17 November 2012

Makluman Kepada Pembaca dan Para Pelajar

Salam Maal Hijrah

Segala soalan sama ada ramalan atau apa sahaja tips disiarkan di laman blog ini hanyalah sekadar ingin memberikan kefahaman tehadap perkara-perkara tertentu dalam peperiksaan. Para pelajar digalakkan membaca keseluruhan sukatan pelajaran Pendidikan Islam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Jangan terlalu mengharapkan kepada ramalan tetapi perkuatkan hafalan dan pembacaan semua perkara, fakta dan istilah..  Mudahan anda akan berjaya..

Oleh: Muhd Shatar

Sajak Buat Para Ibu Di Palestin

Sajak Buat Para Ibu Di Palestin

Kulihat dirimu
sesukar sewaktu berteriak senyap
menerbitkan seorang bayi penuh harap
dengan penuh manja
tertiarap
di sisi dalam dakapan, dan mimpi
seorang ibu
ingin melihat anak membesar
dan terus membesar
seperti pemuda
atau gadis taat beriman
tekun mengadap Ilahi
di pagi sunyi.

Kulihat dirimu
setabah Mariam di bawah naungan tamar
para bidadari mengepung emosi
sebujur wajah didukungi penuh kasih
kanak-kanak syurga bakal memberimu
kebahagiaan di sana
Ingatlah, Tuhan amat mengerti
setiap kezaliman mereka
terbalas jua suatu masa
berdoalah dengan penuh harap.
Moga Tuhan segerakan pembalasan

Kulihat dirimu
ke dalam jauh diriku.

Nurkilan:

Anjan Ahzana
Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.


SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU