Sajak Buat Para Ibu Di Palestin
Kulihat dirimu
sesukar sewaktu berteriak senyap
menerbitkan seorang bayi penuh harap
dengan penuh manja
tertiarap
di sisi dalam dakapan, dan mimpi
seorang ibu
ingin melihat anak membesar
dan terus membesar
seperti pemuda
atau gadis taat beriman
tekun mengadap Ilahi
di pagi sunyi.
Kulihat dirimu
setabah Mariam di bawah naungan tamar
para bidadari mengepung emosi
sebujur wajah didukungi penuh kasih
kanak-kanak syurga bakal memberimu
kebahagiaan di sana
Ingatlah, Tuhan amat mengerti
setiap kezaliman mereka
terbalas jua suatu masa
berdoalah dengan penuh harap.
Moga Tuhan segerakan pembalasan
Kulihat dirimu
ke dalam jauh diriku.
Nurkilan:
Anjan Ahzana
Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Blog e-Pendidikan Islam ini dibangunkan bagi menyebarluaskan pembelajaran Pendidikan Islam dan penyemaian akar keagamaan di kalangan pelajar di Kolej Vokasional Seberang Perai, Bukit Minyak 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang (dahulu dikenali SM Vokasional Seberang Perai) dan kepada semua pelajar lain. Segala pertanyaan, komen dan cadangan boleh diemelkan kepada muhd@live.com.my
17 November 2012
SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU
- ▼ 2012 (108)
- ► 2010 (172)