12 June 2013

Islam Agama Rasmi Di Malaysia

Salam Perpaduan Ummah Islam,

Salam 1 hati,  yang inginkan negara kita sentiasa dalam permai dan agama Islam terus ditegakkan seperti mana dipersetujui suatu masa dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan. Sikap bertolak ansur orang melayu untuk menerima golongan pendatang iaitu kaum cina, India, Bengali, Sikh dan lain-lain kaum adalah satu pengorbanan yang tiada tolok banding ikhlas di Tanah Melayu yang kini dikenali Malaysia.
Selain sikap orang melayu merelakan tanah seinci demi seinci dimiliki oleh kaum lain membuktikan orang melayu tiada sedikitpun ragu-ragu terhadap keinginan kaum lain (pendatang) yang menjadikan Tanah Melayu sebagai kediaman rasmi, mewah dan selesa.
Bahkan banyak bandar-bandar telahpun dikuasai oleh (pendatang) ini dan mereka bebas melakukan aktiviti meningkatkan ekonomi mereka dan membantu menyumbang kepada kemajuan negara.
Sebagai pemegang politik tanah air sejak merdeka pemimpin melayu sentiasa membenarkan kebebasan terhadap kaum Cina, dan India untuk mendapatkan hak mengamalkan budaya, agama dan sosio pendidikan secara terbuka melalui sekolah bercirikan kaum. Maka lahirlah SJK Tamil, Cina dan sebagainya.
Kebaikan ini telah menjadikan kaum Cina boleh mengamalkan kecinaan secara terbuka, bebas dan mandiri di Tanah Melayu . Memetik kata-kata Prof. Dr. Teo Kok Seong pada Program Bicara Eksekutif Budaya 2013 di Kuantan yang tersiar dalam Mingguan Malaysia (9.6.2013).
`Beliau secara terbuka mengingatkan kaum Cina terutama Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya sedar tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum itu teruu s hidup sebagai Cina kecuali Malaysia.`
Justeru, keikhlasan orang melayu membuka ruang tolak ansur kepada semua kaum pendatang untuk sama-sama menikmati ruang di tanah air Malaysia ini harus disedari dan dihormati. Janganlah usik sentimen hak istimewa orang melayu yang sememangnya berhak ke atas Tanah Melayu warisan melayu turun temurun dan Islam agama rasmi tanah air yang telah lama berkumandang di corong pembesar suara surau dan masjid. Mengapa dulu boleh diterima sebagai kebiasaan dan kini mereka mula mempertikaikan segala secara beransur-ansur…

Coretan untuk bangsa: Muhd Shatar