10 July 2010

Esq: Jalan Alternatif Memberi Kesedaran Keagungan Allah SWT

Sepanjang mengikut penggembaraan bersama modul ESQ 165 yang penuh dengan debaran dan bukti kebenaran Al-Quran yang diperlihatkan dengan penuh makna dan segar.

ESQ 165 bagi sesiapa yang pernah mengikuti akan mengakui betapa besar kesannya kepada kesedaran sebagai hamba Allah yang telah lama jauh dari bukti-bukti kebenaran Al-Quran.

ESQ 165 yang merujuk kepada penemuan Dr Ary Ginanjar dengan syarikatnya cukup berbeza dengan modul ESQ dari syarikat motivasi lain yang turut menghasilkan modul ESQ.

Kelainan inilah yang diperlukan kerana ESQ 165 mampu memulihkan kesedaran generasi muda untuk melihat Islam sebagai gaya hidup yang sebenar.

Kenyataan dari Mufti Wilayah Persekutuan yang mengharamkan ESQ 165 adalah satu pilihan yang sukar memandangkan di negara kita masih kekurangan program yang boleh memulihkan kesedaran untuk mentaati agama dan mengagungkan al-Quran.

Apapun, pandangan Mufti Wilayah Persekutuan perlu diambil kira untuk menjadikan pihak Management ESQ 165 akan berhati-hati dalam menguruskan modul yang sedia ada.


Cetusan pendapat oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Mencari Solat Yang Sempurna

DIRIWAYATKAN pada zaman dulu ada seorang ahli ibadat bernama Isam bin Yusuf yang terkenal warak serta sentiasa khusyuk dalam mengerjakan solat.
Bagaimanapun, sebagai manusia, Isam selalu tertanya mengenai ibadat yang dilakukan berikutan khuatir ia tidak khusyuk menyebabkan dia sering bertanya kepada ahli ibadat lain bagi memperbaiki dirinya.
                  Namun, pada satu hari, Isam menghampiri seorang abid bernama Hatim Al-Assam lalu bertanya: “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan mengerjakan solat?” Lalu dijawab Hatim: “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.” Kerana ingin mengetahui lebih lanjut, Isam bertanya: “Bagaimana pula caranya wuduk zahir dan batin itu?” Dijawab oleh Hatim: “Wuduk zahir adalah sama seperti kita membasuh anggota dengan menggunakan air tetapi wuduk batin adalah dengan membasuh seluruh anggota badan menerusi tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak terlalu mencintai dunia, tidak berharap pada pujian, meninggalkan sifat bangga, meninggalkan sifat khianat dan menipu, serta meninggalkan sifat dengki.” Seterusnya, Hatim berkata: “Apabila sesudah aku berwuduk zahir dan batin, lalu aku terus ke masjid, aku kemaskan anggota tubuhku dan terus menghadap kiblat dengan perasaan aku menghadap Allah SWT, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku dan malaikat maut di belakangku.
                   “Sesudah itu, aku bayangkan berdiri di atas titian Siratul Mustaqim dengan menganggap solatku ini adalah solat yang terakhir, lalu aku berniat dan bertakbir dengan sebaik-baiknya.
“Ketika di dalam solat, aku menghayati bacaan dan doa yang diucapkan, aku pastikan aku memahami maksudnya sebelum aku rukuk dan sujud dengan penuh tawaduk, lantas aku bertasyadud dengan sepenuh keikhlasan hati. Beginilah caranya aku bersolat selama 30 tahun,” katanya.

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU