27 February 2010

Sehari 1Buku: Indahnya Hidup Bersyarat

Setelah mendapatkan buku ini di kedai buku Stay Alive, Krico Bukit Minyak, aku melaungkan masa untuk memahami dari bab ke bab.
Keseluruhan kewajipan asas bagi penganut Islam dimasukkan ke dalam buku ini dengan lengkap. Buku Indahnya Hidup Bersyarat susunan Dato Ismail Kamus dan rakannya disertai dengan gambar yang menarik bersama halaman kertas yang berkualiti tinggi amat sesuai untuk kategori remaja dan golongan yang belum melaksanakan perkara asas dalam agama serta bagi mereka yang ingin meletakkan asas agama dalam kehidupan mengakari rutin harian.
Harganya mungkin terlalu tinggi namun kualitinya terjamin. Buku ini berharga RM50.00 sahaja sebagai salah satu tiket untuk ke syurga Allah berbanding sejumlah wang yang dibelanjakan ke jalan yang belum pasti diredhai Allah SWT.
Pengalaman membaca oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

24 February 2010

Sehari 1Hadis: Ajal Tidak Akan Sampai Selagi Rezeki Belum Sampai

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”
(Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani)





Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

23 February 2010

Sehari 1Hadis: Rajin Bersedekah


ASMA’ menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma):
“Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah sehingga menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu. Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

22 February 2010

Sehari 1Hadis: Muka Yang Manis Apabila Bertemu


Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”

(Ahmad)

11 February 2010

Sehari 1Hadis: Keredhaan Suami Menjanjikan Syurga Kepada Isteri


Rasulullah s.a.w bersabda:
maksudnya:
“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”

Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah
Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

09 February 2010

Sehari 1Hadis: 7 Dosa Yang Boleh Membinasakan


Para Pelajar Sekalian,

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.


Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?”


Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

Riwayat Muslim
Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

08 February 2010

Tasbih Kifarah: Doa Penutup Majlis


Pada setiap kali majlis diadakan, pengerusi majlis akan menutup majlis dengan mengajak semua hadirin mmbaca tasbih kirafah, ada yang tahu akan membaca ada yang tak tahu akan buat-buat membaca. Jadi hafazlah doa tasbih kifarah ini.
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:‘-Ayat Tasbih Kifarah-‘Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.


AYATNYA:

" Subhanakallah humma wabihamdika Asyadu an la ilaha illa anta astaghfiruka waatubu illaik" .


MAKSUDNYA:“Maha Suci engkau Ya Allah dan aku naik saksi Tiada Tuhan Melainkan Engkau dan aku memohon ampun serta taubat kepadaMu”


Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

04 February 2010

Sehari 1Hadis: Keutamaan Ibadat Korban

Hadis:
Maksud Hadith;“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”. (at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

02 February 2010

Fosforus: Kezaliman Yang Amat Jahat Dari Izrael

Memetik fakta dari Kosmo (02.02.10) berbunyi:
Pada 15 Januari 2009 apabila tentera Israel membedil peluru fosforus ke pekarangan ibu pejabat agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza. Undang-undang antarabangsa melarang penggunaan peluru fosforus di kawasan awam kerana ia boleh menyebabkan mangsa melecur teruk.
Aduhai para pelajar sekalian.Mari kita tangisi bersama doa untuk rakyat Palestin. Semoga mereka beroleh rahmat dan sejahtera.
Bayangkan inilah suasana sekolah di Palestin sebaik sahaja serangan bom fosforus


Wanita diragut kesucian dalam diam tanpa pembelaan


Inilah kekejaman yang paling nyata Izrael.











Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Sehari 1Hadis:Tutup Mulut Ketika Menguap


Senyum itu indah dan perlu difahami sebagai sedekah yang bernilai. Orang yang jauh bila sampai ke tempat yang baru memerlukan
Senyum,
Orang yang punyai masalah memerlukan
Senyum
Orang yang dalam tiada teman amat memerlukan senyum anda.
Namun menguap memerlukan:
Anda Tutup Mulut,
Hadis:

Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.”

(Muslim)

01 February 2010

Siri Kebenaran al-Quran 2: Teori Big Bang @ Letupan Kuat Langit & Bumi

Salam Kebenaran.
Mari kita saksikan kebenaran, demi kebenaran al-Quran sebagai wahyu Allah:

Melihat petikan dari artikel pemikir Islam Harun Yahya: Big Bang, Ledakan yang Menghancurkan Paham Materialisme (1),





Pada tahun 1989, NASA mengirimkan satelit Cosmic Background Explorer. COBE ke ruang angkasa untuk melakukan penelitian tentang radiasi latar kosmis. Hanya perlu 8 menit bagi COBE untuk membuktikan perhitungan Penziaz dan Wilson. COBE telah menemukan sisa ledakan raksasa yang telah terjadi di awal pembentukan alam semesta. Dinyatakan sebagai penemuan astronomi terbesar sepanjang masa, penemuan ini dengan jelas membuktikan teori Big Bang. Bukti penting lain bagi Big Bang adalah jumlah hidrogen dan helium di ruang angkasa. Dalam berbagai penelitian, diketahui bahwa konsentrasi hidrogen-helium di alam semesta bersesuaian dengan perhitungan teoritis konsentrasi hidrogen-helium sisa peninggalan peristiwa Big Bang. Jika alam semesta tak memiliki permulaan dan jika ia telah ada sejak dulu kala, maka unsur hidrogen ini seharusnya telah habis sama sekali dan berubah menjadi helium. Segala bukti meyakinkan ini menyebabkan teori Big Bang diterima oleh masyarakat ilmiah. Model Big Bang adalah titik terakhir yang dicapai ilmu pengetahuan tentang asal muasal alam semesta. Begitulah, alam semesta ini telah diciptakan oleh Allah Yang Maha Perkasa dengan sempurna tanpa cacat:

Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihtatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang. (QS. Al-Mulk, 67:3)



YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH




Maka, Maha Suci Allah yang memilih anda untuk menyaksikan rahsia kalimat Agungnya dalam al-Quran. Apa yang dikaji oleh para saintis sehingga berlaku percanggahan yang benar dan sesat akhirnya dibuktikan oleh wahyu Allah: al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu.
BERSEDIAKAN ANDA UNTUK MELIHAT KEBENARAN KALIMAT ALLAH:


Baca dengan nama Tuhanmu, Yang Maha Penyayang lagi Pemurah.

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?
(Surah al-Anbiya, ayat 30)
Lihat betapa kebenaran itu, saksikan lah wahai jiwa-jiwa yang murni.

Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Siri Kebenaran al-Quran 1: Keajaiban Mawar Merah & Pecahan Bintang


Salam Kebenaran,
Mahukah anda menyaksikan kebenaran al-Quran. Jelas apa yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad pada 1431 tahun yang lalu bukan kata-katanya melainkan wahyu Allah SWT.

Maha Suci ALLAH dalam firmannya.
Gambar di sebelah merupakan gambar salah satu dari jutaan bintang yang diambil dengan teleskop yang paling canggih oleh para saintis.
Menakjubkan! Apa yang dinyatakan oleh oleh dalam kitab al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu terbukti kebenaran, mengalahkan kajian para saintis yang bertungkus lumus menyelidiki angkasaraya. Mari kita saksikan kebenaran kalimah ALLAH SWT.


Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.

Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak. (Surah al-Rahman, ayat 37)








ALLAH YA ALLAH, ALLAH YA ALLAH




Cuba bayangkan:
Rahsia kecantikkan Mawar Merah, adalah lahir inspirasi kejadian letupan besar (Big Bang) yang telah ditemui oleh para saintis yang mengatakan telah berlaku letupan besar di alam semesta ini - yang akhirnya menghasilkan ratusan juta nebula-nebula yang seakan-akan mawar merah jika dihayati bagi orang yang menghargai nilai estetika keindahan dalam makna keagungan-Nya.
Hari ini - dan dari dahulu aku mengkagumi bunga mawar merah sebagai simbol kecintaan abadi kepada seseorang yang harus dicintai, sungguh besar rahsia dari khazanah kebesaran-Mu Ya Allah.
Hari ini - aku bersaksi akan kebesaran-Mu dengan sekuntum Mawar Merah.

Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Sehari 1Hadis: Sedekah Yang Baik

Hadis Rasulullah SAW:
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.”

(al-Bukhari dan Muslim)
Susunan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU