haji atau umrah dan bukan mahram kepada isteri. 

17.  Saya terima nikahnya, Aizatul Shima bt Abdul Kadir dengan mas kawin RM 4000 ringgit tunai. Lafaz yang diucapkan ini disebut sebagai …………………………….

18. Wali engan mewalikan pernikahan seseorang perempuan. Dalam keadaan ini perempuan itu boleh meminta wali ............................. untuk membolehkan bernikah melalui permohonan di Mahkamah Syariah teedekat.

19. Wali dari kalangan sepupu kepada perempuan dinamakan wali ....................................

20. Antara asas kebahagian dalam rumah tangga dalam Islam ada dua perkara iaitu pertamanya Mawadah Warahmat bermaksud kasih sayang dan kasihan belas. Keduanya Mu’asarah bil Makruf iaitu  bermaksud .......................................... 

21. Musaharah bermaksud ...............................................

22. Hukum menikahi ibu tiri dan ke atas yang belum disetubuhi bapa adalah .............................
(Sah/Tidak Sah)

23. Hukum menikahi anak tiri yang belum disetubuhi ibunya ialah ...............................  
(Sah/Tidak Sah)

24. ................................. ialah wali yang hampir dengan perempuan tersebut termasuklah bapa dan datuk.

25. Kenduri kahwin (walimatulurus) wajib dihadiri jika tiada ................................... seperti sakit, jarak terlalu jauh, dan terancam keselamatan.

26. ........................................................ ialah bermaksud kemanisan iman.

27. Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah kumpulan berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah, perkara yang dibawa oleh para sahabat, dan menentang ...................................

28. Antara pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah berpegang dengan prinsip ulama ...................................................................

29. Nama Ahli Sunnah wal-Jamaah secara rasmi dimahsyurkan oleh Abu Hasan al-Shaari dan ............................................................................

30. Pelaku dosa besar dalam akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah dianggap sebagai .............................................

31. Pelaku dosa besar bagi mazhab al-Khawarij ialah dianggap sebagai .........................

32. Syiah terbahagi kepada tiga golongan iaitu Syiah  ............................................., Syiah Zaidiyah, dan Syiah Batiniah.

33. ....................................... ialah orang yang tidak memiliki sebarang agama.

34. Syiah Batiniah telah menganggap Saidina Ali bin Abi Thalib sebagai ..........................

35. Nama lain bagi Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah, ahli hadis, al-Jama’ah dan ..................................

36. Kumpulan ini berpegang bahawa orang beriman akan dapat melihat Allah SWT di akhirat kelak. Kenyataan ini merujuk kepada kumpulan ......................................................

37. Pelaku dosa besar berada di tengah keimanan dan kekufuran.  Kenyataan ini merujuk kepada kumpulan ......................................................

38. Menyakini imam mereka Muhammad bin Hanafiah masih hidup hingga sekarang. Kenyataan ini merujuk kepada kumpulan ......................................................

39. Membataskan sumber syariat kepada al-Quran sahaja. Kenyataan ini merujuk kepada kumpulan .....................................................

40. ......................................... ialah kaum keluarga Rasulullah SAW.
                                                                                                    (Bahagian A: 40 markah)

Bahagian B:  (Jawab Semua Soalan di Ruangan Disediakan)
1. Nyatakan dua kelebihan dan galakan berkahwin dalam Islam?
 i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________
                                                                                                                        (2 markah)
2. Sebutkan dua hikmah disyariatkan perkahwinan dalam Islam?
i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________
                                                                                                                            (2 markah)
3. Sebutkan dua sebab mengapa umat Islam diwajibkan memberikan perlindungan kepada orang kafir yang meminta perlindungan?  
i. ______________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
                                                                                                                          (4 markah)
4.Nyatakan dua jenis golongan kafir?
i. ________________________
ii. ________________________
                                                                                                                        (2 markah)

5. Sebutkan empat badan atau pertubuhan yang menjaga kepentingan orang bukan Islam?
i. ________________________
ii. ________________________
iii. _________________________
iv. _________________________                                                                                                                                                                                                                  (4 markah)
6. Jelaskan maksud perantau?
i. ______________________________________________________________________
                                                                                                                        (2 markah)

7. Sebutkan tiga teknik pengurusan masa yang efektif sebagai seorang pelajar?

i. ______________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________________
                                                                                                                          (3 markah)
8. Nyatakan satu persamaan antara seorang perantau dengan kehidupan manusia di atas muka bumi?
i. _____________________________________________________________________
                                                                                                                        (1 markah)
                                                                                               
(Bahagian B: 20 markah)


Disediakan oleh:

.................................
(En. Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar)
Guru Panitia Pendidikan Islam

Disemak oleh:

................................
(En. Muhd Hishamuddin bin Hashim)
Ketua Panitia Pendidikan Islam

Disahkan oleh:

.................................
(En Mohd Zakaria bin Mat Adam)
Guru Kanan Kemanusiaan

04 March 2012

Injil berusia 1500 thn menunjukkan kebenaran

Injil berusia 1500 thn SAHKAN Muhammad Rasulullah !

ALLAHUAKBAR..
Satu naskhah kitab Injil berbahasa Arami berumur lebih 1500 telah ditemui di Turki...mengandungi pernyataan Nabi Isa a.s bahwa Muhammad adalah sebagai RASUL yg akan datang selepasnya!

kejadian ini benar2 telah menggemparkan pusat kristian dunia di Vatican, Rome.

NASKHAH injil tersebut sebenarnya sudah ditemui sejak 12 tahun lalu...namun atas desakan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan...kerana bimbang ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad( Muhammad)SAW.
 

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU