15 November 2012

Ilham Awal Pagi Maal Hijrah Hari Pertama 1434H: Mengapa Perlu Perbesarkan Keaiban Orang Lain?

Salam 1bahasa buat warga pembaca,

Pagi ini - ramai yang mungkin tidak ambil peduli tentang kedatangan tahun baru Islam iaitu hari pertama dalam kalender Hijrah yang ke-1434. Nabi Muhammad SAW wafat pada tahun ke-11 Hijrah (1434-11= 1424), bermakna hampir 1424 tahun Nabi Muhammad SAW meninggalkan kita semua bersama Islam sebagai agama yang menyucikan. Nabi utusan Allah SWT ini tidak lain antara sebab untuk pengutusan ke tengah kehidupan manusia adalah untuk memperbetulkan akhlak manusia selain mengajar cara beribadat kepada Allah yang tepat. 

Di hadapan akhbar utama di tanah air kita, terpampang berita khalwat yang melibatkan individu yang merupakan teknokrat penting dalam organisasi awam kerajaan. Memetik laporan akhbar Kosmo:

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, ____________________ yang ditangkap berkhalwat dengan seorang jururawat berstatus isteri orang diarah membayar denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Tertuduh didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai wanita di kementerian sama, _______________________36, di sebuah bilik Hotel Pullman di sini pada pukul 2.18 pagi semalam. 
....................... pula didenda sebanyak RM2,900 selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas tuduhan tersebut.(15.11.2012)
Kes ini sudah tersebar luas apabila diberikan publisiti oleh pihak akbar utama. Saya terfikir, adakah lebih baik jika ada undang-undang yang bersifat memberi pengajaran terlebih dahulu sebelum diberi raung untuk dibicarakan di khalayak awam. Kita juga bersimpati terhadap kaum keluarga .....................serta pasangan tertuduh yang akan berhadapan dengan tekanan dari masyarakat hasil dari hebahan umum kesalahan yang dilakukan. Ya! Sekalipun bersalah, sewajarnya ada hukuman bukannya diberi hak kepada media menyebarluaskan keaiban yang perlu ditutup.
Coretan: Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU