15 May 2013

Antara Rakan-Rakan & Kehidupan Berumahtangga

Salam malam,
Aku melihat kegelapan - di sana, di hadapan mata; bintang-bintang cantik mewarnai malamku di sini.

Seorang rakan sewaktu pengajian, membesar bersama di rumah sewa, bersama ke kuliah, selain sepanjang malam menghabiskan usia muda dengan aktiviti kemudaan di kampus kini semuanya berjauhan. Kerjaya memisahkan segala-gala menjadi jauh dan berbeza.

Nik Kus, rakanku paling baik berkongsi isi hati kini berada di Sabah. Madraouf, rakanku yang agak bijak dalam kampus sedang berada di Pulau Bangi, Sabah - juga di Sabah.
Rakan-rakan masih dalam ingatan kerana mulia budinya Nasrul, Hanafiah, Sukri, Hassan, Jimadie, Fahmi, Faris, dan Rahim, seumpama menyegar dalam sudut khas waktu mudaku untuk dikenang. Perkenalan dengan kalian menjadikan hidupku lebih bererti. Muhd Mydin kini di Teluk Intan, Perak tentunya rakan yang membuatkan aku mengenali dunia yang leper yang akhirnya kami akan ketawa sepanjang hayat.
Aku teringat akan gelagat mereka yang kininya bergelar guru. Sudah pasti Tarmimi di sabah lebih terserlah jiwa pendidiknya. Mudahan, meraikannya hari guru ini adalah besar pengertian yang mungkin pelajar tidak memahami hakikat yang tersembunyi di luhur hati. Pengorbanan hanyalah dimengertikan oleh guru yang benar-benar memahami falsafah tertanam di balik sebutannya.

Kehidupan kini kian berbeza dan semakin jauh, untuk isteri dikasihi dan anak-anak yang diharapkan tumbuh, membesar dan menyinarkan kewujudannya.
Coretan hati kecil: Muhd Shatar

Al-Fatihah Yang Perlu Diperbetulkan

Salam muhibbah,

Esok 16 Mei - hari perayaan buat semua guru, maka raikanlah sebagai tanda penghargaan buat semua bekas guru, guru sedang bertugas serta bakal guru di IPG atau mana-mana pusat pengajian.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang memuatkan bahan tatapan berfaedah untuk dikongsi. Lantas, saya cuba menyampaikan bahan ini ke dalam blog saya. Mudah-mudahan pelajar di  SMV Seberang Perai dapat memanfaatkan dan kepada para pelajar lain diharapkan turut memberikan perhatian kerana bacaan al-Fatihah wajib diperbetulkan agar solat semakin sempurna.

Sila lihat penerangan ini:
1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."

2. Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"

5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ

7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."

8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"

9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".

11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".

16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.

17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ

18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ

21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.

24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang memuatkan bahan ini.

Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU