09 August 2010

Perkongsian Pengalaman: Hati-hati Dengan Kad Pelancongan

Salam,

Sedikit perkongsian pengalaman - pada awal tahun 2007, saya telah tertarik untuk menyertai Kad Pelancongan dari sebuah syarikat pengeluar kad yang mempromosikan diskaun penginapan hotel terpilih di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan.
Setelah membayar deposit dan bakinya boleh dijelaskan dalam beberapa bulan kemudian.
Setelah beberapa minggu saya membuat keputusan untuk tidak menyertainya serta tidak menjelaskan bakinya kerana mengambil manfaat dan menumpukan perbelanjaan kepada urusan lain. Dalam tempoh itu saya tidak menerima apa-apa kad dan surat dari Syarikat Pelancongan itu. 

Pada tahun 2009 bulan Julai, saya telah dihubungi oleh agen syarikat pelancongan itu melalui telefon supaya menjelaskan baki yuran penyertaan pada hari dihubungi tersebut. Menurut ejen syarikat itu tidakan saman akan dikenakan ke atas saya sekiranya saya gagal menjelaskan baki yuran tersebut. Saya merasakan tindakan mereka keterlaluan kerana adalah menjadi hak pengguna untuk memilih menyertai atau tidak. Antara ugutan mereka ialah:
i) Borang keahlian yang saya tandatangani akan menyebabkan saya akur dengan polisi syarikat mereka.
ii) Mereka kaitkan mereka adalah syarikat berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia yang boleh menyenaraihitamkan nama saya dari mendapat kemudahan pinjaman bank dan kerajaan.


Pada hari jumaat 06 Ogos 2010 yang lalu saya mendapat panggilan dari (private nombor) yang mengaku kakitangan Mahkamah Putrajaya sedang menyemak kes pembicaraan melibat nama saya dengan syarikat pelancongan tersebut.

Menurut kakitangan tersebut saman itu akan ditarik balik sekiranya saya menjelaskan baki yuran penyertaan sebanyak lebih kurang RM800 (selepas dinaikkan kerana melebihi tempoh promosi iaitu RM399) perlu dibayar pada hari tersebut.

Saya mula mensyaki sesuatu yang tidak kena kerana sekiranya panggilan itu dari Mahkamah Putrajaya pastinya nombor panggilan akan tertera.
Menurutnya saman akan sampai pada hari isnin 9 Ogos 2010. Dan saya dimaklumkan kos saman itu hampir RM8000 perlu ditanggung oleh saya.

Saya mula menyemak di internet dan mendapati syarikat ini telah banyak membuat tuntutan mengugut seperti ini.

Sila klik Notis Peringatan dari Kementerian Pelancongan Malaysia yang diambil dari laman http://www.nccc.org.my/

Notis Peringatan

Sekiranya mangsa penipuan ini terkena pada golongan yang kurang ilmu kepenggunaan necaya syarikat ini akan mendapat keuntungan hasil ugutan dan penipuan.
Peringatan: Hati-hati untuk menurunkan tandatangan yang dipujuk oleh promoter yang sentiasa mencari peluang keuntungan kepada syarikat melalui polisi dan termanya

Perkongsian Pengalaman: Muhammad Bin Abdullah @ Ab Shatar 

No comments:

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU