30 December 2009

GAPENA: Pengalaman Sebentar

Oleh Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
Ramai yang menganggapkan tempat orang sastera macam Pak Samad. Namun inilah persatuan yang membela bahasa, budaya dan warisan Melayu di negara kita dan serantau.
Di belakangnya terdapat pelbagai persatuan penulis termasuklah PENA yang lebih lantang memperjuangkan isu yang berkaitan.
Hampir 3 tahun aku berulang alik dan menumpang tidur di bilik tamu rumah Gapena yang hanya perlu dibayar dengan jumlah yang cukup sederhana.
Kejayaan mengembalikan keutamaan bahasa Melayu dalam pengajaran Matematik dan Sains adalah hasil perjuangan bersama persatuan penulis dan sasterawan yang lebih menonjol seperti Pak Samad (A. Samad Said), dan ramai lagi yang berani menyuarakan pandangan termasuk Ismail Hussin yang menerajui GAPENA (Gabungan Penulis Nasional)
Posted by Picasa

Minda Penulis Blog: Tahun 2010, Perlu Perubahan & Penambahbaikan Dalam Semua Aspek

Oleh Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

1 Januari 2010 membuka halaman baru bagi sesetengah individu yang inginkan pembaharuan dalam kehidupan. Segala pengalaman 2009 yang lalu perlu dimuhasabahkan untuk memulakan sesi penghidupan yang lebih teratur.
Kualiti dan kesungguhan kerja wajar diutamakan menjelang 2010 nanti lantaran isu khidmat bidang pendidikan khususnya berkaitan dengan kerjaya guru mulai diperkatakan oleh semua pihak yang mahukan sesuatu yang mujarab terhasil dari tangan guru sekalipun tidak ramai yang mengetahui beban dan keterhadan kuasa dan masa guru pada zaman ini berbanding 10 tahun yang lalu yang mana "kuasa guru" di suatu masa dahulu adalah cukup keramat.

Segala kekurangan yang berlaku dalam catatan kehidupan 2009 wajar diperbaiki. Melihat kepada perkembanan semasa yang menghimpit sesetengah masyarakat yang kian tandus dengan pengurusan kewangan hinggalah membawa kepada kancah peminjaman wang dari ceti, along ataupun syarikat kewangan berlesen yang sudah pasti mengenakan caj dan kadar bayaran faedah yang tinggi kepada mereka yang dalam himpitan masalah kewangan.
Justeru pengurusan diri, dan kewangan menjadi titik penentu kebahagian hidup sepanjang tahun hadapan.
Renungikan hadis ini. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”

Riwayat al-Baihaqi

Menunggu 4 Januari 2010: Antara Keazaman dan Cabaran

Oleh Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Isnin ini, kehidupan seorang guru akan bermula. Kehidupan akan menjadi lebih teratur dengan hari yang bekerja. Cuti selama sebulan menjadikan rutin harian berubah.
Bagi calon guru yang baru mendapat tahu tempat penempatan pertamanya sebagai guru, pasti berdebar dengan pelbagai tafsiran dan tekaan.
Bagi pelajar memulakan persekolahan tahun baru pasti merumitkan setelah cuti yang lama membebalkan pemikiran dek tidur yang lama, tapi ada yang lebih cekal telah bersedia dengan tajuk-tajuk di tingkatan yang bakal diduduki.
Semua sekolah akan bermesyuarat sebelum hari pertama persekolahan dibuka. Tugas dan tanggungjawab baru akan dibentang oleh pengetua kepada setiap guru. Jadi - debaran 2009 adalah milik semua individu yang sudah bersedia dengan keazaman dan cabaran.

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.

Bukhari Muslim
Selamat bertugas.

Tujuh Golongan Insan Contoh

Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

14 November 2009

Teori hari kiamat


Klik pada gambar untuk membaca rencana ini.

03 November 2009

INILAH RUMAH SAYA - NIK MADIHAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2008


INILAH RUMAH SAYA
Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari


Utusan Online 14 Mac 2009.
Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.
Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.
Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.
Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.
Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.
Resipi kejayaan Madihah dapat 20A
KETIKA keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam seorang pelajar, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, membuat kejutan apabila mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Wartawan Utusan Malaysia, AZRAN FITRI RAHIM dan jurugambar, HAFIZ JOHARI menemui Nik Nur Madihah di rumah keluarganya di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk mengetahui rahsia kejayaannya.
Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006 itu bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.
Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.
Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu menjadi tempat dia berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.
UTUSAN MALAYSIA: Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?
NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.
Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.
Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?
Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.
Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.
Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?
Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini.
Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan.
Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.
Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?
Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.
Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?
Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.
Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 – RM700 sebulan.
Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?
Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.
Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?
Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.
Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.
Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?
Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.
Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.
Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?
Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal.
Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.
Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?
Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).
Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?
Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.
Apakah hobi dan cita-cita saudari?
Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.
Di mana mahu melanjutkan pelajaran?
Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah.

28 October 2009

Utamakan ILmu Dan Produk Islam Untuk Keberkatan: STAY ALIVe


Pasaraya Krico di persimpangan Bukit Minyak telah menjadi tumpuan penghuni berdekatan. Apa yang lebih penting - wujudnya sebuah kedai produk Islam yang diuruskan oleh seorang Dai'e.





Inilah dia kedai STAY ALiVE yang berhadapan dengan Marry Browne di dalam pasaraya Krico.
















I


Bahan-bahan bacaan yang bermutu dijual dengan harga yang berpatutan.






Buku-buku untuk kanak-kanak pun boleh diperolehi.










Baju-baju sesuai untuk anak-anak menjiwai kehidupan beragama


Ditulis oleh Ust Muhd: muhd@live.com.my

22 October 2009

Orang Yang Bergaduh Sampai Mati - Keduanya Masuk Neraka


Ditulis oleh Ust Muhd: muhd@live.com.my


Pertumpahan darah yang berlaku di kalangan umat Islam amat dilarang oleh agama. Bahkan mereka boleh masuk neraka lantaran natijah dari pergaduhan.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila dua orang muslim berbunuh-bunuhan dengan pedang maka pihak yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka. Abu Bakrah bertanya, “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh memanglah masuk neraka tetapi bagaimana orang yang terbunuh pun masuk neraka?” Jawab baginda, kerana ia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

19 October 2009

Menunggu Bala: Peringatan Untuk Semua

26 jan 2001 - Gempa bumi kuat di Gujarat (barat india),mengorbankn 25000 orang n 166000 cedera.
26 dec 2003 - Gempa kuat mengegarkan Bam,Iraq,mengorbankan 31 884 dan 18 000 cedera.
26 dec 2004 - Gempa dasar laut di pulau sumatera mencetuskan Tsunami,mengorbankan 220000 di sekitar hindi dan 168 000 di Acheh.

28 Mac 2005 - Gempa di Pulau Nias,sumatera,korban sebanyak 900 orang.
8 okt 2005 - Gempa di Pakistan utara dan wilayah Kasmir,mangsa korban seramai 75 000 orang.
27 mei 2006 - 6000 magsa korban dan 1.5 juta hilang tmpat tinggal apabila Wilayah Yogyakarta dilanda gempa.
17 julai 2006 - 596 maut,9500 cedera n 74 000 hilang tmpat tngal setelah gempa dasar laun melanda di pulau jawa dan mencetuskan Tsunami.
6 mac 2007 - 70 owang tekorban apabila gempa menggegarkan pulau sumatera.
2 april 2007 - 50 orang maut dan ribuan hlng tmpat tngal apabila gempa melanda kepulauan solomon.3 feb 2008 - Gempa bumi di timur Congo n barat Rwanda,membunuh 45 orng n ribuan yang l"in hilang tmpat tngal.
12 mei 2008 - Gempa menggegarkan barat daya China,87 000 orang maut.29 okt 2008 - Pakistan digegarkan gempa menyebabkn 300 pnduduk maut n puluhan ribu hilang tempat tinggal.
6 april 2009 - Gempa di L'Aquila,Itali,hampir 300 orng maut.2 sep 2009 - Gempa di pulau jawa,mengorbankan 123 nyawa.29 sep 2009 - Samoa n American Samoa dilanda Tsunami akibat gempa,membuhun 177 orang,n beratus-atsu yg lain dilaporkan hilang.
30 sep 2009 - Padang,pulau sumatera,digegari gempa,704 maut n 4000 terperangkap bawah runtuhan.

"Utusan Malaysia,RABU,14 okt 209,MEGAFOKUS m/s 4"
(Dipetik dari Muhd Firdaus)

17 October 2009

HADIS HARI INI: Kepentingan Mengingati Mati

Disusun oleh: Ust Muhd (muhd@live.com.my)

Kepentingan Mengingati Mati
Hadith :
Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".

Abu Sa'id r.a

HuraianDari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, BAginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".


(Sumber Jakim)

13 October 2009

Nama Malaikat & Tugasnya

Berikut ini nama beberapat malaikat-malaikat Allah Ta’ala beserta tugas-tugasnya :
1. Jibril
Adalah malaikat yang diberikan amanat untuk menyampaikan wahyu, turun membawa petunjuk kepada Rasul agar disampaikan kepada umat. Allah Ta’ala berfirman,
“Dan sungguh dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) di ufuk yang terang” (QS. At Takwiir : 23)
Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,
“Aku melihatnya (Jibril) turun dari langit, tubuhnya yang besar menutupi antara langit sampai bumi” (HR. Muslim no. 177, dari ‘Aisyah radhiyallaHu ‘anHa)
Abdullah bin Mas’ud radhiyallaHu ‘anHu menjelaskan bahwa Nabi Muhammad ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam melihat jibril memiliki enam ratus sayap (HR. al Bukhari no. 4857)
2. Mika-il
Dialah yang diserahi tugas mengatur hujan dan tumbuh-tumbuhan dimana semua rizki di dunia ini berkaitan erat dengan keduanya. Terdapat penyebutan Jibril dan Mika-il secara bersamaan dalam satu ayat, Allah Ta’ala berfirman,
“Barangsiapa menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mika-il, maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang-orang kafir” (QS. Al Baqarah : 98)
3. Israfil
Dia diserahi tugas meniup sangkakala atas perintah Rabb-nya dengan tiga kali tiupan. Pertama adalah tiupan keterkejutan, tiupan kedua adalah tiupan kematian dan tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan.
4. Malik
Dia adalah penjaga neraka. Allah Ta’ala berfirman,
“Mereka berseru, ‘Hai Malik, biarlah Rabb-mu membunuh kami saja’. Dia menjawab, ‘Kamu akan tetap tinggal (di Neraka ini)’. Sesungguhnya Kami telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan diantara kamu benci kepada kebenaran itu” (QS. Az Zukruf : 77-78)
5. Ridhwan
Dia adalah penjaga Surga. Ada sebagian hadits yang dengan jelas menyebutkan dirinya (al Bidaayah wan Nihaayah I/45)
6, 7. Munkar dan Nakir
Terdapat penyebutan dengan mereka di dalam hadits Abu Hurairah radhiyallaHu ‘anHu, Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,
“Tatkala orang yang mati telah dikubur, datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam kebiruan, salah satu diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinamakan Nakir” (HR. at Tirmidzi, dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih Sunan at Tirmidzi no. 856)
8, 9. Harut dan Marut
Keduanya termasuk malaikat yang namanya tertulis di dalam al Qur’an. Allah Ta’ala berfirman,
“Padahal Sulaiman tidak kafir (mengerjakan sihir), hanya syaithan-syaithan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil, yaitu Harut dan Marut” (QS. Al Baqarah : 102)
10. Ar Ra’d
Malaikat ini bertugas mengatur awan. Ibnu Abbas radhiyallaHu ‘anHu berkata,
“Orang-orang Yahudi datang menemui Nabi, lalu mereka bertanya, ‘Wahai Abul Qasim, kami akan bertanya kepadamu tentang beberapa hal. Jika engkau menjawabnya maka kami akan mengikuti, mempercayai dan beriman kepadamu’.
Mereka bertanya, ‘Beritahukan kepada kami tentang ar Ra’d, apakah itu ?’. Beliau menjawab, ‘Salah satu malaikat yang diserahi tugas untuk mengatur awan’” (HR. an Nasai, dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam ash Shahihah no. 1872)
10. ‘Izra-il
Penamaannya dengan malaikat maut tidak disebutkan dengan jelas di dalam al Qur’an maupun hadits-hadits yang shahih. Adapun penamaan dirinya dengan ‘Izrail terdapat di sebagian atsar. WallaHu a’lam. (al Bidaayah wan Nihaayah I/42)
12, 13. Raqib dan ‘Atid
Sebagian ulama menjelaskan bahwa diantara malaikat ada yang benama Raqib dan ‘Atid. Allah Ta’ala berfirman,
“Maa yalfizhu min qaulin illaa ladayHi raqiibun ‘atiidun” yang artinya “Tidak suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (QS. Qaaf : 18)Namun demikian pendapat ini tidak benar, wallaHu a’lam. Keduanya hanya sifat bagi dua malaikat yang mencatat perbuatan hamba. Makna Raqib dan ‘Atid ialah dua malaikat yang hadir, menyaksikan di dekat hamba, bukan dua nama dari dua malaikat (al Bidaayah wan Nihaayah I/35-49)
Dipetik dari:
Memasuki Dunia Malaikat, Shalahuddin Maqbul Ahmad, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Syawwal 1427 H/November 2006 M.

12 October 2009

Manusia sering salah guna kuasa, abai tugas khalifah di bumi


Oleh Muhammad Abdullah @ Ab Shatar
(Disiarkan dalam Berita Harian 10.10.2009)



KEPELBAGAIAN pemberian Allah kepada manusia berbeza supaya wujud perbezaan bakat, kebolehan, kecerdasan akal dan kepetahan lidah yang akhirnya saling melengkapi untuk memakmurkan alam ini. Manusia dipilih Allah SWT menjadi khalifah di bumi seterusnya diberi amanah menegakkan agama Allah, mengurus serta memakmurkan manusia dan alam tanpa mengabaikan suruhan serta larangan ditetapkan Allah SWT. Kekuasaan yang dipinjamkan Allah SWT adalah sementara dan pemilik kekuasaan sebenar ialah Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud: Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengahnya yang lain beberapa darjat. Kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi maha Mengasihani. (Surah al-An'aam ayat: 165). Anugerah kepemimpinan yang diberikan perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Pemimpin perlu adil, terbuka dan diletakkan kuasa pada tempatnya seperti maksud hadis: Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. (Riwayat Muslim).
Sebagai pemimpin yang diberikan amanah, sifat meletakkan kepentingan rakyat melebihi keutamaan sendiri selain rendah hati untuk duduk bersama rakyat sejajar dengan maksud hadis: Ya Allah! Siapa yang ditugaskan mengurus keperluan umat ini, lalu dia kasih kepada mereka maka sayangilah dia dan siapa yang rendah hati kepada mereka maka kasihahilah dia. (Hadis Riawayat An-Nasa'i) Sebagai rakyat, kewajipan ketaatan amat ditekankan Allah SWT seperti firman-Nya: Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya. Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (surah al -Nisa' ayat 59).
Segala kuasa individu harus tidak melebihi kehendak agama dan perintah Allah SWT. Kepelbagaian pemberian Allah berbeza. Tidak semua manusia dilengkapi dengan kepetahan berkata-kata. Memiliki kuasa lidah untuk memutarbelitkan kenyataan yang salah menjadi benar, menegakkan benang yang basah dan kepantasan lidah dalam menimbulkan fitnah adalah penyalahgunaan kuasa anugerah pemberian kefasihan lidah. Bagi mereka yang diberikan kuasa tangan tidak menyalahgunakan dengan menghasilkan tulisan makian, hasutan, lucah dan semberono yang merosakkan pemikiran rakyat dan akhirnya mewujudkan kebencian di kalangan umat Islam. Kekayaan adalah kuasa yang paling berpengaruh. Golongan ini perlu menggunakan nikmat Allah SWT itu ke jalan yang mampu menyumbang kepada roh kekuatan Islam. Sumbangan kepada program berfaedah kepada agama lebih baik daripada menganjurkan aktiviti yang menyumbang kemungkaran. Bahkan tidak boleh menggunakan kekayaan untuk membeli manusia yang boleh dibayar harga dirinya

09 October 2009

Sehari 1 Hadis: Kewajipan Menuntut Ilmu

Para pelajar sekalian,
Bersungguh-sungguh menuntut ilmu adalah satu jihad yang diperlu dilaksanakan sebagai remaja.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."

(Abu Umamah r.a)



HuraianPengajaran hadith:


i) Usaha mengajar dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan membawa kebajikan kepada masyarakat adalah amat tinggi nilainya di sisi Islam.


ii) Bagi sesiapa yang melakukannya akan dilimpahkan rahmat oleh Allah S.W.T. Begitu juga dengan para malaikat dan sekalian makhluk di langit dan di bumi, semuanya berdoa untuknya agar Allah memberikan balasan yang sebaik-baiknya

05 October 2009

Peringatan Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki).

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI : Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab “Pedang “
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Masjid Persinggahan Dalam Perjalanan

Oleh Ust Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
Melakukan perjalanan ke mana-mana destinasi untuk mencari keredhaan Allah amatlah digalakkan dalam Islam. Pahala yang besar menanti kita bergantung kepada niat yang sebenar.
Hukum musafir terbahagi kepada 5 keadaan;
1. Wajib - bagi mereka yang berkamampuan untuk melakukan ibadat haji dan umrah di Mekah.
2. Sunat - melakukan perjalanan untuk menziarahi sanak saudara dan rakan taulan ataupun menziarahi 3 buah masjid iaitu Masjidi Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah, dan Masjidi al-Aqsa di Palestain.
3. Harus - bermusafir dengan tujuan diharuskan syarak.
4. Makruh - bermusafir tanpa tujuan dan matlamat.
5.Haram - bermusafir kerana ingin mengunjungi tempat maksiat dan pesta hiburan.


Melakukan perjalanan bagi untuk menghimpunkan sanak-saudara ataupun untuk mencari kebahagiaan dalam rumahtangga adalah dituntut kerana keharmonian dan kemesraan tercapai melalui kunjungan ke tempat yang menarik adalah salah satu cara yang dianjurkan dalam agama.





Berikut syarat-syarat sah solat jamak dan qasar untuk orang yang melakukan musafir :
1. Tujuan musafir adalah baik dan diharuskan oleh syarak, tidak mengandungi unsur-unsur maksiat.
2. Jarak musafir tidak kurang dari dua marhalah iaitu 91km atau 56 batu.
3. Tahu destinasi yang dituju dan ia tidak kurang dari dua marhalah. Jika musafir tanpa tujuan, tidak harus mengqasar atau menjama’ solat walaupun perjalanannya lebih dari dua marhalah. 4. Solat yang boleh diqasar ialah solat fardhu empat rakaat iaitu solat Zuhur, Asar dan Isyak. Manakala solat yang boleh dijama’ ialah Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak.
5. Tahu bahawa solat jama’ dan qasar dan hukumnya harus bagi orang musafir.
6. Berniat qasar ketika takbiratulihram dan tidak berubah-ubah sehingga selesai solat.
7. Berniat jama’ taqdim ketika takbiratulihram yang pertama. Tahu bahawa dia masih kekal dalam musafir ketika melakukan solat qasar atau jama’. Jika ketika solat qasar itu, disedari dia telah tiba ke tempat dia bermukim, wajiblah disempurnakan solatnya empat rakaat.
8. Mengerjakan solat qasar dan jama’ di luar kawasan kampung keluarga atau di luar daerahnya. 9. Berniat sebelum bertolak hendak bermukim di tempat yang dituju tidak lebih daripada tiga hari. Setelah tiga hari sekiranya dia melanjutkan lagi tempoh menetap, maka wajib solat sempurna dan tidak harus menjama' solat. Jika sebelum bertolak dia berniat menetap di situ tempat lebih daripada tiga hari, maka putuslah musafirnya sebaik tiba di tempat tersebut.

