
(Pulau Omadai antara pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik penting sejarah Semporna. Ini kerana Pulau Omadai merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang Bajau di Pulau Omadai merupakan pelaut/ nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Bukti-bukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran/tulisan di batu nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam). Sedikit maklumat dan gambar dipetik dari internet.