- Suami akan melafazkan 4 kali sumpah dan sumpah kali ke-5 disertai dengan lafaz kemurkaan Allah sekiranya dia berdusta.
- Lafaz li’an suami: "Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa tuduhan zina terhadap isteriku adalah benar.” Sebanyak 4 kali berturut-turut.
- Sekiranya suami ingin menafikan keturunan anaknya , suami perlu menambah pada keempat-empat sumpah dengan lafaz: "Sesungguhnya anak yang dilahirkan oleh isteriku itu bukan dariku”
- Suami akan bersumpah kemurkaan Allah sekiranya dia berdusta pada sumpah kali kelima: "Sesungguhnya laknat Allah akan menimpaku jika aku berdusta dalam membuat tuduhan zina terhadap isteriku.”
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)
No comments:
Post a Comment