26 August 2010

Bonus Raya RM500 @ Bonus Ramadan Dari Langit Yang Terbuka

Salam ramadan

Fasa kerahmatan telah berakhir, disusuli fasa kedua iaitu keampunan dari Allah SWT.
Alangkah bertuah orang yang mendapat kerahmatan pada fasa sepuluh hari pertama.
Pertengahan ramadan ini akan berakhir, benarkah kita sudah memohon keampunan dari Allah
atas dosa yang terlanjur dilakukan sebagai hamba yang sentiasa lupa dan alpa.

Alhamdulillah, rezeki ramadan masih ada. Bonus Raya: RM500 Kepada Semua Kakitangan Awam telah diumumkan.
Bagaimana pula bonus dari Allah kepada hamba yang mengambil peluang beribadat?

Antara kehebatan berpuasa ialah:

1. Firman Allah SWT: Maksudnya : Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar
[Al-Ahzab : 35]

2. Firman Allah SWT: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu...
(al-Baqarah 2: 185)

Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan ciri-ciri makanan yang baik?

1. Ciri-ciri makanan yang baik adalah:
  • Tidak memudaratkan kesihatan dan tidak beracun
  • Makanan dari sumber yang halal
  • Makanan yang bersih dan segar
  • Tidak ada dalil yang mengharamkannya
  • Disembelih dengan nama Allah S.W.T.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَة رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: يَـأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا. وَقَالَ تَعَالَى: يَـأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَارَزَقْنَاكُمْ. ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلُ يُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَارَبُّ يَارَبُّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ.   (Riwayat Muslim)

2. Jelaskan potongan hadis ini:

  • لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا : Allah tidak menerima melainkan yang baik
  • وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ: Makanan dan minumannya haram
  • كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ: Makanlah makanan yang baik
  • فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَه: ُBagaimanakah diperkenankan doanya 
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU