Salam pagi Ahad,
Hari ini ada kelapangan yang mencukupi untuk menulis sedikit pandangan. Umat Islam sememangnya tidak wajar menolak kemudahan membaca al-Quran dalam pelbagai bentuk di mana-mana sahaja sebaik kemudahan ini boleh diperolehi melalui aplikasi internet, atau mana-mana perisian. Sikap berhati-hati dalam menggunakan adalah sangat perlu. Jika merasakan ada kemusykilan terhadap ayat-ayat al-Quran yang diterjemahkan atau penyesongan kepada penterjemahan sebenar maka perkara ini perlu dirujuk kepada mana-mana ulama.
Ada banyak usaha dari pelbagai pertubuhan luar, perancangan jahat dan segala agenda ingin merosakkan pemikiran generasi Islam melalui pelbagai isu, gajet teknologi dan kemasukan budaya liar. Apa yang penting, umat Islam yang rata-ratanya melalui perlu memperkuatkan kefahaman agama. Caranya mudah, meluangkan masa setiap kali fardu solat di masjid, mengamalkan bacaan al-Quran setiap pagi, petang dan malam biarpun satu surah.
Hidup dalam berjemaah Islam merupakan asas kekuatan diri dari terlibat dalam penyelewangan moral. Sahabat yang baik akan menterjemahkan peribadi kita. Jadi - mulai esok marilah kita segerakan membina kekuatan umat Islam dengan menunaikan solat berjemaah di masjid untuk mengenali jiran-jiran, ahli masyarakat dan anak-anak Islam di tempat kita. Pasti sebarang isu atau usaha merosakkan Islam mampu dibendung secara berjemaah.