Salam kepada semua pembaca...
Hari ini - sudah melangkaui permulaan Ramadan yang subur dengan rahmat, bagi orang yang bersedia dengan kedatangannya.
Cabaran terlalu besar bagi umat zaman sekarang.
Beban yang dtanggung, hanya hati kecil yang tahu.
Menguruskan kewangan yang kadang kala terlajak perbelanjaan mengakibatkan keberhutangan yang teruk.
Pelbagai promosi peminjaman wang samada secara halal atau haram tersedia dari pihak yang tertentu.
Kad kredit adalah musuh utama yang perlu dijauhi mulai sekarang. Ramai yang beranggapan menggunakan kad kredit adalah jalan ke arah kemuflisan. Hutang yang dibuat akan bertambah dari bulan ke bulan bersama caj yang pelbagai.
Hanya golongan yang benar-benar kaya atau berpendapatan cukup tinggi pada zaman sekarang mungkin boleh membayar jumlah penggunaan bulanan dengan tepat tanpa perlu membayar faedah.
Mungkin wujud segolongan yang berhemah dalam menggunakan kad kredit kerana kemudahan dan kesenangan dalam mengantikan urusniaga tunai. Itulah pengguna yang sebenar.
Mencari keberkatan ramadan dengan berbuka secara sederhana dari menanamkan sifat gelojoh dan tamak dalam berbuka seperti berbuka di hotel atau restoren dengan kos yang tinggi.
Bagi golongan kaya - memilih berbuka di hotel sebagai satu kemegahan kerana kekayaan dimiliki adalah lebih baik dengan menyedekahkan makanan kepada golongan yang memerlukan segantang beras seumpama mutiara harapan yang bernilai.
Sesekali membawa seluruh ahli keluarga berbuka di tempat yang selesa bagi merapatkan hubungan silatulrahim mungkin memberikan manfaat dan ada nilainya.
Bulan ramadan akan berlalu dan bertemu di penghujung. Orang yang benar-benar beribadat mengambil peluang maghfirah yang dijanjikan Allah sudah pasti melahirkan perubahan.
Pastikan syawal yang akan datang bersama islah berlaku dalam diri. Mengubah sistem hidup yang bergantung sepenuhnya kepada sistem Islam dari penggunaan kad kredit, insurans, pinjaman peribadi atau segala pinjaman mestilah menepati syarak. Firman Allah SWT:
Orang-orang yang makan (mengambil) riba [174], tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila [175]. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu [176] (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
(Surah al-Baqarah ayat: 275)
[174]. Riba itu ada dua macam: nasiah dan fadhl. Riba nasiah ialah pembayaran lebih yang disyaratkan oleh orang yang meminjamkan. Riba fadhl ialah penukaran suatu barang dengan barang yang sejenis, tetapi lebih banyak jumlahnya karena orang yang menukarkan mensyaratkan demikian, seperti penukaran emas dengan emas, padi dengan padi, dan sebagainya. Riba yang dimaksud dalam ayat ini riba nasiah yang berlipat ganda yang umum terjadi dalam masyarakat Arab zaman jahiliyah.
[175]. Maksudnya: orang yang mengambil riba tidak tenteram jiwanya seperti orang kemasukan syaitan.
[176]. Riba yang sudah diambil (dipungut) sebelum turun ayat ini, boleh tidak dikembalikan.
Perkongsian minda: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

No comments:
Post a Comment