(Gambar Masjid Kg. Tiak ini adalah terletak di tepi lebuhraya Kulim-Grik. Masjid terletak di daerah Kupang, Kedah. Sesiapa yang melalui lebuhraya ini bolehlah singgah untuk mengerjakan kewajipan ibadat solat. Jaraknya lebih kurang 2 kilometer dari jalan besar dan kelihatan bumbung berwarna emas dari jauh. Masjid ini juga di belakangnya terdapat sungai yang mengalir. Dikatakan air dari pergunungan sekitar daerah Baling).

03 October 2009

Pepatah Petitih - Karya Pak Sako Yang Masih Hidup

Oleh Ust Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar(muhd@live.com.my)


Selalu pada setiap kali pulang dari sekolah, aku akan sering terikut dengan cerita-cerita pendik dari tulisan berbentuk pojok-pojok Pak Sako sambil kaki mengayuh pedal basikal.
Jarak dari Sek Keb Bukit Panau ke rumahku memakan masa 15 minit membuatkan pemikiran Pak Sako menyinari usia kanak-kanakku yang cukup menumbuhi panorama cerita-cerita pendik.
Pembacaan yang terhadap sesuatu perkara akan membuatkan kita cepat terikut apatah lagi bacaan-bacaan yang bagus dari tulisan penulis besar seperti Pak Sako. Hampir keseluruhan penceritaan pepatah-petitih dari buku Pak Sako ini mempengaruhi pemikiranku dan melatih aku menjadi pemikir dalam kehidupan kecilku.
Pertemuan buku ini denganku adalah satu takdir yang manis, hasil kiriman abang sulung yang menuntut di Kuala Lumpur pada waktu itu. Banyak buku-buku dan majalah yang dikirimnya. Itulah sesuatu kenangan yang cukup bermakna.
Sesungguhnya bahan-bahan bacaan adalah guru yang paling berkesan dalam proses pembesaran.
(Buku Pepatah-Petitih ini ada dua jilid 1 & 2) kalau sesiapa yang ingin mendapatkan, silalah ke kedai buku berhampiran.
Ishak Hj. Muhammad (1909-1991) yang lebih dikenali dengan nama Pak Sako merupakan seorang wartawan, sasterawan, nasionalis dan ahli politik yang unggul. Beliau merupakan salah seorang pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM), pengerusi perikatan Pusat Tenaga Ra'ayat-All Malaya Council of Joint Action (PUTERA-AMCJA), Yang Dipertua Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ketiga, Presiden Parti Buruh Malaya dan pemimpin Fron Sosialis Rakyat Malaya. Seperti Yahya Nassim, Hashim Said, Zainuddin Andika dan Majid Salleh, Pak Sako turut sama ditangkap oleh penjajah British semasa Darurat dan merengkok dalam tahanan selama 5 tahun.

02 October 2009

Al-Quran pedoman hidup insan takwa



Oleh Muhammad Abdullah @ Ab Shatar
Disiarkan oleh Berita Harian 01.10.2009


MEMILIH gaya hidup berpandukan al-Quran adalah jalan yang sesuai untuk mengembalikan landskap kehidupan harmonis. Kesempurnaan yang dicari untuk pengisian sebuah jiwa bukan bergantung kepada insan lain atau sebarang bentuk hiburan ataupun kecenderungan minat. Kesempurnaan jiwa bermula dari kebergantungan kita kepada Allah SWT melalui bacaan al-Quran dengan lidah atau penghayatan maksud ayat suci al-Quran melalui maksud dan tafsirnya. Mencari ketenteraman jiwa melalui menyebut dan berzikir nama Allah adalah permulaan kepada kebahagiaan. Firman Allah, “Orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”. (Surah Al-Ra‘ad: 28) Membaca al-Quran setiap kali solat adalah amalan yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan manusia apatah lagi pelajar. Otak yang segar akan terpancar dari kemuliaan lidah yang dibasahkan dengan kalam Allah setiap fajar terbit dan terbenam. Kehitaman atau hati yang berkarat kerana terlalu biasa melakukan dosa juga boleh dipulihkan dengan bacaan ayat al-Quran seperti hadis daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya hati ini berkarat seperti berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat itu”? Jawab Nabi SAW, “Banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran”.
Ganjaran membaca ayat suci al-Quran dijelaskan Allah SWT sebagaimana hadis, daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata: “Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan 10 pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. (Riwayat ad Darimi Tarmizi). Jelas pada hari ini, kebanyakan remaja atau belia memilih untuk menghadiri pusat hiburan sebagai tempat mencari kepuasan hidup. Kepuasan hidup yang cuba dicari melalui pelbagai bentuk hiburan adalah satu pilihan yang boleh menenggelamkan akidah, maruah diri, kemuliaan peribadi dan agama yang akhirnya membawa kepada perbuatan riddah. Kehidupan yang tidak berasaskan al-Quran dalam rutin harian mampu menolak jauh manusia ke arah petanda kehancuran umat Islam. Kita semakin khuatir bagaimana generasi akan datang melihat Islam kerana agama yang diwarisi dari ibu bapanya adalah lebih bersandarkan kepada namanya Islam, hakikatnya jauh dari apa yang dikatakan penganut Islam.
Ibu bapa pada hari ini perlu menitikberatkan kecenderungan ke arah memberi kefahaman anak-anak mengenai al-Quran. Tanggungjawab ini bukan sekadar menghantar anak untuk belajar mengaji al-Quran tetapi ada sesuatu yang lebih bermakna lagi iaitu bagaimana hendak menjadikan anak-anak cenderung ke arah memahami maksud al-Quran seterusnya boleh menerapkan sebagai asas dalam pemikiran dan segala hal perlakuan. Jiwa umat Islam yang membiasakan diri dengan bacaan ayat suci al-Quran begitu hebat sehinggakan Rasulullah SAW membuat perumpamaan dalam hadisnya, daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah (seperti limau besar) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis dan umpama orang munafik yang membaca al-Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit. (Riwayat Bukhari & Muslim) Kebimbangan hari ini adalah sejauh mana kesedaran masyarakat Islam khususnya yang bergelar remaja dan belia memahami al-Quran untuk diletakkan dalam asas tindakan dan perlakuan. Kecenderungan memilih gaya hidup yang bebas sebenarnya mampu membawa masa depan negara ke arah kemusnahan keamanan negara. Justeru, keprihatinan masyarakat masa kini memilih al-Quran untuk dijadikan panduan dalam segala perkara amatlah dituntut. Kelapangan masa pada waktu malam dan memulakan fajar hidup dengan bacaan al-Quran mampu melunakkan pemikiran agar berubah kepada kehidupan yang lebih permai.
Membaca al-Quran bukan saja mampu menerangi hati, sebaliknya yang paling besar rahmatnya ialah pada hari pembalasan kelak. Pahala membaca al-Quran alah pertolongan kepada kita di sana kelak, hadis Abu Umamah r.a yang mendengar
Nabi SAW bersabda, “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”.

(Riwayat Muslim).

23 September 2009

Perempuan Paling Mudah Masuk Syurga

Oleh Ust Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar(muhd@live.com.my)

Allah maha adil dan saksama untuk kaum lelaki dan perempuan. Di bawah tapak kaki masing-masing ada syurga yang maha indah. Syurga anak (lelaki dan perempuan) di bawah tapak kaki ibu. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.
Adilnya kuasa Allah Taala yang mencipta ketetapan ini.
Dalam menjalani kehidupan rumahtangga, terlalu berat cabaran dan masalah yang akan timbul, amat memerlukan keperihatinan untuk memahami setiap apa yang berlaku dengan sabar, dan reda.
Isteri perlu menyedari hakikat bahawa lelaki adalah pemimpin kepada rumahtangga, maka janganlah cuba mengambil hak mutlak ini seandainya apa yang dilakukan oleh suami tidak bertentangan dengan syariat Islam. Firman Allah SWT: “Lelaki adalah pemimpin bagi wanita dengan kelebihan diberikan oleh Allah SWT” (Annisa: 34).
Bagaimana boleh dikatakan derhaka.
1. Sabda Nabi SAW bermaksud: “Wanita yang meninggalkan tempat tidur bersama suami dilaknat sekalian malaikat sehingga dia kembali (Riwayat Bukhari).
2. Sabda SAW: “Mana-mana wanita yang tidur dalam keadaan diredai suaminya maka ia berhak mendapat syurga”. (Riwayat Tarmizi,Ibn Majah)
Dua hadis ini jelas menunjukkan bahawa isteri perlu memberikan layanan yang paling baik dan manis kepada suami untuk tidur bersama-sama semoga terhindar dari apa yang dikatakan derhaka.
Syurga dijanjikan kepada para isteri yang melayani kemahuan seks suaminya dengan baik sehinggakan suaminya tidur dengan senang. Jangan sesekali selalu menolak kehendak suami yang berkeinginan bersetubuh tanpa ada sebab yang munasabah, nescaya emosi lelaki akan tercabar dan mungkin boleh merubah sikap suami menjadi kasar dan cepat marah.
Bagaimana kisah seorang wanita yang ditinggalkan suaminya kerana musafir mendapat berita ibunya sakit teruk tetapi tidak berani keluar rumah kerana suami berpesan: “Jangan engkau ke mana-mana sehingga aku pulang.” Apabila persoalan ini sampai kepada Nabi SAW. Jawab Baginda: “Taatlah kepada suamimu.” Kemudian sampai berita kematian ibunya. Berlaku perkara sama di mana jawab Nabi SAW: “Taatlah kepada suamimu”. Pulanglah suaminya dengan perasaan terkejut lalu berjumpa Nabi SAW untuk mengadu hal. Sabda Rasul SAW: “Ibunya dimasukkan ke syurga sebagai balasan ke taatnya (isteri) padamu.”
Lihatlah betapa besarnya ganjaran kepada isteri yang mentaati perintah suaminya. Maka rendahkan hatimu wahai para isteri untuk menghormati dan melayani telatah suami kerana kaum perempuan paling mudah untuk masuk syurga dengan hanya mentaati suami.

17 September 2009

Hantaran tinggi bukan alasan untuk tidak berkahwin

SAYA tertarik dengan pendapat yang dilontarkan oleh Muhammad bin Abdullah, berkaitan isu hantaran perkahwinan yang dikatakan tinggi dan menyukarkan proses sebuah perkahwinan. Apa sebenarnya yang beliau cuba sampaikan kepada kita?
Saya tak nampak sebarang bebanan yang berkaitan dengan faktor hantaran dalam sebuah perkahwinan. Tetapi saya melihat bebanan sebenar sebuah perkahwinan itu adalah daripada aspek tanggungjawab dan kemampuan pasangan untuk membina institusi kekeluargaan.
Jika pasangan tidak bersedia untuk menerajui sebuah keluarga dan tidak mampu untuk menampung kehidupan bersama, itulah yang menjadi pokok persoalan.
Hantaran mahal mestilah dilihat daripada aspek perbelanjaan untuk mengadakan kenduri kahwin. Apabila memperkatakan mengenai kos perbelanjaan kenduri, kita melihat daripada jumlah jemputan. Keduanya pula, kita menganjak kepada aspek bagaimana pula cara kita akan melakukan kenduri tersebut, sama ada secara katering atau bergotong-royong dengan jiran tetangga. Dan daripada perkara inilah yang selalunya pihak keluarga sebelah perempuan khususnya, meletakkan jumlah belanja hantaran yang mengikut peredaran zaman dan masa. Harga barang waktu dahulu dan sekarang adalah sangat berbeza.
Isu hantaran adalah isu yang sangat terpencil. Banyak lagi isu yang perlu diberi perhatian seperti keganasan dan penderaan dalam perkahwinan, isteri yang ditinggalkan serta anak-anak yang terbiar yang lebih memerlukan perhatian kita. Dan juga permasalahan sosial yang berlaku sekarang juga wajar diberi penekanan.
Kita juga tidak dapat menafikan bahawa terdapat anak muda kita yang melakukan hubungan terlarang di luar perkahwinan, tetapi adakah perkara yang mereka lakukan itu disebabkan masalah hantaran ataupun kegagalan mengawal nafsu? Dan adakah pasangan yang melakukan perkara terkutuk itu memang sudah bercadang untuk mendirikan rumahtangga ataupun telah berjumpa dengan kedua-dua belah pihak keluarga untuk berkahwin? Nafsu dan hantaran merupakan dua unsur yang berbeza dan tidak boleh dikaitkan.
Memang benar, salah satu sebab pasangan mendirikan rumahtangga adalah untuk mengelakkan maksiat, tetapi perkahwinan itu adalah satu daripada sunah Rasulullah. Dan perkahwinan juga merupakan satu cara membina institusi kekeluargaan yang sihat dalam memupuk rasa tanggungjawab, kasih sayang dan melahirkan anak-anak yang soleh. Di manakah nilai positif dan kebaikan sebuah perkahwinan jika hanya untuk memenuhi nafsu seks semata-mata.
Apabila pasangan berniat untuk mendirikan rumahtangga walau susah macam mana sekalipun, percayalah bahawa niat yang baik akan dipermudahkan oleh Allah kerana Allah sentiasa menolong umatnya yang membuat kebaikan. Perkahwinan itu adalah satu perkara yang baik dan diredhai oleh Allah.
Jika kita beriman, kita mesti mempercayai pertolongan Allah. Tiada apa yang mudah dalam kehidupan di dunia ini jika kita tidak berusaha. Ini termasuklah untuk mendirikan rumahtangga. - FARAH TAIB, Kuala Lumpur.

13 September 2009

MENCARI CIRI-CIRI PROFESSIONAL DALAM KERJAYA DALAM ISLAM

Oleh Ust Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar(muhd@live.com.my)


Islam dalam sebuah pakej lengkap, merentasi segala perkara, merangkumi segala aspek dalam kehidupan, malah dalam bidang kerjaya, Islam amat menekankan betapa perlunya sikap profesional dalam melakukan sesuatu kerjaya. Seperti mana difahami, kerja adalah satu amanah yang diperlu dilaksanakan setelah berlaku perlantikan oleh mana-mana majikan. Manakala pengertian profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain), sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seseorang profesional. (Kamus Dewan DBP : Edisi Ketiga)
Islam mengariskan etika yang tertentu bagi menyedarkan penganutnya supaya apabila menjalankan tugas (kerjaya) haruslah mengutamakan aspek-aspek yang tertentu seperti :

-menepati masa
-hormati-menghormati
-berhikmah
-jujur dan bertanggungjawab
-berdisiplin dan kemas
-cuba memahami masalah sedalamnya
-berkeyakinan
-tenang apabila berhadapan dengan masalah

Setiap pekerjaan ada matlamatnya yang tersendiri – justeru seseorang individu harus berusaha untuk mencapai matlamat dan visi majikan atau ketua sesebuah bahagian. Bermakna sikap atau budaya berkerja bersungguh harus dimiliki dan dilakukan dengan baik. Islam amat menitikberatkan tentang kewajipan berkerja dengan bersungguh-sungguh demi mengubah keadaan diri atau nasib sesebuah bangsa sebagai mana firman Allah :
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesautu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
(ar-Ra’du 13 : 11)
Apabila membicarakan tentang pekerjaaan, maka akan wujud pula sebuah masyarakat dalam sesebuah tempat pekerjaan. Di sini jugalah menguji sejuah mana kemampuan sikap profesional sesama rakan sekerja. Kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan gelagat rakan setugas yang kadang kala boleh menimbulkan ketegangan atau perbalahan atau sikap bermasam muka jika sebarang bentuk urusan dalam perkerjaan tidak dapat disalurkan atau cara berinteraksi secara positif dan baik.
Apatah lagi jika terdapat pula segelintir pekerja yang malas dan suka mengambil kesempatan dengan melepaskan beban kerja kepada pekerja lain. Sikap melepaskan beban tugas atau tidak melaksanakan bidang kerja yang telah diarahkan sebalik cuba mengalihnya kepada pekerja lain atau apabila datang pekerja baru maka kesempatan ini digunakan sepenuhnya. Islam amat mengutuk sifat sebegini kerana wujudnya penganiayaan kepada golongan tertentu yakni yang lemah.
Sikap seperti peribahasa melayu lama “seperti melepaskan batuk di tangga” harus dijauhi dari nurani setiap pekerja. Ini kerana jika leluasanya sikap ini maka – berlaku kerugian kepada pihak majikan atau pihak lain yang terbabit seperti profesion perguruan memerlukan guru yang benar-benar bersungguh dalam menyampaikan pengetahuan kepada pelajar. Bermaksud tanggungjawabnya bukan sekadar menyampaikan ilmu sahaja bahkan memastikan pelajar memahami seluruhnya pada kadar yang diyakininya.
Bahkan sikap “seperti melepaskan batuk di tangga” jika tidak dibendung melalui forum atau ceramah kerjaya - akan membantut kadar penjenamaan perkerja yang berkualiti dalam segala bidang.
Dalam Islam, amanah adalah perkara yang terletak dalam martabat yang tinggi. Kemampuan melaksanakan amanah dengan sebaiknya dan kegagalan dalam menepati amanah telah dijanjikan balasan yang buru kepada sesiapa yang tidak mementingkan sesuatu tanggungjawab yang diberikan apatah jika diberikan gaji atau upah. Istilah gaji buta perlu diambil berat oleh mana-mana individu yang berada dalam bidang pekerjaan kerana itulah kelak sebagai pendapatan hidup. Jangan sesekali kita haramkan sumber pendapatan dengan tidak menjalankan kerja dengan sebaiknya.
Budaya kerja yang positif harus dilatih ke dalam diri – seperti bijak mengawal suasana kerja dengan memperlihatkan emosi diri yang stabil, sentiasa menggunakan pendekatan berhikmah dalam menghadapi konflik atau masalah dan juga cuba bersikap memahami. Keiklasan kerja juga perlu diletakkan dalam jiwa agar setiap apa yang dilakukan mendapat kepuasan semua pihak. Sekalipun kita yakini, segala tindakan atau keputusan tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak namun, kesungguhan dan keinginan hati kita yang sentiasa berusaha untuk memuaskan hati semua harus dilaksanakan sebagai etika kerja yang sihat.

(Telah tersiar dalam majalah alumni Maahad Muhammadi tahun 2006)

11 September 2009

RAMADAN BULAN SAHAM YANG DITERBITKAN OLEH ALLAH

Oleh : Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar(muhd@live.com.my)

Kesempurnaan sebagai manusia tak selesai selagi rasa kesyukuran kepada Allah SWT tidak ditunjukkan atau diamalkan sepenuhnya oleh setiap individu muslim. Keindahan bulan Ramadan yang diciptakan oleh Allah SWT penuh dengan kerahmatan yang begitu manis dan mampu merawat dan menawarkan jiwa-jiwa supaya kembali segar dan bercahaya. Rasulullah SAW telah menjelaskan betapa manisnya ibadah puasa di bulan ramadan melalui hadisnya: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Hadis riwayat Bukhari)
Kesegaran bulan yang dinamai oleh Allah SWT sebagai Ramadan ini perlu dihayati dan ditekuni umat Islam dengan amalan ibadat yang dapat menyucikan kembali jiwa yang sudah terlalu lama dibiarkan kotor dan penuh dengan ketidaktenteraman. Menjalani ibadat puasa bukan sekadar menahan sesuatu masuk ke dalam mulut atau menahan kelaparan malah yang perlu diutamakan oleh umat Islam ialah menjaga atau berjihad untuk meninggalkan perkara lain yang dianggap sebagai maksiat dalam makna syariat agama Islam.
Kita perlu berjihad yakni berusaha dengan bersungguh-sungguh sepanjang siang dan malam untuk melawan diri dari melakukan perkara sia-sia yang mengundang kepada umpat-mengumpat, hina-menghina malah yang lebih dahsat lagi yakni fitnah. Di samping itu juga kita perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa ataupun mengurangkan pahala berpuasa.
Sudah menjadi kelaziman sesetengah umat islam yang akan leka dengan budaya atau persiapan menyambut syawal secara besar-besaran sehingga lupa tentang pahala yang perlu direbut di dalam bulan ramadan. Malam-malam di bulan ramadan dihabiskan dengan membelah belah di supermaket yang menjanjikan jualan besar-besaran sempena hari raya aidilfitri. Ramai umat Islam yang alpa tentang amalan yang harus dilakukan seperti bertarawih di masjid atau bertadarus sebaliknya berebut-rebut membeli persiapan raya. Maka golongan ini termasuk dalam golongan yang rugi. Kedatangan ramadan tidak memberikan apa-apa manfaat dan kesan kepada pembaikpulihan rohani.
Orang-orang yang beriman pastinya, menggunakan peluang yang diberikan oleh Allah SWT sepanjang bulan ramadan ini dengan melakukan sebanyak mana ibadat yang mampu dilakukan sebagai cara untuk membeli saham yang diterbitkan oleh Allah SWT secara tidak sedar oleh mata kasar kita. Maka sepanjang bulan ramadan ini perbanyakkan zikir kepada Allah dengan tahmid, tasbih dan bagunlah pada waktu malam untuk melakukan solat tahajud, hajat, witir dan sebagainya kerana itulah perawat jiwa yang sakit untuk kembali kepada ruang jiwa yang tenang.
Di siang hari umat Islam seharusnya menggunakan masa yang terluang untuk membaca ayat-ayat al-quran yang pahalanya berlipat kali ganda untuk setiap huruf yang dibaca. Keagungan al-Quran yang dinisbahkan gunung ganang akan hancur jikakalau ayat al-quran diturunkan kepadanya sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Sekiranya kami turunkan al-quran ini ke atas gunung, nescaya engkau dapati gunung itu khusyuk serta berkecai kerana takut pada Allah. Dan ingatlah contoh-contoh perbandingan ini kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya.”(Surah al-Hasyr ayat :21)
Pun begitu ramai manusia yang masih tidak mahu berpegang kepada al-quran yang perlu dijadikan sumber dan panduan hidup. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membacanya bukan sahaja pada bulan ramadan sahaja bahkan betapa pentingnya setiap hari amalan membaca al-quran perlu dititikberatkan dalam kehidupan.
Bersempena dengan ramadan yang penuh kerahmatan ini juga, umat islam sebenarnya berpeluang untuk mengubah keadaan diri atau memperlengkapkan dengan penghayatan agama dengan lebih berkesan. Keinsafan yang perlu dicari dengan cara bermuhasabah, berfikir tentang kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tahun dan bertekad untuk tidak melakukan ataupun meyesali sikap yang telah diamalkan dahulu dengan harapan akan datang hidayah daripada Allah SWT sebagaimana yang telah dijanjikan-Nya. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
Maka sesiapa yang Allah kehendaki memberi hidayah kepadanya nescaya Allah melapangkan dadanya (terbuka hati) untuk menerima islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya nescaya akan disempitkan dadanya seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit dengan susah payah. Demikian Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak beriman. (surah al-An’am ayat :125)
Umat Islam juga dituntut untuk berminta maaf atas kesilapan yang telah dilakukan kepada manusia lain dengan perasaan ikhlas. Kemudian barulah memohon ampun kepada Allah SWT atas dosa tersebut bagi mengelakkan diri kita dituntut di hari akhirat kelak atas dosa melakukan kesalahan ke atas manusia yang telah kita lakukan penganiyaan ke atasnya sewaktu di atas muka bumi.

Sewajarnya kita perlu beristighfar setiap waktu apatah lagi di bulan ramadan ini sebagaimana sunnah Rasulullah SAW yang sentiasa beristigfar kepada Allah. Semoga dengan taubat yang dilakukan secara berterusan akan mendapat keampunan daripada Allah Taala. Maksud hadis: Daripada Abu Hurairah r.a berkata aku mendengar Rasulullah SWT bersabda:
Demi Allah sesungguhnya aku akan beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadanya setiap hari lebih daripada tujuh puluh kali. (Riawayat Bukhari)
Justeru, ramadan ini yang merupakan bulan pemberian saham dari Allah SWTkepada semua manusia, rebutlah peluang yang ada untuk membeli saham-saham yang telah ditawarkan oleh Allah SWT yang hanya boleh dilihat dengan jiwa keimanan dan ketakwaan kepada-Nya serta mata hati sahajalah yang dapat merasai kemanisan ramadan. Semoga dengan saham yang dibeli itu dapat ditebus di hari akhirat kelak sebagai jalan menuju ke syurganya.

10 September 2009

KEPALA LEMBU DI MALAYSIA DAN BULUH RUNCING DI INDONESIA

Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab SHATAR(muhd@live.com.my)
Sepanjang bulan ramadan yang mulia ini, nampaknya kemarahan manusia makin menjadi-jadi. Tindakan segelintir rakyat Indonesia menggunakan buluh runcing sebagai senjata menahan kenderaan di Jalan Diponegoro, Jakarta dalam gerakan yang dipanggil Sweeping Malaysia (Sapu Malaysia) bagi menyaring untuk mengusir rakyat Malaysia supaya keluar dari negara mereka adalah satu tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Tindakan penunjuk perasaan ini sebenarnya sebagai gambaran kemarahan mereka yang begitu sensitif dengan unsur penciplakan budaya yang sering dimainkan oleh media massa Indonesia. Gara-gara tarian "Pendet" untuk iklan video klip promosi pelancongan negara kita yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura membuka pintu kemarahan mereka. Biarpun, itu dakwaan yang perlu disiasat bagi keadilan sejagat kerana isu penciplakan ini adalah sesuatu yang penting kepada mana-mana pihak atau yang lebih penting kepada penulis. Mana-mana penulis pun akan marah kalau karyanya diciplak sesuka hati bagi tujuan keuntungan. Berbeza untuk tujuan perkembangan ilmu yang mungkin boleh dimaafkan.

Aku teringkat satu scene dalam filem arahan P.Ramli (Laksamana Do Re Me) yang telah mendahalui rakyat Indonesia dalam bab penggunaan buluh runcing. Adalah ini dikatakan penciplakan idea. Kita tidak tahu betapa ramai peminat filem P.Ramli di serata nusantara Melayu-Jawa. Sebenarnya penggunaan buluh runcing adalah budaya orang Malaysia dulu kala bagi mengalahkan pengamal ilmu khasnya ilmu kebal. Perlukan kita melakukan demostrasi kerana menentang penggunaan buluh runcing di kalangan rakyat Indonesia yang sebenarnya adalah budaya rakyat Malaysia. Kena fikir tu!

Satu hal lagi yang menggemparkan negara kita, kenapa dipilih lembu yang tak berdosa sebagai luahan kemarahan. Mengapa juga penduduk Kampung Buah Pala mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang - bahawa mereka akan melonggokkan kawanan lembu di depan bangunan pejabat Lim Guan Eng sekiranya kampung mereka dirobohkan. Mengapa pula penduduk di Shah Alam Seksyen 23 memilih kepala lembu sebagai objek kemarahan untuk memprotes pembinaan kuil.
Sekurang-kurang, hayatilah konsep ihsan kepada binatang. Hormatilah kewujudannya sebagai makhluk Allah. Islam agama yang sejahtera. Sikap sedemikian bukanlah gambaran sebenar keseluruhan penganut Islam. Apapun, dalam membuat tindakan kita mesti mengutamakan kesederhanaan. Kesederhanaan ketika memprotes dengan cara atau saluran yang baik dan betul. Pepatah melayu lama mengatakan: Terlajak perahu boleh diundurkan, terlajak kata - buruk padahnya. Kesannya nanti boleh mengancam kepada keharmonian negara.
Bersambung...



09 September 2009

Hantaran Tinggi Sukarkan Perkahwinan

Oleh : Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
Tersiar di Utusan Malaysia : 17/09/2003

MENGAPA wang hantaran perkahwinan semakin tinggi pada zaman sekarang hingga menyusahkan golongan muda Islam untuk mendirikan rumah tangga demi memenuhi naluri seks secara halal?
Wang hantaran yang tinggi bagi golongan yang berada tidaklah menjadi masalah, tapi anak-anak muda yang baru menamatkan pengajian tidak mampu menyediakan wang yang banyak untuk kos perkahwinan.
Kini ditambah pula kesukaran mendapat pekerjaan sesudah tamat pengajian menambahkan lagi kerumitan untuk mendirikan rumah tangga. Usia sudah layak untuk berumahtangga, tapi beban yang berat untuk mengumpul wang yang banyak menjadi satu kesukaran untuk menunaikan fitrah yang halal ini.
Ini mungkin terjadi kepada muda-muda yang tersepit dalam masalah kewangan. Maka pilihan terakhir mungkin dengan memilih cara tidak halal untuk memenuhi tuntutan naluri ini.
Sejumlah wang yang besar terpaksa dihabiskan bagi mendirikan rumah tangga sekarang bukan sekadar untuk wang hantaran, malah terpaksa membiayai keperluan adat yang lain.
Pada zaman Rasulullah urusan perkahwinan dijalankan secara sederhana tanpa unsur pembaziran serta tidak membebankan, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Sahl bin Saad r.a.
``Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
``Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk. Lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata: Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya.
``Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin? Sahabat itu menjawab: Tidak ada.
``Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin. Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin.
``Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi.
``Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata: Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya. (Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badannya.)
``Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu. Sekiranya engkau memakai kain itu, perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai.
`` Sahabat itu duduk lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.
``Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?
``Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya.
``Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermaskahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz.''
Kita maklum bahawa kehidupan kota yang terdedah kepada pergaulan bebas sudah ke tahap yang agak membimbangkan ditambah lagi penghijrahan tenaga muda ke kawasan bandar untuk memenuhi peluang kerja.
Maka adalah penting bagi golongan muda untuk mendirikan rumah tangga awal bagi mengelakkan diri daripada terdedah kepada zina. Oleh itu adalah perlu ikatan perkahwinan dipermudahkan untuk mengelakkan golongan muda tercebur ke dalam perzinaan.
Perlu ada unsur kawalan wang hantaran oleh pihak berkuasa agama untuk menentukan kadar yang mesra pengantin. Jika dibiarkan terus hantaran tinggi menjadi budaya dalam masyarakat, maka akan bertambah kelompok orang muda yang terpinggir daripada perkahwinan.
Adalah menjadi tanggungjawab bersama semua pihak untuk menggembalikan semula apa yang disarankan oleh Rasulullah tentang mempermudahkan urusan perkahwinan.

05 September 2009

Mendekati Bahan Bacaan Berunsurkan Agama Untuk Kemantapan Akidah

Oleh: Muhammad bin Abdulah @ Ab Shatar

Salam,
Pembacaan adalah guru yang paling berpengaruh dalam pembinaan minda dan pengetahuan semasa. Bahan bacaan yang baik dan bermutu akan meningkatkan keilmuan para pelajar serta boleh memperkuatkan kefahaman agama di kalangan pelajar pada masa ini yang lebih terpengaruh dengan majalah yang tidak sesuai dengan perkembangan mereka.

Kemunculan pelbagai majalah hiburan yang meminggirkan nilai keilmuan atau proses pendidikan akhirnya merosakkan jiwa remaja apatah lagi kemunculan bermacam-macam majalah pengkisahan seks. Kemusnahan masa depan pelajar boleh berlaku lantaran pembacaan tak terkawal terhadap majalah hiburan yang akhirnya akan melembabkan perkembangan intelektual pelajar atau menghilangkan fokus mereka terhadap mata pelajaran.
Para guru perlu mendedahkan kewujudan majalah-malajah yang perlu didekati oleh para pelajar yang membantu ke arah pembentukkan sahsiah diri yang baik dan murni. Pelajar kadang kala tidak terdedah kepada majalah-majalah ini kerana minda mereka sudah terisi dengan majalah paparan para artis yang lebih mereka digemari.
Manakala ibu bapa perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk melanggani majalah-majalah berunsurkan keagamaan atau pembinaan kerohanian dari membayar yuran astro dan sebarang unsur hiburan seperti pembelian vcd nyayian atau filem.

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU