25 June 2013

KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI PULAU PINANG. ERA BARU BERMULA MENJELANG 2014

Salam perkongsian、
Akhirnya SM Vokasional Seberang Perai Pulau Pinang telah berubah nama. Kini akan dikenali Kolej Vokasional Seberang Perai Pulau Pinang (KVSPPP).
Menjelang tahun 2014 segalanya akan dirasmikan penubuhannya. Sejarahnya tetap dikenang. Sejak bermulanya sekolah ini pada tahun 2002 dengan nama SM Teknik Seberang Perai Pulau Pinang (SMTSPPP). Hampir 12 tahun beroperasi sebagai sekolah menengah teknik telah meyaksikan pelbagai pengalaman dan sejarahnya tersendiri. Hanya warganya lebih mengetahui dan menyimpan cerita manis dan pahitnya. 
Pandangan hadapan dari lobi bangunan Kolej Vokasional Seberang Perai Pulau Pinang yang baru disiapkan.

Idea penubuhan Kolej Vokasional (KV) tidak lain bagi membantu pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik. Seterusnya berusaha melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang lain.

20 June 2013

Usah Fanatik dengan Menjadikan Pemain Bola Antarabangsa Sebagai Idola

Salam Khamis yang membahagiakan,

Esok, hari jumaat yang dinantikan.Buat para pelajar dan seluruh remaja dan pembaca sekalian,
Bola sepak adalah sukan yang diharuskan jika tidak bersalahan dengan hukum agama. Berniat menjadi pemain bola tiada salahnya selagi tahu batas-batas sebagai pemain bola beragama Islam. Amat payah untuk melihat pemain bola dalam Liga Malaysia memakai seluar biarpun dua lapis yang menutup paha. Di Kelantan yang diketuai ulamak puntidak pernah menasihati pemain Kelantan agar menjadi contoh pasukan bola sepak yang beriman. Bermain dalam keadaan menutupi aurat. Ada caranya...

Bagi peminat bola, meminatinya pun tiada salahnya selagi tidak meninggalkan solat atau mengabaikan beban syariat yang lain. Cukup mengecewakan apabila ramai belia atau muda-mudi menonton bola sampai lewat malam atau hujung pagi lalu gagal menunaikan solat subuh. Inilah golongan yang rugi dan menyesal di akhirat kerana melakukan perkara sia-sia.

Karim Benzema dan Ribery akan dihukum kerana meniduri pelacur bawah umur.
Semua remaja akan menzikiri nama-nama besar seperti Ronaldo (Brazil), Cristino Ronaldo, Rooney, Ribery dan Karim Benzema serta lain-lain pemain lagi yang berbakat dan mengkagumkan. Alangkah rosaknya manusia ini dari segi akhlaknya. Buktinya saya petik dari akhbar Berita Harian (20.06.2013):

Dokumen mahkamah mendakwa Ribery membayar Zahia Dehar £600 (RM2,961) untuk mengadakan hubungan seks di sebuah hotel pada 2009, manakala Benzema disyaki membayarnya £400 (RM1,974) untuk tujuan sama pada 2008.



Inilah salah satu kerosakan sahsiah pemain bola. Adakah anda sanggup melihat idola anda ialah....


Coretan: Muhd Shatar

17 June 2013

Kebesaran Allah: Hafaz Al-Quran - Otak Tak Retung dan Jasad Masih Segar

Salam Isnin yang agak tenang,

Sebaik 3 hari 2 malam berada di Langkawi kerana mengiring para pelajar terpilih untuk mengikuti lawatan asrama ke ke sana - saya kembali memasuki semula dunia saya. Yakni menulis blog.

Cerita dari pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu yang mengalami keajaiban lantaran syahid dalam satu kebakaran di bangunan asrama pada hari Sabtu lalu (15 hb Jun 2013 pada jam 1.50 pagi) memang perlu dijadikan iktibar.

Jarak Tikam Batu dari kediaman saya tidaklah jauh dan tidaklah dekat - lebih kurang 50 km secara anggaran. Jadi peristiwa ini hampir sekali dengan pelajar sekalian di sini. Kalian para pelajar SMV Seberang Perai.

Kematian Aiman Nurhakim Yahya, 13 yang dikatakan pelajar sangat baik, berdisiplin dan rajin belajar lebih-lebih lagi menghafal al-Quran. Dia telahpun berjaya menghafal satu juzuk al-Quran dan kini mulai memasuki juzuk yang seterusnya. 

Menurut  doktor pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad arwah Aiman dikatakan otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.
Ustaz Anuar sedang melihat barang arwah tidak terbakar meskipun semua perkakas lain hangus dalam kebakaran tersebut
Memetik kata-kata Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata seperti yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian;

Kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri. “Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,”

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,”
tambahnya lagi.

Coretan: Muhd Shatar

12 June 2013

Islam Agama Rasmi Di Malaysia

Salam Perpaduan Ummah Islam,

Salam 1 hati,  yang inginkan negara kita sentiasa dalam permai dan agama Islam terus ditegakkan seperti mana dipersetujui suatu masa dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan. Sikap bertolak ansur orang melayu untuk menerima golongan pendatang iaitu kaum cina, India, Bengali, Sikh dan lain-lain kaum adalah satu pengorbanan yang tiada tolok banding ikhlas di Tanah Melayu yang kini dikenali Malaysia.
Selain sikap orang melayu merelakan tanah seinci demi seinci dimiliki oleh kaum lain membuktikan orang melayu tiada sedikitpun ragu-ragu terhadap keinginan kaum lain (pendatang) yang menjadikan Tanah Melayu sebagai kediaman rasmi, mewah dan selesa.
Bahkan banyak bandar-bandar telahpun dikuasai oleh (pendatang) ini dan mereka bebas melakukan aktiviti meningkatkan ekonomi mereka dan membantu menyumbang kepada kemajuan negara.
Sebagai pemegang politik tanah air sejak merdeka pemimpin melayu sentiasa membenarkan kebebasan terhadap kaum Cina, dan India untuk mendapatkan hak mengamalkan budaya, agama dan sosio pendidikan secara terbuka melalui sekolah bercirikan kaum. Maka lahirlah SJK Tamil, Cina dan sebagainya.
Kebaikan ini telah menjadikan kaum Cina boleh mengamalkan kecinaan secara terbuka, bebas dan mandiri di Tanah Melayu . Memetik kata-kata Prof. Dr. Teo Kok Seong pada Program Bicara Eksekutif Budaya 2013 di Kuantan yang tersiar dalam Mingguan Malaysia (9.6.2013).
`Beliau secara terbuka mengingatkan kaum Cina terutama Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya sedar tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum itu teruu s hidup sebagai Cina kecuali Malaysia.`
Justeru, keikhlasan orang melayu membuka ruang tolak ansur kepada semua kaum pendatang untuk sama-sama menikmati ruang di tanah air Malaysia ini harus disedari dan dihormati. Janganlah usik sentimen hak istimewa orang melayu yang sememangnya berhak ke atas Tanah Melayu warisan melayu turun temurun dan Islam agama rasmi tanah air yang telah lama berkumandang di corong pembesar suara surau dan masjid. Mengapa dulu boleh diterima sebagai kebiasaan dan kini mereka mula mempertikaikan segala secara beransur-ansur…

Coretan untuk bangsa: Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU