16 October 2011

Sembang Ahad: Peningkatan Mendadak Bintang-Bintang Hiburan Membahayakan Generasi Umat Islam

Oleh: Muhdlive
Kecenderungan bakat-bakat kecil dalam bidang nyayian dan lakonan pada hari ini di negara kita amatlah menakutkan. Terdapat anak-anak sejak kecil diajar ibu bapa agar terlibat dalam nyayian. Dihantar ke kelas tarian, muzik dan nyayian dengan harapan anaknya menjadi bintang hiburan terkenal. Ibu bapa jenis apakah ini?
-----------------------------------------------------------
- Banyak petanda telah dipamerkan artis yang sejak kecil terlibat dengan nyayian akhirnya tersungkur dalam dunia populariti. Ramai pula terlibat dengan dadah dan pil khayal, syabu dan ais. Ramai pula artis terdedah aurat, atau berpakaian telanjang adalah pengunjung kelab malam dan pesta diharamkan dalam agama.
-----------------------------------------------------------
Dunia artis adalah terlalu gelap dan hanyir – mengapa perlu mengharapkan anak kita membesar dan mencari rezeki di lapangan glamour.
- Banyak juga ibu bapa tidak menghiraukan anak-anak yang berfesyenkan artis meskipun ibu bertudung berjalan ke pasar dengan anak gadis tanpa tudung berimejkan gaya rambut ala Elyana atau Nora Danish.
- Banyak bapa berbangga dengan kecantikkan anak gadis yang berpakaian ketat dan tampak seksi tanpa menghiraukan beban yang bakal ditanggungnya di hadapan Allah. Kewajipannya mendidik dan menegur akhlak dan aurat anak isteri adalah satu kewajipan yang mutlak.
Apabila diturunkan surah al-Nur, ayat 31, yang bermaksud:
"Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah suami mereka, atau putera mereka, atau putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera saudara lelaki mereka, atau putera saudara perempuan mereka atau wanita Islam, atau budak yang mereka miliki, atau pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti mengenai aurat wanita, dan janganlah mereka memukulkan kakinya supaya diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung."
PETIKAN HADIS

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya."
      (Hadis riwayat Bukhari)

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU