Salam ramadan
Fasa kerahmatan telah berakhir, disusuli fasa kedua iaitu keampunan dari Allah SWT.
Alangkah bertuah orang yang mendapat kerahmatan pada fasa sepuluh hari pertama.
Pertengahan ramadan ini akan berakhir, benarkah kita sudah memohon keampunan dari Allah
atas dosa yang terlanjur dilakukan sebagai hamba yang sentiasa lupa dan alpa.
Alhamdulillah, rezeki ramadan masih ada. Bonus Raya: RM500 Kepada Semua Kakitangan Awam telah diumumkan.
Bagaimana pula bonus dari Allah kepada hamba yang mengambil peluang beribadat?
Antara kehebatan berpuasa ialah:
1. Firman Allah SWT: Maksudnya : Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar ”
[Al-Ahzab : 35]
2. Firman Allah SWT: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu...
(al-Baqarah 2: 185)
Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
No comments:
Post a Comment