23 August 2011

AIDIL FITRI YANG MULIA DALAM AKHLAK TERPELIHARA

Para pelajar yang dihormati sekalian, bulan ramadan menghampiri penghujung. Promosi pahala masih terbuka untuk kita semua mencari peluang menebus dosa dan meraih keampunan menghampiri saat-saat akhir.
Tentunya 1 Syawal akan menjelma yang amat dinantikan kerana inilah hari yang paling bahagia perlu disambut dan kita telah lalui sejak kecil lagi.
Panorama kasut, seluar baju, dan semuanya baru menanti di pintu pagi aidilfitri. Dalam kemeriahan sambutan di pagi raya janganlah lupa mencium tangan kedua ibu bapa kita yang amat menantikan sentuhan cium hormat seorang anak yang amat dikasihi.

Jangan sesekali, cemari kesucian aidilfitri dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. Apatah lagi memakai pakaian yang tidak sopan, terbuka aurat ataupun terpampang susuk badan (bagi perempuan). Tudung di kepala untuk sebuah diri yang bermaruah.
Dalam keindahan 1 Syawal ada kubur ayah bonda, datuk dan nenek atau suadara mara yang telah meninggal dunia perlu dikunjungi dengan doa dan surah al-Quran. Perlu ingat, doa dari anak yang soleh boleh membahagiakan roh ayah bonda yang telah meninggal dunia.
Berhati-hati di jalan raya biarpun seronok di dada melimpah ruah hingga ke sana sini. Ziarah-menziarahi dilimpahi pahala berlipat kali ganda sekiranya disertai adab kesopanan seorang Islam atau diberi dosa jika berkelakuan sebaliknya. Salam aidilfitri dan maaf zahir dan batin dari warga penerbitan.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU