23 October 2010

Coretan Perjalanan Dari Sabah: SMT Likas Melambaikan Selamat Tinggal

Catatan Hari Kelima Di Sabah

Tepat jam 11.00 pagi kami sampai ke SMT Likas yang berhampiran dengan Stadium Likas. Ketibaan bas kami disambut oleh pengetua dan para guru SMT Likas. Sekolah Menengah Teknik Likas terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Bersebelahan dengan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.
Terdapat beberapa buah sekolah yang berhampiran iaitu Sekolah Menengah Perempuan (SMP), Sekolah Menengah Kebangsaan Likas (SMKL), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shan Tao, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Lok Yuk dan juga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Lok Yuk.

Para guru SMT Seberang Perai mulai turun dari bas untuk berkenalan dengan staff SMT Likas. Kelihatan Cikgu Salim, Cikgu Ayub, Cikgu Hanim, Cikgu Rahmah dan Cikgu Zihana.

Pemandangan dari luar pagar kelihatan SMT Likas yang dikelilingi bangunan-bangunan lain yang padat kerana lokasi SMT Likas di kawasan bandar Kota Kinabalu.

Majlis suai kenal dan ramah mesra diadakan serta selingan pertukaran cenderahati. En. Zainal Abidin bin Jaffar sedang menyerahkan cenderahati SMT Seberang Perai Pulau Pinang kepada rakan sejawatnya En. Abd Hafidz Pg. Adnan, pengetua SMT Likas. Cikgu Salim menjadi wakil SMT Seberang Perai untuk memberikan ucapan penghargaan di atas sumbangan besar yang telah diberikan oleh SMT Likas seperti memberikan kemudahan pengangkutan sepanjang berada di Sabah.



Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMT Seberang Perai, En. Mohd Salim mengambil kenangan untuk bergambar di hadapan Khutubkhanah Nilam Sari SMT Likas sebagai tanda pernah menziarahi lawatan kerja ke sini
Makanan tengah hari telah disediakan oleh SMT Likas bagi semua peserta lawatan SMT Seberang Perai.


Pertemuan dua sekolah teknik semenanjung dengan kepulauan borneo. En. Zainal Abidin bin Jaffar, pengetua SMT Seberang Perai menerangkan sekitar perjalanan yang ditempuhi ketika berada di Sabah kepada pengetua SMT Likas, En. Abd Hafidz Pg. Adnan yang telah memberikan layanan yang istimewa kepada rombongan kami.






Sementara menanti waktu malam yang masih jauh kami mengunjungi bandar Tamparuli yang terkenal dengan jambatan gantung terpanjang dan pasar rakyat di tengah pekannya.



Jambatan yang merentasi sungai yang mengalir laju di bawahnya untuk ke pekan Tamparuli. Di atas jambatan ini para pelancong akan dapat melihat sekitar pekan dan menikmati udara sejuk yang bertiup kencang di atas jambatan ini sehinggakan terasa gonyangnya setelah benar-benar berada di pertengahannya. Penduduk di Tamparuli majoritinya dalah dari kaum Kadazan-Dusun.

Nama asal Tamparuli dikatakan mendapat namanya daripada ayat ‘ditampar oleh air’ di mana ayat ini berasal daripada perkataan atau percakapan orang Brunei. Pada suatu masa dahulu, apabila pedagang-pedagang Brunei berkunjung ke Daerah Tamparuli, mereka tidak dapat naik ke hulu disebabkan arus air sungai yang terlalu deras. Maka timbullah ayat ‘ditampar oleh air’ dan ia telah disingkatkan kepada Tamparuli.
Menurut mitos di kalangan penduduk setempat, kononnya suatu ketika dahulu terdapat seorang perempuan yang cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan atau lebih dikenali sebagai “tajau” oleh masyarakat tempatan. Tajau tersebut telah diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli agar binaan jambatan Tamparuli kukuh. Mitos ini dikukuhkan lagi apabila jambatan ini tidak pernah runtuh walaupun ribut taufan melanda daerah ini. Malah ia semakin indah dan masih tegak berdiri walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun. (Sumber Internet)

En. Zainal berkesempatan bergambar di atas jambatan Tamparuli sebagai kenangan hari terakhir berada di Sabah. Sebahagian besar misi lawatan telah berjaya dicapai.














Coretan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

No comments:

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU