18 July 2009

MURTAD - DILEMA ORANG MELAYU


Apa itu murtad?

Murtad ialah seseorang keluar daripada agama Islam dan menganut agama lain. Seseorang daripada agama lain memeluk agama Islam, tetapi kembali semula ke agama asalnya, maka orang itu juga dikira murtad.

Pembalasan terhadap golongan murtad. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud: “Barangsiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati sedang dia kafir, maka amalan mereka itu terhapus di dunia dan akhirat dan mereka itu penghuni neraka, sedang mereka kekal di dalamnya.”

Allah murka kepada orang yang murtad. Mereka meninggalkan agama Allah yang benar kerana lebih mencintai kehidupan di dunia daripada kehidupan abadi di akhirat. Allah tidak memberi hidayah dan kebenaran ke dalam hati mereka sebab hati mereka telah ditutup sehingga ia tidak mampu untuk berfikir mengenai sesuatu yang lebih bermanfaat bagi diri mereka. Di akhirat kelak mereka termasuk dalam golongan orang yang rugi dan menyesal.

Jadi - kita perlu mempersiapkan diri kita dengan:

1. Ilmu agama dan kefahaman akidah yang mantap.
2. Bergaul dengan mereka yang menyintai ibadat kepada Allah SWT.
3. Tidak mendedahkan diri kepada maksiat dan hiburan-hiburan yang melalaikan.
4. Sentiasa menunaikan solat sebagai tiang agama.
5. Berdoa kepada Allah Taala supaya dijauhkan dari terjerumus ke unsur murtad.

No comments:

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU