Jawapan: Dababah (Kayu Pelantak)
Salam, para pelajar sekelian.
Dalam tajuk ini kamu juga perlu mengetahui senjata moden lain yang digunakan pada zaman Abbasiyah yang moden seperti:
Gambar ini menunjukkan senjata Manjanik yang digunakan dalam peperangan dalam kerajaan Bani Abbasiyah.
1. Manjanik (Meriam)
2. al-Barud (Senapang)
Selain itu strategi yang digunakan dalam peperangan oleh pihak tentera kerajaan Bani Abbasiyah ialah al-Karadis. Iaitu strategi memecahkan pasukan tentera kepada lima pasukan:
- al-Mukadimah (Tentera yang diletakkan di bahagian hadapan)
- al-Maimanah (Tentera yang diletakkan di bahagian kanan)
- al-Maisarah (Tentera yang diletakkan di bahagian kiri)
- Safatul al-Jaisi (Tentera yang diletakkan di belakang)
- Kalbu al-Jaisi (Tentera yang diletakkan di tengah)